RSS

Selasa, 7 Jun 2011

HUJAN GERIMIS DIHIASI PELANGI


Sinopsis novel :
Rozman Sulaiman, usahawan muda yang berjaya, menjangka kehidupannya berada di landasan yang baik dan sempurna. Namun itu semua berubah apabila dia mendapati bahawa dia dipantau dan diperhatikan. Bukan sahaja dari seorang wanita bahkan dari beberapa pihak yang selama ini tidak pernah dia tahu akan kewujudan mereka

Bermula dari situ, lantas berhadapan dengan pertanyaan dan dilema akan siapakah dirinya yang sebenar? kerana apa yang cukup memeranjatkan ialah dia tidak sebatang kara seperti yang disangkakan selama ini.
malahan wanita yang memerhatikan dirinya tanpa diduga mula bertapak dalam hidupnya yang jahil itu. Malah kehadiran wanita bernama Tiara itu bukan sahaja membolak-balikkan hidupnya, tetapi merubah segala tanggapan dan kepercayaannya kerana sebelum dia perolehi jawapan-jawapan yang menyelebungi dirinya, mereka harus berhadapan dengan bahaya, musuh dan musibah.

Komen aku...
Tamat sudah pembacaan aku....ermmm apa nak komen ya. Sebenarnya novel ni ada auranya yang tersendiri. Penyampaian bagus cuma penceritaannya yang kadang-kadang berulang membuatkan aku sedikit bosan. Untuk novel ni aku bagi 4 1/2 bintang. Saudara Manaf...teruskan berkarya dan teruslah hasilkan novel2 yang seindah DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU atau setidak-tidaknya AYLANA.

Khamis, 2 Jun 2011

7 HARI MENCINTAIKU


1 Jun 2011

7 Hari mencintaiku...novel yg menjadi sebutan ramai dan rebutan ramai juga sehingga ada kawan di sekolah bertanya untuk meminjam. Aku sebenarnya kurang gemar memberi pinjam , kalau kena yang tahu menjaga ok la juga tapi ramainya yang tak tahu menjaga. Aku suka mengumpul novel untuk dibuat koleksi dan aku suka tengok novel2 aku cantik dirak....tapi kalau tak bagi pinjam kan...apa kata orang pula........tapi untuk kes ni, sebenarnya novel ini, baru sangat aku beli, belum berbalut, belum masuk rakpun lagi dan tentunya aku belum baca...dah ada orang yang nak pinjam.... Ini yang aku ralat sebenarnya.......kedekutkah aku?

Sinopsis novel :
"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Komen aku :

Novel yang paling mendapat tempat di hati kekawan di sekolah, sehingga ada yang bertanya untuk meminjam membuatkan aku terkedu. Bukan kedekut tapi aku belum membalutnya, belum menjilidnya, dan belum masukannya ke rak apatah lagi membacanya...tiba2 ada yang bertanya untuk meminjam...hu3.
Sehebat judulnya...aku memerlukan 7 hari untuk menghabiskan bacaanku..... kata kekawan aku novel ni sedih sangat, tapi peliknya aku langsung tak menangis......hek3.
Untuk novel ni aku bg 4 1/2 bintang....penyampaian yang sangat bagus dan jalan cerita yang menarik cuma ...tak tau la nak kata, aku tak berapa suka dengan watak2 yang diciptakan. Ceritanya macam berulang je, sekejap suka, sekejap tak suka...meleret-leret....