RSS

Selasa, 24 Mac 2009

RAKAN SEPERJUANGANKU...



Salbiah Abu Bakar, seorang rakan penggemar novel...gemar baca dan kumpul novel macam akulah lebih kurangnya, seorang guru dan rakan seperjuangan di sekolah. Guru Bahasa Melayu...
Ini 3 buah novel koleksi terbaru beliau. Didatangkan khas untuk aku membacanya....
Memanglah, kami memang bertukar-tukar novel. Aku memang kagum dengan dia ni sebab dia dapat membaca novel dengan cepat. Sebuah novel dia boleh habiskan paling lamapun 2 hari... Aku? Hah malu nak cakap, minat sangat dengan novel tapi sebuah novel aku perlukan seminggu untuk tamatkan pembacaannya... Bila dia hulurkan novel2 ni, aku teragak-agak juga untuk mengambilnya sebab aku bimbang tak mampu untuk baca dalam masa yang terdekat ni.....tapi katanya novel2 ni best, sedih sangat hingga matanya bengkak2 sebab banyak sangat menangis.... Maka aku ambil juga untuk turut merasa 'feel' sedih itu....

Selasa, 10 Mac 2009

HADIAH DAH TIBA...
















3 buah novel di atas adalah hadiah peraduan 'aku dan bukuku' yang dimenangi oleh Si Tengah di samping 10 buah buku motivasi pilihan pihak Alaf21. Seronoknya sebab ketiga-tiga novel ini aku belum miliki lagi. Sengaja aku tidak membeli novel keluaran alaf21 untuk 2 bulan terakhir ini....

Khamis, 5 Mac 2009

MEMBAZIR LAGI...

Perangai lama masih tak berubah... Kalau susah hati apa anda akan buat untuk me'release'kannya? Aku? Inilah yang aku nak cerita ni. Aku kalau susah hati, aku suka sangat pergi shopping atau setidak-tidaknya window shopping. Dengan cara ini aku boleh mengurangkan ketegangan dalam diri aku....
Kali ini aku shopping 2 pasang kasut dan inilah 3 buah novel yang bukanlah novel baru tapi aku belum memilikinya.... ahakkk. Hangus Rm300 kali ini... Novel2 ni saja dah RM70, itupun after discount 10%

Rabu, 4 Mac 2009

PEMENANG KATEGORI KANAK-KANAK...









Alhamdulillah, akhirnya Si Tengah memenangi juga kategori ini, walaupun aku rasa ia lebih layak bertanding untuk kategori koleksi. Tak kisahlah kan, asalkan menang...