RSS

Rabu, 30 Jun 2010

MENCARI JALAN KE SYURGA


Novel baru yang dibeli terus dari Kaki Novel. Teringin sangat nak baca bila kekawan kata best....Aku mula baca novel ini bila rasa bosan menunggu Hubby berjumpa doktor dan buat 'checking jantung' pada sebelah petangnya.... Sebenarnya boleh dikatakan sama banyak membaca dan tertidur di sofa menunggu...apa nak buat badan letih, tiba saja dari Trg waktu pagi terus je ke IJN, then lepak kat ruang menunggu tanpa mandi dan tak cukup tidur dan tak cukup makan juga....

Sinopsis:

Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.

Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.
Komen aku:
Novel yang sangat menarik untuk dibaca. Aku tidak melepaskan peluang untuk membacanya di hospital, di hotel dan di stesen bas dan di mana jua jika berkesempatan tapi lama juga baru aku boleh menghabiskannya....4 hari Uhuuuuuu. Untuk novel ini aku bagi 4 1/2 bintang. Tak rugi la membelinya untuk dijadikan koleksi.

Rabu, 16 Jun 2010

AKU TUAN PUNYA NOVEL....


Kawan atau adik2 aku nak pinjam....pinjamlah tetapi mesti menjaganya dengan baik. Setiap kali meminjam dikira adalah tempoh percubaan. Apabila memulang mesti dalam keadaan yang baik. Begitu keadaannya novel semasa dipinjamkan, begitulah sepatutnya keadaan novel semasa memulangkannya. Kalau tidak lulus ujian percubaan itu, lain kali....SORRY!!!!

Kalau dah rasminya meminjam, janganlah dipinjamkan lagi kepada orang lain. Ini sangat aku titik beratkan, bayangkan sajalah kalau dah banyak tangan, novelpun dah tak rupa novel lagi.....

Peraturan tidak terhad kepada kawan-kawan a.k.a sahabat sahaja, ini dipanjangkan juga kepada adik2 aku yang dakwanya suka sangat baca novel, malangnya sebuah novel sebulanpun tak habis lagi.... Akupun 'confuse' gak ni, depa ni membaca ke mengeja....Lepas tu bila hantar, bukan renyuk lagi tapi dah koyak rabak.... Aku sayangkan novel lebih dari aku sayangkan duit yang sama nilainya...... Kalau kelahi dengan suamipun jangan la guna novel aku untuk pertahankan diri. Carilah pinggan mangkuk ke... Jangan la bagi anak-anak buat main, novel tu 2, 3 puluh ringgit bukannya 2,3 ringgit...Apa la engkau orang ni...........


Selasa, 15 Jun 2010

2 x 5

Cuti pertengahan tahun kali ini, jadual aku agak padat. Dicongak-congak dihitung-hitung aku hanya ada masa 2 hari untuk 'stay' dan bersenang lenang di mahligai aku yang indah, tenang dan mendamaikan ini... Hanya 2 hari ini saja aku boleh bermalas-malasan untuk membaca novel2 aku yang masih berlambak tak terbaca.... Hubby aku dah labelkan aku, katanya sebenarnya aku ni bukan suka baca novel tapi suka kumpul novel...ya ke? Aku rasa tak percaya.... Hubby kata kalau orang tu kemaruk sangat baca novel tak kira la novel tu bagaimana rupa dia akan baca tapi aku bila tengok novel buruk dan lunyai aku tak pandang pun.... Itu pandangan hubby aku. Aku tak marahpun, betul lah agaknya...aku memang tak ada selera nak baca novel yang tak terjaga....novel2 aku memang cantik berbalut....Sebenarnya aku lebih suka membelek-belek novel2 yang ada-ada tu....
Kali ni aku memilih novel yang agak humour untuk menemani aku ke Kubang Kerian untuk menjaga emak aku yang terlantar di HUSM. Untuk keadaan yang sibuk mengurus keperluan emak yang uzur aku memilih novel yang boleh menghiburkan hati....
sinopsis:
Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.
Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya.

Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang di hari pernikahannya dahulu.
Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu kehormanian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.

Di
dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi, si hartawan punya harta tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu.Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila sudah masing-masing 2×5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim?
Komen aku:
Novel ini pada aku tak ada la humour sangatpun walau Che Su(adik aku yang bongsu) terkekeh kekeh ketawa macam orang tak siuman. Bila aku baca, nak senyumpun aku teragak-agak....just ok la. Untuk novel ini aku bagi 3 1/2 bintang, aku kurang minat dengan bahasanya....sesuai utk pembaca remaja agaknya...

Isnin, 7 Jun 2010

SUNGGUH AKU CINTA



Selesai membaca novel Anis Ayuni yang terbaru, aku terpanggil untuk membaca novel beliau yang sebelumnya yang juga belum aku baca tetapi telah lama juga aku beli...
Sinopsis:
TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...
Komen aku:
Novel terbaru beliau yang telah aku baca terdahulu tu bagi aku lebih menghiburkan dari segi penyampaiannya tetapi konflik cerita menarik untuk aku terus menghabiskan bacaan aku. Aku sempat juga mengalirkan airmata, sedih dan tersentuh bila aku membayangkan kalaulah aku berada di tempat Maira...hu hu... ditinggalkan suami kerana perempuan lain, diceraikan hanya kerana suami telah jatuh hati kepada orang lain..... menangis tak berlagu, rasa sangat diri tidak berguna dan tidak menepati citarasa sang suami.
Untuk novel ini aku bagi 4 bintang, memang novel2 Anis Ayuni tidak akan menghampakan...tahniah.