RSS

Selasa, 27 Disember 2011

SUAMI YANG KUBENCI

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.

"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?

Komen aku:

3 minggu aku baca novel yang satu ni, cerita best sangat, mmng boleh thumbs up la kepada penulisnya yang pandai bermain dengan ayat2 humor yang tidak keterlaluan. I like....

Sambil baca aku menyeringai macam kerang busuk ...hubby pun pelik menengoknya. Untuk novel ni aku bagi 4 1/2 bintang...bg sesiapa yang belum beli novel ni...belilah utk dibaca dan dibuat koleksi...

Isnin, 26 Disember 2011

CANTIKNYA SICOMOT

Sinopsis

Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.

Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.

"Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni. Ingat! Kalau Su cuba dekati Rosmina dan buat cerita yang bukan-bukan lagi abang takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Su."

Komen aku:

Best..best..best......itu yang boleh aku katakan. mula2 tgk tajuk masa nak beli hari tu mcm pelik la jugak dengan maksud Cantiknya Si Comot tapi bila baca baru la fahamm....kelakar, sedih silih berganti...

Untuk novel ini aku bagi 4 1/2 bintang. Tak rugi beli....

Sabtu, 17 Disember 2011

YES, BOSS!!!

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat
tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja.
Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.


Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

Isnin, 12 Disember 2011

UDA DAN DARA


Dah separuh aku baca novel ni, baru la teringat aku belum buat post kat blog. Mamai sungguh aku....

Sinopsis Novel:

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam
menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Komen aku: