RSS

Rabu, 28 Julai 2010

MATAHARI CERAH LAGI...


Aku tak puas hati membaca novel sebelumnya. Lama jugaklah aku tercongok menilik novel2 kat rak. Novel mana patut aku baca ni..... Tangan aku ringan saja mencapai novel ni...Harap2nya dapatlah memenuhi selera aku hendaknya...

Sinopsis:

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa?

Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?

Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.

Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.

Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.

Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.

Komen aku:
Aku beli novel ni kerana nama besar penulisnya. Membaca novelnya yang terdahulu OMBAK RINDU lama dahulu, membuatkan aku jadi tertunggu-tunggu setiap novelnya yang terbaru. Tapi membacakan novel2 terbarunya ....aku rasakan kehebatan Ombak Rindu mungkin tidak dapat ditandingi lagi....mengapa begitu?
Selepas membaca novel MAYAHARI CERAH LAGI aku tidak merasa apa-apa yang istimewa dalam novel ini. Penceritaan dan juga penggunaan bahasanya....semuanya biasa-biasa saja. Untuk novel ini aku bagi 4 bintang. Semoga Penulisnya akan terus berusaha untuk melahirkan buah tangan yang lebih hebat lagi kerana dia adalah penulis yang hebat sebenarnya....

Ahad, 25 Julai 2010

TIADA YANG KEDUA

Entah macamana aku terpikat pulak nak baca novel tentang cinta selepas kahwin. Belek punya belek sinopsis aku terambil la novel ni....Kira bolehlah, sebab aku pernah terbaca kat internet novel ni best gilerrrrr, kata pengulas-pengulas kat situ....

Sinopsis:
NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.
Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.
Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?

Komen aku:
Aku dah agak dari awal SARNIA YASMIN adalah SARNIA YAHYA. Kiranya penulis ni antara nama besar jugaklah . Tapi sayangnya bila aku baca novel TIADA YANG KEDUA ni, aku bagaikan tidak ada 'chemistry' dengan novel ni. Pada aku tak ada la best sangat sebagaimana yang diwar-warkan. Ceritanya just ok la, selain watak heroinnya yang tak matang langsung.... Aku tak suka dengan heroinnya. Untuk novel ini, aku bagi 3 bintang...


Selasa, 20 Julai 2010

LAYANG2 BERTALI KACA


Aku capai sekali lagi novel yang aku KIV buat sementara waktu dulu... Selepas baca novel sebelumnya, aku mula la memilih-milih novel yang lebih menarik untuk dibaca. Biasa la, nak kekalkan mood untuk terus membaca...

sinopsis:
MANJA, si anak kecil Tengku Shariman yang dikurung dalam sangkar emas sering bermimpi dapat bermain layang-layang sepuas hati. Apabila dia mendapat peluang dengan bantuan Pak Jusuh, pemandunya, kesempatan itu digunakan sepenuh hati.

Sesekali dia melihat layang-layang itu mundur dan sesekali maju. Kadangkala dia terkejar-kejar dan kadangkala dia cuma berdiri tegak. Ketika itu barulah Manja tahu, mengendalikan layang-layang bukanlah mudah.

Tidak bijak menganggar, layang-layang akan terjunam. Tidak pandai memegang tali, layang-layang akan mati. Hidup bagi Manja, seperti layang-layang. Memerlukan kebijaksanaan, memerlukan kesabaran.

Bagi Manja, bermain layang-layang adalah satu kebebasan yang hakiki. Di padang itu dia boleh berlari, terbang bebas sepuasnya. Dan di situlah dia bertemu cinta sejati...

Komen aku
Seronok sangat aku mentelaah novel terbaru NB ini. Walaupun intronya panjang lebar tapi aku jadi ralit sangat dengan penggunaan bahasanya yang bersahaja dan mantap. Memang inilah kelebihan NB. Dia boleh mengarang apa saja. Cerita menjadi klimaks apabila MANJA bekerja sebagai orang gaji di rumah AZMIN. Memang aku boleh mengagak dari awal lagi MANJA akan bertemu dengan AZMIN di pengakhiran cerita. Cuma aku tertunggu-tunggu bagaimana kisah pertemuan mereka....
Ahhhh best sangat. Aku bersengkang mata untuk menghabiskan novel ini. Untuk novel ini aku tak teragak2 untuk hadiahkannya 5 bintang.... Tahniah.

Sabtu, 17 Julai 2010

JAUH KAU PERGI


Aku memang minat dengan penulis ni....aku akan beli semua hasil tangannya... Tamat saja baca novel yang terdahulu aku terus capai naskah yang terbaru ini untuk dibaca...tak sabar-sabar....

Sinopsis:

Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat. Namun sesuatu berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih dari segalanya. Tetapi dia, ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Tetapi...menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia...aku sanggup hadapi segala-galanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia...aku reda. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?
Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam, untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi....namun aku tetap setia menanti...

Komen aku:

Bestnya novel yang satu ni. Tahniah la untuk DHIYA ZAFIRA kerana menghasilkan novel yang sangat menarik untuk dibaca. Sangat baik dan berkesan penulis ini men'describe' hero utamanya, sehingga aku turut membayangkan macam mana la rupanya HAYYAN RIFQI ni. Namanya pun bukan main indah lagi. nasib baik la aku dah tak ada anak lagi...kalau ada mungkin aku boleh namakan dengan nama ni kot...Akupun jadi kagum dengan perangai dan sikapnya yang digambarkan pendiam, romantik dan melindungi. Hebatnya lelaki ini....Untuk novel ini aku bagi penuh 5 bintang. Bercahaya la......................

Selasa, 13 Julai 2010

JODOH ATAU CINTA


13.07.2010
Aku capai sebuah lagi novel baru juga oleh seorang penulis baru... kata kawan aku novel ni best sangat. Hari tu dia kirimkan aku untuk belikan dia novel ni kat Minerva Book Store di KL. Aku pun apa lagi...beli sekalilah...

Sinopsis:
Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.

Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.

Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

Komen aku:
Cepat saja aku habiskan novel ini. Seronoknya....cuma pada aku, cacat pula ceritanya bila sampai part Iman menjadi NIE dan Danish menjadi D. Huuuu tak sesuai pulalah rasanya ganti nama tersebut.... Untuk novel ini aku bagi 4 bintang. Best!

Ahad, 4 Julai 2010

AD + IZ



Aku baru je beli novel ni secara online terus drp penerbitnya KakiNovel. Kuat sangat promosi drp kekawan mengatakan novel ni best giler... membuatkan aku terpanggil untuk menjadikan ia peneman aku di IJN kali ini...boring2 menunggu hubby, aku duk diam2 mentelaah disamping berinternet....

Sinopsis:
Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.

Komen aku:
Tamat saja pembacaan aku, aku duk la termenung sekejap. Not bad la novel ini kiranya, sebab penulisnya orang baru...jalan ceritanya menarik, seronok dan terhibur la aku dibuatnya. Tersengih la aku bila aku teringat kat kawan aku 'Gee' yang tak pernah aku tahu dia minat beli novel, tiba2 nak kirim aku belikan dia novel ini... he he, tahniah la untuk 'Gee'... Bertambahlah kawan yang sekepala nampaknya. Untuk novel ni aku bagi 4 1/2 bintang. Lagi 1/2 tu aku simpan untuk novel dia yang ke2....