RSS

Sabtu, 23 April 2011

PELUKAN CINTA


Kerana kesibukan yang aku tak tahu apa yang aku sibukkan sebenarnya membuatkan aku kekurangan waktu untuk tekun mengadap minat aku yang satu, so pilihan aku kali ini adalah novel yang agak nipis supaya senang dibawa ke sana dan kemari untuk memudahkan aku mencuri-curi waktu.......

sinopsis:

Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakan-rakan sekeliing bersetuju mereka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.

Armand Danial telah berkahwin dengan sepupunya, Asilah yang juga seorang yang cantik rupawan. Zulaika Husna yang reda dengan apa yang terjadi telah membawa diri jauh ke negeri pantai timur untuk mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya, Armand Danial sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff Danial.Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga
baharunya itu? Segala-galanya pasti terjawab dalam Pelukan Cinta.

Komen aku :
PELUKAN CINTA....sebuah novel yang ada garam dan gulanya juga tapi penyampaian yang kurang matang membuatkan manis dan masinnya tidak berapa terasa. ...kadang-kala terasa garapan watak mcm tak logikpun ada membuatkan rasa manis tidak terasa manis dan masinnya juga tidak terasa masin. Untuk novel ni aku bagi 3 1/2 bintang. Untuk penulisnya teruslah berkarya kerana anda sebenarnya ada bakat......

Jumaat, 1 April 2011

HATI BERGETAR RINDU...



1 April 2011
Tak sabar untuk aku membaca novel Dhiya Zafira yang terbaru ni.... Antara penulis yang aku paling minat hasil tulisannya. Jom layan novel ini....

Sinopsis:

Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.

Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Sesungguhnya, tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yang paling dipercayai.

Sid ~ Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah... kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah... kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati, dan Ari... yakinlah bahawa ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.

Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.
Komen aku:
Kena baca sekali lagi...baru ada feel nak mengulas...sori Dhiya Zafira. Tak puas sebenarnya baca...hek3

Komen aku:
Hak3....Dhiya Zafira dah lama tunggu komen aku untuk novel terbarunya ini. Dah lama habis baca tapi kan masa baca tempohari aku tak sihat sangat so konsentrasi aku sedikit terganggu , novel yang baguspun aku rasa mcm tak bagus jerrrr....sori. Maka untuk mengimbangi perasaan sendiri terhadap novel ini...aku ambil masa la jugak untuk baca sekali lagi , untuk terus mendapatkan 'feel' untuk mengomen seadil-adilnya.....
Novel HBR ni sangat bagus dr segi persembahan watak dan penyampaianya juga. 5 bintang aku bg untuk novel ini dan juga untuk penulisnya. Senyum Dhiya jangan tak senyum.....Bukan nak mengampu tapi inilah realiti bagi hasil tangan Dhiya Zafira. Aku tidaklah tergila-gila sangat dengan Sidqi sebagaimana aku tergila-gila dengan watak Rif dalam JKP.....walau bagaimanapun HBR ada auranya yang tersendiri yang membuatkan setiap orang yang membacanya tidak akan berhenti sehinggalah ke akhir cerita....Tahniah.