RSS

Ahad, 28 Mac 2010

NOVEL AKU....

Foto ni aku cilok dari FB kawan aku Zahani.... bukan apa aku macam kenal je dengan novel2 melayu tu... novel aku tu....yu yu.....tak sabar la pulak aku nak pegang, tatap dan belek novel2 tu. Perangai macam tak pernah beli novel saja aku ni...


Isnin, 22 Mac 2010

OLE2 PBAKL 2010 SIRI 2

Semalam kawan aku Zahani juga ke bookfair di PWTC...aku bekalkan dia dengan senarai novel yang agak panjang juga, yang mana sukar untuk aku dapatkan di K. Terengganu...15 buah kesemuanya, hampir separuhnya novel2 terbitan ibook...
Dia msg, katanya 9 daripadanya berjaya dia beli, lainnya dah habis...ada juga yang belum ada....Tambah Imej

Novel2 yang dibeli...






OLE2 PBAKL 2010 SIRI 1

Dah sampai ke tangan aku semalam....Kawan aku Salbiah tolong belikan semasa dia balik ke KL pada cuti sekolah yang baru lalu....
Hari pertama dia dah menapak ke book fair di PWTC kerana terkejar-kejar nak balik kembali ke Terengganu keesokannya.... maklumlah, sekolah dah nak buka. Aku hanya kirim 7 buah novel dan 6 daripadanya berjaya diperolehi, malangnya sebuah adalah mini novella....macamana aku boleh tak nampak ni....terbeli mini novella la pulak !
Untuk Salbiah, semalam lupa nak ucap terima kasih...dah dapat novel seronok sangat, macam kera dapat pisang la... he he.
Sal, Terima kasih daun keladi.... tahun depan jangan lupa ya, pesta buku akan ada lagi...

Isnin, 15 Mac 2010

SAKITNYA SAYANG...

Aku banyak kerja nak buat, nak tanda buku latihan budak yang aku kutip sebelum cuti.. 5 kelas aku mengajar matematik, dari ting2 , ting3 dan ting4..
Paling aku menyampah aku kena buat smm...maklumat murid. Ada guru data...ada lagi guru smm sedangkan dalam Jawatankuasa Maklumat sekolah sepatutnya tak ada jawatan guru smm ni. Ada juga sekolah yang kolot macam ni... uwaaa....Aku dah buat smm maka ringan la kerja guru data, sedangkan aku mengajar 25 waktu..solid subjek mat. Guru data hanya mengajar 12 waktu saja...
Aku tension ni sebenarnya, so aku hilangkan tension aku dengan baca novel. Bila aku tension semua 'kerja buat' aku jadi lumpuh. Aku jadi malas nak buat apa-apa kerja pun....
Sinopsis:
Sukarnya menjadi seorang anak. Membantah dikata tidak mendengar, mengiayakan sahaja hati juga yang parah. Di mana mahu diluah resah yang terkumpul, ke mana mahu dialirkan jiwa yang sedang luka. Kini baru dia sedar betapa payahnya untuk menjaga perasaan...............
Komen aku:
Lama betul baru aku berjaya tamatkan pembacaan aku. Novel yang sangat ilmiah dan buat aku banyak berfikir mengenainya. Olahan yang bersahaja dan natural... Kelebihan yang sentiasa ada dalam karya NB... mengenai cinta dalam kehidupan yang sebenar... Kisahnya sangat biasa kita baca tapi penyampainya sangat berkesan.... Untuk novel ini aku bagi 4 bintang.

Ahad, 14 Mac 2010

KERANA TERLUKA...

Aku baru tahu...penulis Aida Adriani ni adalah junior aku masa sekolah menengah dulu...kat mana ya, ha ha sekitar KT ni aje....tak jauh. Tapi bila tengok gambarnya aku tak boleh ingat yang mana satu... sorry. Tapi aku suka dengan karya2nya sebelum ini..membuatkan aku membaca novel ini tanpa sedar....
Sinopsis:
NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yg bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu & ayah, sekadar menumpang kasih org dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi.kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun rahsia keluarga yg tersimpans ekian lama telah menguji kasih iskandar padanya. Atnara kasih ibu dan kasih kekasih yg manakah harus dikorbankan? demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan?"Cinta bukan matematik Nudra. Satu cinta bahagi dua bukannya setengah.""Saya juga bimbang Is, kalau kekuatan saya hilang dalma keadaan payah begini."bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ah... tapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka parutnya tinggal sampai bila2. lalu apa lagi yg terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana... itu adalah lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagia dalam kepura-puraan!
Komen aku:
Memang best....aku hanya menghabiskannya dalam masa sehari sahaja. Bahasanya menarik, tak boring baca walaupun geram dengan heronya yang terlalu patuh dan tidak tetap pendirian dan heroinnya yang memang boleh dapat payung emas la... He he, ada ke orang sebaik Nudra Haneem ni di alam realiti... kalau aku la....
Untuk novel ni aku bagi 4 1/2 bintang.... mantap beb.

Khamis, 4 Mac 2010

KISAH DEDALU DI HATI....

Seluruh Malaysia aku mencari novel ini. Rasanya cari novel DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU oleh Manaf Hamzah dulupun tak la susah macam ni... susahnya bila duit ada, tapi novel tak ada...tak ada la banyak sangat duit tu, sekadar nak beli novel sebuah dua tu boleh la. Susah la cara dia orang ni 'business'... Tak faham la cara dia orang ni, tak tahu la mana silapnya....apa salahnya kalau cetak banyak2.

Rasa2 aku la, bila surf dalam internet ramai yang mencari DDH ni, ramai juga yang bersungut2 macam aku... Serasa macam novel ni tak dicetak lagi dah, takpun penerbit dah tutup kedai. ..

Untuk mendapatkannya, aku tak ada la sekejap ke Selatan, sekejap ke KL atau sekejap ke Utara ...pasang kaki la, kerah kekawan di merata tempat cuba mendapatkannya...

Usaha terbaru.... terbaca saja dalam blog penulisnya, ada peminat berjaya dapatkan novel di KL Sentral, akupun apa lagi contact la member sekepala aku di KL supaya dia dapatkan novel tu di sana... Aku siap paksa lagi supaya dia pergi mencarinya dengan kadar segera, takut habis...khabarnya kat situpun hanya ada beberapa buah saja lagi.... Bengang juga agaknya member aku ni, ya lah kan... dia kat KL tu bekerja, kerja bank pulak tu...balik mesti lambat. Tapi agaknya kerana tak nak menghampakan aku dia ambil time off separuh hari untuk ke KL Sentral tu... Tup tup dia call beritahu tak ada novel tu di sana. Kedai buku kat KL Sentral tu kecik saja katanya... aku frust melambung jadinya, tapi apa nak buat kan...dia dah sanggup tolongpun kira alhamdulillah.... Akupun tak pernah sampai kat KL Sentral tu....

Duk sorang2 otak aku ligat jugak berfikir, tak kan la novel tu cepat sangat habisnya.... atau aku salah information ni, buka lagi blog penulisnya untuk dapatkan confirmation tentang information tu...takut2 tersalah tempat. Rasanya dah betul... Aku tak puas hati ni. Hubby aku dah gelak2 kan aku dan siap perli2 lagi....rasa terbakarpun ada...

Aku dapat idea baru. Rasanya adik aku Syuhada yang kerja kat KL tu selalu sebut KL Sentral. Kalau tak silap tempat kerja dia dekat dengan KL Sentral ni... Aku cuba2 message ke dia bertanya. Nak call takut banyak guna fulus. Kedekut betul kakak ni... Katanya dia hari2 pergi KL Sentral... seronok aku dengar... Akupun sampaikan hajat aku nan satu tu. Dia kata kat KL Sentral rasanya tak ada kedai buku... hah, aku terduduk lagi... Bengang. Dia ni memang tak suka membaca agaknya... Aku kata kat dia tapi kawan Kak Na kata ada..., tapi kedai tu kecik je. Maka dia janji dengan aku nak tolong survey untuk aku....

Semalam, Adik aku Syuhada tu call... ha ha ha. Aku seronok, ada khabar gembira rupanya. Novel yang aku cari hampir setengah tahun tu dah ada dalam genggaman adik aku tu. Dia kata sebagai upah dia nak baca dulu novel DDH tu. Ambik aje la upah kau tu tapi novel tu jangan lupa bagi kat tuan dia ni. Hairannya, dia beli novel tu kat KL Sentral tu la... ada rupanya, tapi kenapa member aku tak jumpa novel tu? Ajaib betul... So selesai satu cerita......thanks untuk 2 orang ni, yang berusaha keras untuk mendapatkan novel ini, terima kasih daun keladi....

PBAKL 2010...


Inilah yang aku tunggu-tunggu sangat, tapi tak tahulah samada aku dapat pergi atau meminta sesiapa yang boleh hadiri diri bagi pihak aku... tahun lepas aku kat SMKC ada la Kak Zie yang sudi ke sana tapi tahun ni aku kat SMKPN....tak ada sesiapa la yang nak membantu.... "Kak Zie, kalau lah kau mendengar/ membaca saat ini... pergi ke pesta buku KL tak tahun ni? " Uwaaa....
Banyak juga buku2 yang aku hajatkan...

1 CINTA SI KUCING PARSI
Marwillis Hj. Wahab
Alaf21
2 RUANG RINDU
Rozita Abd Wahab
Alaf21
3 SAAT KAU KATA CINTA
Anis Ayuni
Alaf21
4 SUDI JADI CINTAKU
Marwati Wahab
Fajar Pakeer
5 UNTUKMU SAYANG
Marwati Wahab
Fajar Pakeer
6 BUKAN TAK SUDI
Mimie Afinie
KarnaDya
7 GALAU DI HATI SERI
Kushi Hirdan
NB Kara
8 SAAT MENCINTAIMU
Nurul Astiqha
NHF Media
9 WASILAH CINTA WEERA
Rose Harissa
PTS
10 BIDADARI HUJAN
Noor Azzahra
Jemari Seni
11VERSUS
Hlovate
Jemari Seni
12 YUDA DI PADANG MAYA
Xarine
Jemari Seni
13 PADA ANGIN AKU BERPESAN
Adeliah
Jemari Seni
14 PADAMU KUSANDARKAN CINTA
Halina Kamarudin
Ibook
15 MEKARNYA BUNGA CINTA
Halina Kamarudin
Ibook
16
KEMBARA RINDU DI SAKURA
AINON ZAINI
Ibook
17 JERAT ASMARA
Zara Zakry
Ibook
18 SUZZANA
Abu Azzaki
Ibook
19 BIDADARI
Zara Zakry
Ibook
20 SENTUHAN KASIH
Halina Kamarudin
Ibook
Ini senarai yang aku sediakan sekiranya ada yang akan ke pesta buku KL tu...
Tahun lepas K'zie kata..nak patah tangan dia sbb berat bawak 22 buah novel yang aku kirim....