RSS

Sabtu, 24 Januari 2009

MINATKU VS MINAT ORANG LAIN...

Minat aku yang satu ini jarang aku tunjukkan kepada orang lain kerana pada sesetengah orang membaca novel hanya sesuai untuk remaja sahaja... Tak kisahlah kan... mungkin pada fikiran dia orang pada usia ini aku lebih baik membaca buku2 keagamaan, yalah kot. Tapi macamana pulak pada orang yang seusia aku ini yang gemar menonton tv. Tonton cerita2 cerekarama melayu, sepanyol, hindi, kantonis dan sebagainya. Bila tonton rancangan soaljawab agama bolehlah tahan jugak...ini tidak bila keluar aje rancangan hal ehwal islam terus angkat punggung buat kerja lain... hah hilang sudah nilai-nilai murni yang diwar-warkan...
Aku baca novel macam dia orang tonton cerekaramalah....tengok tv nak relaks kan otak kan... aku pun begitu juga. Novel bukan hanya ada kisah cinta sahaja, banyak lagi input yang berguna... nak tau cubalah baca. Tengok tv dapat dosa tau...contohnya tengok part-part tak cukup kain tu... subhanallah. Baca novel tak berdosa. Aku tak suka tengok tv...ha..ha..ha.