RSS

Selasa, 13 April 2010

RUANG RINDU


Ha ha... aku teruskan lagi pembacaan aku, kali ini dengan buah tangan terbaru Rozita Abd Wahab....macam best je, kena baca dulu la ni...baru boleh komen...
Sinopsis:
Camelia seorg gadis tomboy. Ibunya takut dia tidak akan bertemu jodoh lalu pandai2 tunangkan dia dgn Halil, anak kpd seorg guru yg pernah mengajar Lia semasa darjah 4. cikgu tu tak kisah dgn sikap kasar Lia malah dia rasa sikap itu sepadan dgn Halil yg suka tukar2 makwe yg langsung dia tak berkenan nak buat menantu.Halil menurut kata ibunya, lagipun tak rugi apa sbb Lia pun cantik orgnya, cuma tomboy ja. Dia cuba memikat tunangnya setelah 3 bulan bertunang. Tapi masa Lia outstation kat JB, dia dah kantoi. Lia bertembung dgn Halil bersama 'tunang' lain di JB. Lia sgt gembira sbb skrg dia ada bukti yg kukuh utk membatalkan pertunangan dgn Halil walaupun dia sgt sygkan ibu dan bapa Halil yg baik hati tu.Sebaik saja putus tunang, Halil dipindahkan ke pejabat KL betul2 dekat dgn ofis Lia sbb dulu dia memang nak dekat dgn tunang dia, tapi sekarang dah break, Halil menggunakan peluang itu utk keluar ngn lain2 perempuan utk buat Lia cemburu. Masalahnya Lia tak cemburu pown. Lia semakin jauh tapi Halil pulak dah makin syok kat Lia. Halil sanggup membuang rasa malu dan cuba meminta bos Lia utk menyuarakan hasrat hatinya utk kembali pada Lia. haha silap banyak!!! rupa2nya boss Lia tu pun syok kat Lia dan melamar Lia utk diri sendiri, bukan utk Halil! haha padan muka Halil, dia ingat kalau dia tak nak kat Lia, takkan ada org lain yg nak kawin dgn Lia. Tomboy2 Lia tu pun ramai gak yg berkenan.Bila tau Lia dilamar boss tu, Halil terus gi debik mamat tu. sabo jer aku. dia risau kot sbb bos Lia tu walaupun duda, tapi hensem. anak2 boss tu pun rapat giler ngan Lia, lagi la dia bimbang. Lia memang penah ada pakwe dulu (namanya Tuan Amir) tapi mak Amir tu Datin, dia tak suka Lia yg tomboy tu. Dia kata tak sesuai buat menantu. dia siap hina2 si Lia tu. Kesian. Yg dia bekenan, mak nyer tak suka pulak. Yg dia tak berkenan, maknyer suka sangat2 la pulak.Halil panik bila rumah Lia ada kenduri selepas beberapa hari Lia memperkenalkan Tn amir sbg bakal suaminya. Dia nekad gi rempuh bilik Lia dan nak pujuk Lia sampai stuju kawin ngan dia.Ada lagi kisah selepas tu... Kenapa ek skrg aku senang nak suka dgn cerita yg buat aku nangis? Adeh la... dan nampak sangat sekarang ni citer yg aku rasa sedih, org lain baca tak sedih pun. Cemana bleh jadi mcam tu. heh heh. something wrong somewhere upstairs?sinopsis/blurbRASA cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu.Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka.Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil.Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?
Komen aku:
Liat pula rasanya nak aku habiskan pembacaan aku kali ni. Terasa bagai novel Rozita Abd Wahab kali agak 'boring' berbanding novel2nya yang terdahulu....benarlah bagai yang dikata aku membeli kerana nama besarnya, bukan kerana novelnya.... Seminggu aku sibuk dengan perlawanan bola tampar peringkat MSSKTS, seminggu juga aku usung novel ini ke sana sini...pantang ada ruang aku akan membukanya, tapi tak jugak habis2.....
At last, tamat la pembacaan aku.......boleh la tahan ceritanya. Untuk novel ini aku hadiahkan 4 bintang.

Selasa, 6 April 2010

PERGILAH AIRMATA...

Seronok baca novel pertama HANNI RAMSUL membawa aku untuk menyelongkar lagi rak novel aku untuk mendapatkan novelnya yang keseterusnya ....PERGILAH AIRMATA yang telah menghuni rak novel semenjak Pesta Buku Trg tempohari... macam best je... dan tebal juga 858 ms.

Sinopsis:

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi.Sumpah bukan ini yang aku mahu.Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa.Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit... SABRINA

Memang aku benci.Memang aku tidak rela dengan takdir ini.Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?Di mana noktahnya mainan perasaan ini... BADRUL

Komen aku:

Seronoknya novel kedua Hanni Ramsul ni...tak puas baca, bagi pendapat aku ianya lebih menarik berbanding dengan novel yang pertama.... aku asyik melekat dengan novel sehinggalah ke akhir cerita....bukan apa tak sabar nak tahu penyudahnya. Tahniah untuk penulisnya kerana menghasilkan novel yang baik ini...terhibur membacanya. Untuk novel ini aku bagi 4 1/2 bintang....

Sabtu, 3 April 2010

BIARLAH YM BERBICARA...

Aku intai2 lg kat rak buku, apa lagi agaknya novel yang humor yang boleh aku baca untuk merelekskan minda... banyak sebenarnya tapi aku pilih novel oleh penulis baru lagi kali ini....
Sinopsis
Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…
Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…
Charming… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…Aku… Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini….
Komen aku:
Ahhhh...dah tamat baca novel yang best ni...apa yang boleh aku katakan dengan novel ini...heroinnya sangat kebudak-budakan, tak padan dengan umurnya yang dah mencecah 26 tahun. Walau bagaimanapun best la jalan ceritanya..sangat menghiburkan... Untuk novel ini boleh la, aku anugerahkan 4 bintang..... penulisnya mempunyai potensi yang sangat besar, teruskan berkarya dan menghasilkan novel2 yang lebih baik pada masa akan datang...

Khamis, 1 April 2010

PADA ANGIN AKU BERPESAN

Malam ni aku belum decide lagi novel apa aku nak baca seterusnya....Hampir setengah jam aku memilih tapi masih tak terpilih.... so kena kiv sehingga esoklah nampaknya...
Bangun aje dari tidur pagi esoknya, aku sudahkan memeriksa kertas periksa budak2 form 3, aku habiskan kedua2 kelas yang aku ajar...lepas tu aku lepak dan intai2 lagi novel kat rak...hah dah nampak novel yang aku hendak baca seterusnya....PADA ANGIN AKU BERPESAN oleh Adeliah.
Sinopsis:
Perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetangah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz akad nikah tetapi tidak pada hakikatnya?Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?Bencikah ini...?Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.Atau... cintakah itu?

Komen aku:
Aku menghabiskan novel ini hanya dalam tempoh sehari. Kiranya aku telah mencatat sejarah la dalam pembacaan aku..... seronok pulak aku membacanya sehingga aku sayang nak tidur malam... agak kelakar juga, aku tak teragak-agak untuk gelak sorang2....
Sepotong ayat yang menarik perhatian aku dalam novel ini.... "Kalau lah kehidupan ini boleh diibaratkan umpama pensil dengan pemadam kan mudah, salah tulis padam sajalah....." ....ringkas tapi penuh makna....Novel ini boleh merelekskan minda yang bercelaru, kalau rasa tertekan tu...bolehlah cari novel ini untuk bertenang... untuk novel ini aku bagi 4 1/2 bintang. Menggunakan bahasa yang ringkas dan sangat mudah.....