RSS

Jumaat, 28 Mei 2010

SAAT KAU KATA CINTA

Aku dah membacanya beberapa bab sebelum disambar oleh adik aku Fatihah . Katanya dia memerlukan bahan bacaan untuk menemani dia menunggu emak di wad... So aku rela la berkorban untuk tidak membacanya...
Tapi nampaknya after 2 weeks dia masih belum membacanya, maka aku mengambilkan semula kerana aku merasakan dia terlalu sibuk untuk mentelaah novel2. Dia lebih selesa berinternet...maklumlah HUSM Kubang Kerian ada banyak WIFI percuma....
Sinopsis
Melihat gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.
Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu.
Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta.
Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak per nah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril? :
Komen aku:
Uhu...best jugak la, boleh la bagi 4 bintang.... Ada pengajaran tersirat untuk anak2 sekolah supaya tidak taksud kepada cinta, kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan...Jauh perjalanan kita akan jumpa macam2 perkara dan macam2 orang...

Selasa, 18 Mei 2010

DI HUJUNG RANTING...


Tilik punya tilik kat rak buku, tangan aku ringan saja mencapai novel ini. Novel ni aku beli kerana promosinya mengatakan ini adalah antara novel keluaran Buku Prima yang laris di pasaran...

Sinopsis:

Komen aku:

Permulaan cerita ...aku rasa boring semacam je novel ni. Aku teruskan membacanya dengan sabar diselang seli dengan menyemak soalan PPT budak2 nak periksa minggu ni. Di penghabisan cerita aku mengalirkan airmata juga , sedih sebenarnya ...kesian dengan Mawardah tu, ni la antara calon2 yang akan dapat payong emas nanti...hu hu. Untuk novel ini bolehlah bagi 4 bintang.

Sabtu, 15 Mei 2010

KAPALTERBANG KERTAS..



Aku beli novel ni dulu kerana budak kerja kat kedai Minerwa Book Store rekomenkan... best katanya.
Nak tau best atau tidak...kena baca la kan....
Sinopsis:
Suriani melarikan diri ke Kuala Lumpur demi menyelamatkan masa hadapannya. Dia rela dirinya hanyut dibawa nasib mengenangkan cita-citanya untuk menjadi tentera udara bersama Mahadi tidak kesampaian.Nasibnya baik kerana bertemu secara tidak sengaja dengan Ian Emran yang sudi membantunya. Bertugas sebagai pembantu Ian Emran telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Marina, sahabat karib Ian Emran yang telah tujuh tahun setia di sisi lelaki itu. Begitu juga dengan beberapa kakitangan wanita lain di pejabat hingga menimbulkan gosip tidak baik ke atas dirinya.Lantas, Ian Emran yang mula menaruh hati terhadap Suriani segera menyuntingnya sebagai suri hidupnya. Sepanjang tempoh pertunangan mereka, pelbagai dugaan dan cabaran harus dihadapi kerana Marina yang mendambakan kasih Ian Emran sentiasa menggugat kepercayaan Suriani terhadap Ian Emran.Tatkala jiwa Suriani berperang sesama sendiri Mahadi muncul kembali, ingin mengotakan janji-janjinya terhadap Suriani untuk membawanya “terbang” bersama.Suriani tersepit di antara tunangnya, Ian Emran dan kekasih lamanya, Mahadi. Ke manakah haluan hidup Suriani? Ke manakah kapal terbang kertas akan membawanya terbang pergi?
Komen aku:
Novel ni Jalan ceritanya best jugak tapi sayangnya nipis sangat....tak puas baca. Untuk novel ni aku bagi 4 bintang.... Novel baru penulis ni dah keluar, aku tunggu gaji dulu baru nak beli online...

Rabu, 12 Mei 2010

SEPUPUKU SUAMIKU...


Tamat saja novel sebelumnya, aku terus sambung dengan novel ini... nampak macam best, juga oleh seorang penulis baru. Teringin pula aku nak baca novel2 oleh penulis yang baru 'publish' novel2 mereka. Bukan apa, kadang2 orang baru cara mereka agak lain berbanding dengan yang dah ada nama....
Sinopsis:
Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.Alam perkahwinan yang dikecapi Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.
Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memilik Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan kembali hati Nana yang keras itu.Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat diciintainya. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam gengamannya.Malang sekali bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana... .Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau... mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?
Komen aku:
Untuk novel ini aku bagi 4 bintang. Agak menarik bagi seorang penulis baru cuma penyebab untuk Hani memutuskan pertunangannya dengan Hisyam aku rasa tidak begitu kuat untuk dijadikan faktor... Kalaulah kerana Hani nak hidup senang dan mewah rasanya dengan Hisyampun dia boleh hidup senang sebab Hisyam tu doktor......

HADIRMU TAKDIRKU...


Dalam perjalanan balik dari KL aku sempat selitkan novel ni dalam beg laptopku untuk diusung naik ke dalam bas. Bukan apa sebenarnya, novel ni agak nipis berbanding novel2 lain yang aku ada pada masa itu....tak ada la berat sangat nak angkut....

Perjalanan balik di sebelah siang membuatkan aku menghabiskan masa dengan membaca novel ini, seronok juga jalan ceritanya...

Sinopsis
Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati.Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai jenaka ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam... kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demui nama dan harta!:
Komen aku:
Seronok juga, aku menghabiskannya dalam tempoh 2 hari saja. Untuk novel ini aku bagi 4 bintang....

Khamis, 6 Mei 2010

BAGAIKAN MELANCONG....



Aku bertolak dari Terengganu dengan 4 buah novel tapi aku pulang dengan 7 buah novel.... dari mana datangnya kalau aku tidak singgah di kedai-kedai buku dan membelinya....

WASILAH CINTA WEERA aku beli di kedai buku di IJN. Dalam boring menunggu hubby mendapatkan rawatan, aku meninjau-ninjau ke dalam kedai yang menjual bahan-bahan bacaan di situ. BISON kalau tak silaplah nama kedainya.....

Apabila tahu hubby dibenarkan pulang sebelum datang semula untuk temujanji pada 30/6/2010 aku dan hubby menyewa hotel di Chow Kit. Saja untuk berehat kerana seharian aku keletihan, tidak tidur, tidak mandi dan tidak makan dengan hajat untuk pulang ke Terengganu pada pagi keesokan hari. Abang dan adik bukan tidak menjemput kami ke rumah mereka tapi aku dan hubby lebih senang melepak di hotel....tidak mahu menyusahkan. Puas tidur seharian, aku dan hubby keluar untuk mendapatkan tiket bas dan shopping sikit sebanyak sebagai buah tangan untuk anak2 yang menunggu kepulangan kami. Tak ada apa sangat yang boleh dibeli dengan keadaan suami yang tidak begitu sihat...sempatlah aku membeli 2 buah lagi novel iaitu HADIRMU TAKDIRKU dan sebuah novel yang dah aku baca sebenarnya tapi aku beli juga untuk dibuat koleksi kerana jualan larisnya iaitu ANDAI ITU TAKDIRNYA.....

Selasa, 4 Mei 2010

BEKALAN MENGIRINGI HUBBY...

Aku menemani hubby mendapatkan rawatan di IJN. Aku tidak pasti berapa lama aku terpaksa berkampung di IJN dan untuk mengisi masa luangku aku bekalkan beberapa buah novel untuk bacaan. Sudah pasti aku mempunyai banyak masa lapang....daripada aku habiskan masa dengan termenung lebih baik aku baca novel....
Ruang beg yang terhad tak memungkinkan aku untuk mengangkut banyak novel. Aku hanya membawa 4 buah novel yang teringin sangat aku baca....

Isnin, 3 Mei 2010

LAYANG-LAYANG BERTALI KACA( KIV )


Novel pilihan aku seterusnya...jeng..jeng...jeng. Memang tak sabar nak baca.... Merupakan bekalan pertama untuk aku mengiringi suami mendapatkan rawatan di IJN hujung minggu ini.

Sinopsis:

MANJA, si anak kecil Tengku Shariman yang dikurung dalam sangkar emas sering bermimpi dapat bermain layang-layang sepuas hati. Apabila dia mendapat peluang dengan bantuan Pak Jusuh, pemandunya, kesempatan itu digunakan sepenuh hati.

Sesekali dia melihat layang-layang itu mundur dan sesekali maju. Kadangkala dia terkejar-kejar dan kadangkala dia cuma berdiri tegak. Ketika itu barulah Manja tahu, mengendalikan layang-layang bukanlah mudah.

Tidak bijak menganggar, layang-layang akan terjunam. Tidak pandai memegang tali, layang-layang akan mati. Hidup bagi Manja, seperti layang-layang. Memerlukan kebijaksanaan, memerlukan kesabaran.

Bagi Manja, bermain layang-layang adalaj satu kebebasan yang hakiki. Di padang itu dia boleh berlari, terbang bebas sepuasnya. Dan di situlah dia bertemu cinta sejati...