30.11.09 - 6.12.09
Aku membaca novel ini untuk mencari semula mood membaca novel yang hilang selepas aku membaca novel terdahulu yang tidak memberangsangkan. Harap2 ia akan menyemarakkan keinginan aku untuk mentelaah novel2 yang masih banyak tak terbaca di rak......
Sinopsis:
Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dpt membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati spt Warren Buffet! Namun Adam silap percaturan. Setelah kekayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya.
Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa2 saja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yg sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari byk perkara. Terutama bagaimana mahu mengharga kehidupan dan berkasih sayang!
Komen aku:
Best...memang best sesangat, cerita dan juga penyampaian.....menghiburkan dan menarik untuk dibaca. Aku tak sabar2 untuk menghabiskan novel ini. Novel2 beginilah yang aku cari sebenarnya. Banyak ilmu yang aku dapat dari pembacaan aku. Dari sini aku tahu siapa dia Billy Milligan dan Warren Buffet. Itulah baca novel ni bukannya membuang masa sebagaimana pendapat sesetengah pihak, banyak benda lain yang berharga yang kita dapat. Belilah jangan tak beli. Untuk novel ini aku bagi 5 bintang....