RSS

Selasa, 28 Disember 2010

RAYYAN FANTASI

Novel pilihan aku yang ke-12 ialah novel terbaru RAM. Aku cuba baca sehelai dua masa beli hari tu dan aku dapati permulaan ceritanya best sangat, tambah lagi covernya cantik dan aku suka....aku tak sabar nak baca....

Sinopsis:
RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.
Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.
Komen aku:
Memang best cerita ni...lebih kepada sains fiksyen, memang kuat betul otak aku berfantasi membayangkan apa yang RAM bayangkan dalam penceritaannya.... penat otak aku dibuatnya. Aku sanggup bersengkang mata untuk mentelaah novel nan satu ni. Ini merupakan novel penutup untuk cuti sekolah hujung tahun persekolahan 2010. Esok dah mula sessi persekolahan 2011 dan aku terjenguk-jenguk kat rak mencari2 novel seterusnya yang aku rasa nak baca.... untuk novel Rayyan Fantasi ni aku bagi solid 5 bintang. Penatnya aku berfantasi sendiri.......rupanya pengakhiran cerita tidak sama seperti yang aku bayangkan.......tipah dah tertipu....

Isnin, 20 Disember 2010

9 NYAWA...

Ini adalah novel ke-11 bacaan aku pd cuti sekolah kali ini. Aku hanya mensasarkan 10 so ni dikira melepasi target la....
Aku banyak masa lapang....so jangan jealous. Cuti kali ini aku betul2 cuti, tak kemana-mana...selain membersih dan mengemas rumah, aku hanya membaca novel saja di samping sekali sekala memenuhi undangan membaca yasin dan membaca quran... huh peringkat kampung je la. He he, sekali sekala nak bermesra dengan kekawan di kejiranan.... hanya itu caranya.
Sinopsis:


INTAN SURYANI Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.


HAKIM Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati.

Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?
Komen aku:
Hah, dah tamat novel pilihan aku yang ke-11 ini. Pada permulaan cerita, ada sedikit rasa boring masa membacanya.....bukan apa, lambat sangat nak sampai ke 'klimaks' penceritaan. Dah baca sampai 4/5 bahagian novel tu baru la nampak plot sebenarnya. Novel 9 Nyawa ni banyak sangat teka teki, tak tahu cerita tu menjurus ke mana, samada kisah cinta, kisah rompakan dan pembunuhan atau kisah hantu..ha ha. Bila dah nak habis...seronok juga la. Untuk novel ni, aku bagi 4 bintang....

Sabtu, 18 Disember 2010

RAHSIA PERINDU

Novel ke-10, pilihan aku...masih lagi novel RAM. Aku ada 11 buah novel RAM, malangnya baru baca 2 daripadanya...... bukan tak suka tapi tak terbaca.... Novel RAM ni adalah novel berat, kena hayati betul2 dan tak boleh terganggu konsentrasinya...nanti tak faham so untuk membacanya aku perlukan masa yang betul-betul lapang dan tenang.......
Sinopsis:


Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.
Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.Perjuangan tetap diteruskan juga.Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia’ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda!
Komen aku:
Dah habis baca... pening lalat sekejap nak menghabiskannya. Cerita best, penyampaianpun best tapi pd awal2 cerita aku ingatkan leopard tu lelaki rupa-rupanya perempuan..keh keh keh, tipah tertipu dan tak sangka la pulak Amylia tu rupa-rupanya....ha ha aku boleh agak la dia yang menjadi mastermind untuk segala pembunuhan dan mempunyai 2 watak tapi tak sangka pula RAM nak buat cerita seumpama mimpi dalam mimpi begini... ha ha ha. Bagi sesiapa yang minat dengan tulisan RAM dan belum baca novel ni, bacalah..... biar jadi pening macam aku jugakkkk..........
Walau macamanapun untuk novel ni aku masih bagi solid 5 stars...hah penat bermain dengan teka teki sehingga tak boleh tidur kerana nak menghuraikan misteri pembunuhan..... tahniah RAM.

Jumaat, 17 Disember 2010

MIKHAIL


SEMUA 8 buah novel yang aku layan sebelumnya bertemakan cinta. Tercongok aku kat depan rak novel, tercari2 novel apa yang aku nak jadikan bahan bacaan yang ke-9...kalau boleh aku inginkan novel yang lebih menarik dan lainlah daripada 8 buah novel yang telah aku baca tu. Tup-tup, ringan je tangan aku mencapai novel ni, nukilan RAM. Hah , pasti ada kelainan....


Sinopsis:


MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!


Komen aku:

Aku tak memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan novel ni. Sebab apa? Sebab novel ni best sesangat....tak boleh buat kerja lain. Aku kurang sihat, tak ada suara nak bercakap dengan hubby so daripada mendengar hubby mentertawakan aku bila bercakap, baik la aku diam dan baca novel...so tanpa gangguan aku boleh menghabiskan novel ini dalam masa sehari saja. Tahniah untuk aku...tahniah untuk RAM kerana menghasilkan novel yang menarik ini . Untuk novel ni aku bagi solid lima bintang...

Selasa, 14 Disember 2010

SEBUTLAH NAMAKU


Novel ke-8.....aku berhajat nak habiskan semua novel karya MURNI AQILA yang ada di rak novel aku. Membaca 2 buah novelnya aku merasakan aku dekat dengan penulis ni.... tulisannya 'not bad' menghiburkan. Jom kita layan novel ini...

Sinopsis :
AMEELISA sedar betapa cinta hanya akan bermakna jika dua jiwa bersatu. Dan cinta lebih bermakna jika penyatuan itu disertai restu. Namun dia ragu-ragu, cinta siapa yang mampu menakluki hatinya.
Hairul - Romantisnya...Cinta lelaki ini membuai-buai kasih Ameelisa. Hingga rindulah yang menghiasi jiwanya. Tetapi ada insan lain mengharap cinta Hairul.
Tajul - Ngeri apabila memikirkan lelaki inilah yang pernah meragut Ameelisa. Takdir menemukan mereka kembali dalam situasi berbeza. Terlalu baik hingga lebur kenangan pahit semalam.
Johari - Pintu cinta yang dulu tertutup, kini terbuka untuk Ameelisa. Duda berputera dua ini mahu mengulangi cinta yang pernah kecundang. Dia yakin Ameelisa tidak akan mengecewakannya.Pelik... wajah Tajul membayangi Ameelisa di setiap langkah. Bercinta dengan peragut? Dia bingung sendiri. Dan ketahuilah, apa yang kita tahu sebenarnya bukan itu yang terjadi.Sesungguhnya, cinta... sebuah perasaan yang tulus menyayangi sepenuh hati. Persis melodi indah, mendayukan hati. Tetapi, mengapa sukar memahami cinta? Sukar sangatkah?
Komen aku:
Membaca novel ni dari bab 1 sehingga ke bab 14 membuatkan aku pening kepala dengan jalan ceritanya yang tak menarik langsung....novel pertama MURNI AQILA banyak sangat kelemahan berbanding dengan novel ke-2 dan ke-3nya.... Watak utama dah umur 25 tahun tapi masih kebudak-budakan wataknya pada awal penceritaannya. Ada part yang tak logik. Asyik ber'sms' dengan kawan baik...boringnyaaaaaaaaa. Aku kena habiskan juga ni.... baru boleh tahu nak bagi berapa bintang.....
17/12 - Hah tamat juga akhirnya.... actually jalan ceritanya not bad, cuma mungkin oleh kerana ini novel pertama penulis ni so pada rasa aku yang banyak sangat membaca novel daripada pelbagai latarbelakang penulis...penyampaiannyalah yang tak best sebenarnya.......
Untuk novel ni aku bagi 3 1/2 bintang. Berdasarkan novel ke-2 dan ke-3nya penulis ni dah membuat banyak penambahbaikan dari segi penyampaiannya, so tahniah MURNI AQILA.

Sabtu, 11 Disember 2010

NOVEL2 YANG AKU ORDER DAH SAMPAI...

Dah lama tak beli novel 'online', bukan apa...azam tahun baru menjelang 2011...aku berhajat nak beli hanya novel yang aku minat sangat nak baca, bukan sekadar nak buat koleksi memandangkan banyak sangat lagi novel2 yang tak aku baca. Tapi tempohari masa melayari laman sesawang Kaki Novel aku tengok ada sutir dua novel yang aku agak berkenan tapi kalau nak beli sutir rasanya tak berbaloi pula pergi bank-in duit kat bank... so akhirnya jadi la begini....... membazir tak ni ? hubby tak kata apa pun.......

Selasa, 7 Disember 2010

UCAPKAN KAU RINDU


Aku masih teringat-ingat novel MURNI AQILA yang telah aku baca sebelumnya dan aku teringat kepada novel penulis ni yang terdahulu yang telahpun aku beli tapi belum aku baca. Tak sempat aku baca...so aku pilih novel untuk bacaan aku yang ke-7
Sinopsis:
HATI Lailana berbunga rindu kala Adham meluahkan rasa cintanya. Itulah saatnya roboh benteng perasaan gadis itu yang selama ini menyimpan amarah terhadap insan bergelar lelaki. Seiring restu keluarga, mereka mula menganyam impian untuk hidup bersama.
Entah mengapa, menghampiri hari bahagia yang dinanti, Lailana mula menjauhkan diri. Dia sengaja kembali menjalin kasih dengan Ifran. Walhal, dia sedar hati Adham pasti tercalar. Tidak sanggup berhadapan dengan kemarahan keluarga akibat tindakannya itu, Lailana nekad untuk menghilangkan diri.
Adham terkedu dengan segala yang terjadi. Di saat dia cuba mencari jawapan, keluarga Lailana menyerahkan sepucuk warkah yang merungkai segala rahsia silam gadis itu. Coretan kebenaran itu mendorong dia menjejaki Lailana agar kembali kepadanya. Namun, ke manakah harus dia mencari cintanya yang telah hilang?
Komen aku:
Seronok juga bila membaca novel penulis ni yang ke-2. Menghiburkan....
Untuk novel ni aku bagi 4 bintang.

Sabtu, 4 Disember 2010

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU..


Novel ke-6, tiba2 terasa nak baca tapi aku kena habiskan novel terdahulu terlebih dahulu....
novel ni, susah sangat nak dapatkan tempohari, bukan apa dia hanya dijual di kedai buku POPULAR sahaja. Kat K. TRG tak ada kedai jenama ni.... mula la aku membuat plan2 untuk mendapatkannya...sehingga 3 plan, barulah ia menjadi dan aku berjaya mendapatkannya.
Sinopsis:
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka.
Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.
Komen aku:
Aku suka.... novel ni bagaikan 2 dalam 1. Part kelakar dan part sedih... masa sedih aku asyik mengesat airmata... bimbang juga kot2 dilihat oleh hubby dan anak2. Dia orang ni bukan boleh pakai sangat, nanti dia orang kata baca novel pun boleh menangis....
Part kelakar pula, aku ketawa bagai nak pecah perut...seingat aku ada 2 part yang boleh membuatkan aku ketawa sungguh-sungguh sehingga Si Sulung geleng kepala melihatnya dan banyak juga part yang membuatkan aku asyik nak tersengih memanjang.......
Bagi yang belum baca, bacalah... untuk novel ni, aku bagi solid 5 bintang....tahniah.

CINTA AKU SEADANYA.....


Novel ke-5, pilihan aku....baca sinopsis kat belakang tu macam best jerrrrr.....
Aku memilih novel yang ringan2, bila baca ada rasa seronok.......
Sinopsis:
ANDAI manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yang mahu dilahirkan serba kekurangan, apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dengan penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi. Apa pun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dengan kelebihan tersendiri hingga dia berhajat menyunting Syifa untuk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. Dan Syifa, nyata terkejut dengan keputusan Muszahri yang sudi menerimanya.
Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yang memuja Muszahri pula tidak jemu-jemu cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya. Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.
Komen aku:
Bestnya novel MURNI AQILA ni....aku suka sgt. Bahasanya tak la best mana tapi jalan ceritanya menarik. Mata aku asyik berair je sepanjang membacanya.....sedih. Susahnya dapat suami yang tak ada 'sense' ni.Tahniah untuk penulis ni yang cuba memaparkan jalan cerita yang agak berlainan, menonjolkan watak utama yang tidak cantik/ cacat tetapi baik hati........Untuk novel ini aku bagi 4 1/2 bintang.

Selasa, 30 November 2010

MELUR BUNGA IVY

MELUR BUNGA IVY

Ini novel ke-4 pilihan aku pada musim cuti sekolah kali ini. Mula baca 1/12/2010.....
lama juga aku duk tercongok depan rak mencari2 novel yang aku inginkan.....
susah juga kalau dah byk sangat tak baca.... hu hu.

Sinopsis:
Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?
Komen aku:
Apa nak komen ya........aku suka novel ni kerana kisahnya ringan dan nampak mudah. Semuanya mudah je dan tersedia depan mata...nak cari orang hilang mudah, nak bertemu jodohpun mudah.......kekadang rasa tak logikpun ada.
Untuk novel ni aku bagi 4 bintang.

Ahad, 28 November 2010

KEMAS RUANG NOVEL...

Dengan bilangan novel yang agak banyak 350 buah semuanya setakat hari ini, membuat aku serba salah untuk mengemas dan mengubah suai kedudukan rak-rak novel aku. Rak-rak novel tu letaknya dalam bilik tidur utama, maka hendak atau tidak aku terpaksa juga menyentuhnya untuk membuang habuk2, nanti hubby bising....

Alang2 aku memunggah novel2 di rak, aku ubah sekali kedudukan raknya supaya nampak ada 'scene yang baru ' dalam bilik. Mata pun tak jemu memandang....

Aku seronok tengok novel2 aku penuh dirak walaupun aku hanya mampu mengubahsuainya setahun sekali...

Proses pengubahsuaian berlangsung sehari suntuk...sehingga habis sakit2 badan. Nampaknya aku kena kurangkan pembelian novel2 kerana dah tak ada ruang nak 'store' ditambah lagi aku dah tak terdaya nak membaca macam dulu .... aku kekurangan waktu...

ruang membaca yang aku wujudkan dalam bilik tidur utama...disamping ruang menonton .....

MASIH SETIA


Pilihan aku yang ke-3 ialah novel yang paling baru dalam koleksi aku setakat hari ini dibeli pada 22/11/2010 tempohari.... tak sabar nak baca...
mula baca : 28.11.2010

sinopsis:

MIERA – Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi – Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?

Komen aku:

Alamak...bestnya novel ni....romantik habis. Tamat saja baca novel ni semalam, tak boleh tido dibuatnya...teringat-ingat....

Untuk novel ni aku bagi 4 1/2 bintang.....

Isnin, 22 November 2010

BIARKAN AKU MERINDU...


Ini pilihan aku yang kedua...harap2nya aku boleh menghabiskannya dalam masa yang ditetapkan... kuang3.

Sinopsis:

NAMANYA Puteri Anntasya, tetapi hidupnya tidak seindah seorang puteri. Hanya tujuh tahun dia ditatang bagai minyak yang penuh. Ketika itu, dunianya terasa begitu indah. Namun, akhirnya dia dicampak ke istana rindu yang membuatkan dia terasing sendiri. Merindui seorang lelaki yang begitu tegar melukai.

Rindu itu mendidik hatinya menjadi dingin dan beku. Rindu itu juga mengajar hatinya untuk tidak percaya pada cinta. Baginya, lelaki dijadikan daripada software yang sama, tidak setia dan tiada yang suci cintanya. Ketika tangkai hatinya disapa dengan rasa cinta, dia nanar sendiri. Antara mahu menerima cinta dan menikmatinya dengan sepenuh jiwa atau terus menjadi penghuni di istana rindu yang semakin hari semakin usang.

“Ayah...hapuskan rasa rindu ini. Aku ingin bebas dari rasa itu. Aku mahu menikmati rasa cinta tanpa ragu... Ya ALLAH, tolonglah aku.
Komen aku:
Aku selamat tamatkan novel ni semalam....apa nak dikata selain best..best..best...
novel lily suriani yang ke-4 ni kurang sikit humornya berbanding novel2 sebelumnya....macam biasa, ada saja part2 sedih yang membolehkan aku bergenang air mata. Untuk novel ini aku bagi 4 1/2 bintang...teruskan berkarya.

Rabu, 17 November 2010

HUJAN PUN MENARI

Dah lama aku tak berkesempatan untuk membaca novel....bukan tak sentuh langsung tapi aku tak mampu nak menghabiskannya kerana hambatan waktu. Kadang-kadang aku tertekan kerananya.....
Cuti akhir tahun dah pun bermula, selain berhajat untuk mengemas rumah sekemas-kemasnya aku juga menyimpan hajat yang besar iaitu aku nak menghabiskan sekurang-kurangnya 10 buah novel.... Harap-harapnya perancangan aku akan menjadi kenyataan.....
Aku bermula dengan novel penulis ini.....jeng-jeng-jeng
Sinopsis:
Peritnya melihat emak diduakan. Walau emak begitu sempurna, tapi abah mencari lain. Hendak dimarah, kasih abah mencari lain. Hendak dimarah, kasih abah pada keluarga tidak pernah berubah. Abah pergi, meninggalkan emak yang mahu tidak mahu, harus tabah. Sebagai anak sulong, Muna mengerti, dia dengan emak harus berganding bahu. Empat adiknya perlu dipandu. Kehidupan perlu diteruskan.
Dalam kepayahan menempuh onak kehidupan… ketika gelap, ketika cahaya suram… Sejauh mana Muna pergi, betapa deras langkahnya berlari… Qurban… lelaki itu tetap di sisi.

Komen aku:
Dah seminggu bercuti, aku baru berjaya tamatkan sebuah novel. Confius dengan diri sendiri...aku ni membaca ke mengeja...
Ha ha tapi kan novel NB ni boleh tahan tebalnya...hampir 900 ms. Membaca novel ini aku gagal mencapai target yang aku buat sendiri iaitu 4 1/2 hari untuk sebuah novel, aku mesti menghabiskan novel dalam tempoh tersebut disamping membuat kerja2 rumah yang lain....
Novel ini rasanya tak rugi dibeli, best la macam novel2nya yang terdahulu. Tapi rasanya aku lebih suka novel2 AKU BUKAN BILLY MILLIGAN, RANTING CINTA SI PLATO dan SETIAP JUMAAT. Membaca novel ini sama saja feelingnya semasa aku membaca novelnya yang bertajuk MURNI KASIH dan LAYANG2 BERTALI KACA....
Walaubagaimanapun penulis yang bagus akan sentiasa menghasilkan novel yang bagus dengan penyampaiannya yang bersahaja...tahniah untuk NB, teruskan berkarya.....Untuk novel ini aku bagi 4 1/2 bintang....

Khamis, 4 November 2010

DEDALU DI HATI....


Aku dah ada novel DEDALU DI HATI yang diterbitkan oleh Ibook Publication. Dulu dengan susah payah jugalah aku mendapatkannya. Khabarnya penerbit terdahulu tu dah tutup.... dan khabarnya juga DEDALU DI HATI akan diterbitkan semula oleh penerbit lain.
Sempena FESTIVAL novel 1Malaysia tempohari di TTC K. Terengganu, aku dengan tidak sengaja tersinggahlah kerana hajat di hati nak mencari novel terbaru NB, HUJANPUN MENARI.
Terkejut juga la aku melihat keadaan festival tak macam festivalpun... dah la booth banyak yang kosong, yang adapun hanya satu dua je, pun bagaikan hidup segan mati tak mahu. Akupun tak pasti berapa percent diskaun yang diberi. Masa aku tanya ada diskaun tak, depa jawab ada...aku dengar depa cakap 5%, bukan seorang tapi 2 orang yang cakap benda yang serupa....tapi 'time' aku bayar depa hanya potong 90 sen. So aku 'confius' la samada 5% atau 90 sen.... Hajat hati pada mulanya nak beli la beberapa buah tapi kalau 5% je diskaun baik tak payah ada festivalpun tak apa....kat Pustaka Seri Intan aku boleh dapat 15% untuk novel...

Dekat dengan gerai aku lihat beberapa orang penulis novel duk je berbaris menanti peminat datang ambik signature... so aku lepaskan Si Sulung ke situ mendapatkan tandatangan ANITA ARUSZI....boleh la aku tayang kat member aku SALBIAH....... jangan marah ...SAL....aku beli sebuah lagi DEDALU DI HATI....

Jumaat, 22 Oktober 2010

NOVEL2 YANG AKU INGIN BELI...































Selasa, 14 September 2010

BUAH TANGAN RAYA.....

Orang sibuk balik Kg. nak beraya, aku sibuk mengirim novel... he he nasib kau la Salbiah ooooiiiii. Kalau aku tak kirimpun kau mesti pergi jugak ke Minerva beli novel2 kan..... tapi tang 2 biji novel yang tak bercetak tu aku tak boleh tolong...kena return balik la tu.......
Itu la novel yang Salbiah tolong belikan dan bawa balik, dia serah semasa datang beraya kat rumah aku....anyway terima kasih daun keladi....

sedang dibaca: KASIHKU ARINA


Dalam kesibukan aku menguruskan rumahtangga tanpa pembantu rumah, aku sempat lagi membaca novel walaupun pembacaan aku sangat perlahan. Kadang2 aku 'jealous' jugak dengan adik aku yang boleh menghabiskan novel dalam masa satu malam. Aku 'confuse' juga, dia ni baca ke belek-belek je...

Aku kehilanganmu... Aku mencarimu... Namun yang aku temui hanyalah bayang-bayangmu...

Sinopsis

Kehilangan adiknya di Mandaluyong Filiphina membuatkan Arina nekad mahu mencari Chayi. Namun pertemuannya dengan Alwiz, lelaki yang menculik adiknya telah mengubah perjalanan hidupnya.


Dia terpaksa membawa Alwiz pulang ke rumahnya dan membenarkan lelaki itu mengugutnya dengan alasan mahukan sesuatu dari ayahnya Fahrin Toh. Tapi tanpa diduga, kedatangan Alwiz dalam hidupnya lebih dari sekadar apa yang difikirkannya. Dia mula mengenali kisah silamnya yang telah dimomokkan oleh ibunya sendiri, Magdalena Anna. Lebih menyukarkan apabila dia mendapati dirinya mula jatuh cinta pada Alwiz.


Siapakah Alwiz yang sebenarnya dan kenapakah lelaki itu menculik adiknya? Apakah dia mampu menahan dirinya dari jatuh cinta pada penculik adiknya sendiri?Apakah rahsia yang menyelubungi hidupnya sehingga mengorbankan nyawa orang-orang yang disayanginya?

Komen aku:

Aku tak boleh nak komen apa2 sebab aku tak sempat nak menghabiskannya. Aku kena tunggu cuti sekolah akhir tahun dan mengulang pembacaan aku supaya feel aku tak rosak dek kerana kesibukan aku akhir2 ini....

Isnin, 30 Ogos 2010

BAJU PENGANTIN MAK ANDAM


Novel ni aku beli pada 21.11.2009, bermakna dah 10 bulan kat rak
novel .... Ada lagi yang lebih lama dibeli, tapi belum jugak baca2...

Sinopsis :

Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan Ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tahu nak kata apa sebab dia tak tahu apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab takut kene tinggal, dia takut kecewa macam pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar simpul dileraikan, biar kusut yang dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?

Komen aku:
Aku 'blurrrr' je bila nak habiskan novel ni....aku rasa macam Tipah telah tertipu. 'Tension' semacam bagaikan nak habiskan buku rujukan menjelang peperiksaan....Aku beli novel ni sebab pengulas maya mereka-reka cerita mengatakan novel ni best lagi kelakar.... Adik aku yang bongsu yang berusia 17 tahun, mengekek ketawa bila membacanya membuatkan aku memilihnya di rak..... tapi jelasnya novel ini tidak menepati selera aku yang dah 40 tahun.... Kelakarnya adalah kelakar yang sangat bodoh-bodoh. Untuk novel ini aku beri hanya 3 bintang. Inipun aku rasa tinggi sangat dah bintangnya.....Novel kedua penulis ini ternyata lebih baik dan harapnya semakin baiklah untuk buah tangannya yang ke seterusnya.....

Jumaat, 20 Ogos 2010

BELI NOVEL TERPAKAI...


Novel terpakai yang aku beli daripada AmyNo Blogshop dah sampai ke tangan aku. Novelnya masih dalam keadaan baik, maka aku berterima kasihlah kepada tuan punya blog ini. Harapnya lain kali aku boleh lagi berurusan dengan pemiliknya ini. Aku sebenarnya tidak berapa berani membeli secara online, apalagi daripada blog2 di internet melainkan membeli terus dari penerbit2nya. Tapi berlainan pula kali ini, memandangkan penerbit ini tidak aktif dan aku merasakan sukar untuk 'detect' cara menghubungi penerbitnya so aku mulalah mencari2 di blog2 yang menjual novel2 terpakai. Aku pilihlah blog2 yang dikendalikan oleh 'someone' yang backgroundnya aku agak2 boleh percaya.... Untuk kali ini aku hanya mampu dapatkan sebuah novel sahaja....banyak lagi novel2 yang aku hajatkan daripada penerbit yang sama tapi belum ada jodoh... kalau ada sesiapa yang ingin menjualnya secara terpakai @ baru bolehlah hubungi aku di sini.
Antara novel yang aku hajatkan...

Semuanya dari Nylea Publishing
1. HANYA KAU YANG SATU (Iffa Irdina)
2. BAHTERA CINTA (Iffa Irdina)
3. semua novel DHIYA SYAKHIRA
i ) SAYANGKU LATIFAH
ii) AKU TANPA CINTAMU
ada lagi ke?

Jumaat, 6 Ogos 2010

TIADA SEPERTIMU


Dah 1/2 tahun novel ni menghiasi rak novel aku. Barulah kini tangan aku ringan mencapainya. Sebenarnya ada lagi yang lebih lama.... tak boleh beritahu nanti hubby tahu dia tak bagi beli novel lagi... ha ha ha. Steady la hubby...

Sinopsis novel:
Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di antara satu sama lain.

Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.

Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.

Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.

Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?


Komen aku:
Dah setengah bulan novel ni aku bawa ke hulu ke hilir tapi tak habis-habis juga. Baru bab 10. intropun tak habis lagi......nak kata sibuk tak juga cuma masa aku padat sikit sekarang sebab orang gaji aku dah mintak berhenti. Tak nak lagi datang kemas rumah aku so akupun kenalah take over semua kerja-kerja rumah terutamanya melipat baju2. Itu la.... masa habis gitu je. Aku tengah fikir nak ambik maid ni...berbaloi ke tidak kalau aku ambik maid.
Dah tamat....mula baca 6/8, tamat 30/8...ha ha 3 minggu lebih utk sebuah novel..... Kalau gini la cara pembacaan aku tak terusik la novel2 yang berlambak kat rak...
Novel ni actually best sangat tapi aku terganggu sendiri dengan cara aku membacanya membuatkan ianya seakan kurang garam dan gula..... Untuk novel ini aku bagi 4 bintang. Untuk ANITA teruskan berkarya....

Rabu, 28 Julai 2010

MATAHARI CERAH LAGI...


Aku tak puas hati membaca novel sebelumnya. Lama jugaklah aku tercongok menilik novel2 kat rak. Novel mana patut aku baca ni..... Tangan aku ringan saja mencapai novel ni...Harap2nya dapatlah memenuhi selera aku hendaknya...

Sinopsis:

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa?

Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?

Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.

Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.

Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.

Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.

Komen aku:
Aku beli novel ni kerana nama besar penulisnya. Membaca novelnya yang terdahulu OMBAK RINDU lama dahulu, membuatkan aku jadi tertunggu-tunggu setiap novelnya yang terbaru. Tapi membacakan novel2 terbarunya ....aku rasakan kehebatan Ombak Rindu mungkin tidak dapat ditandingi lagi....mengapa begitu?
Selepas membaca novel MAYAHARI CERAH LAGI aku tidak merasa apa-apa yang istimewa dalam novel ini. Penceritaan dan juga penggunaan bahasanya....semuanya biasa-biasa saja. Untuk novel ini aku bagi 4 bintang. Semoga Penulisnya akan terus berusaha untuk melahirkan buah tangan yang lebih hebat lagi kerana dia adalah penulis yang hebat sebenarnya....