27.02.2010
Intai2 kat rak....novel apa la seterusnya nak dibaca, aku ternampak novel ini. Lama dah aku berhajat nak baca sebenarnya...tapi masa berhajat hari tu kawan pinjam la pulak. Di rak sekarang, novel penuh tersusun...semua yang dipinjamkan, telah dipulangkan.... Aku seronok tengok, teratur cantik 284 buah yang aku miliki setakat tarikh hari ini...
Sinopsis:
Antara Faryan dan Serra, bagaikan bulan dan matahari, saling memerlukan… saling mencintai. Antara Faryan dan Serra, bagai kumbang dan bunga, menyeri taman. Tetapi entah mengapa bulan dan matahari berpisah kasih, kumbang dan bunga bercerai sayang.
Perpisahan terjadi lantaran hati terlalu sedih kerana dikecewa. Saat cinta Faryan mengembang, Serra menghilang diri. Tanpa khabar, hilang berita. Faryan jadi perindu dan rindu itu cuba dikambus melalui pertunangannya dengan Wina, atas kehendak keluarga.
Namun, di celah rasa kecewa yang menjadi cebisan perasaan, pertemuan ada semula. Mereka tetap bersama. Rindu dan benci bertandang antara malu untuk mengakui aku juga cinta kepadamu…
Pun begitu, akhirnya bulan dan matahari tetap bersama kerana fitrah azali telah menjodohkannya. Dan, mungkinkah begitu jua suratan azali antara Faryan dan Serra? Fitrah mereka, adakah mungkin jodoh bersama? Atau akankah Serra dibalas kecewa atas silap dahulu?

Komen aku:
Antasya Balkis a.k.a Syamimi Aminollah adalah orang yang sama tetapi mengapa hasil tangannya tidak sama? Aku suka sangat dengan buah tangan Syamimi tapi buah tangan Antasya kali ini membuatkan aku rasa seakan baru pertama kali membaca karyanya...apakah kerana buah tangan Antasya kali ini agak lebih keremajaan atau kerana aku baru saja menghabiskan 2 buah novel oleh 2 orang penulis yang lebih ada nama dan lebih matang. Ha ha ha aku tak tahu... tapi aku rasa seakan boring sangat dipermulaan cerita...aku belum habis baca lagi ni .... harap2 cerita lebih menarik di kemudiannya.