RSS

Selasa, 27 Disember 2011

SUAMI YANG KUBENCI

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.

"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?

Komen aku:

3 minggu aku baca novel yang satu ni, cerita best sangat, mmng boleh thumbs up la kepada penulisnya yang pandai bermain dengan ayat2 humor yang tidak keterlaluan. I like....

Sambil baca aku menyeringai macam kerang busuk ...hubby pun pelik menengoknya. Untuk novel ni aku bagi 4 1/2 bintang...bg sesiapa yang belum beli novel ni...belilah utk dibaca dan dibuat koleksi...

Isnin, 26 Disember 2011

CANTIKNYA SICOMOT

Sinopsis

Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.

Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.

"Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni. Ingat! Kalau Su cuba dekati Rosmina dan buat cerita yang bukan-bukan lagi abang takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Su."

Komen aku:

Best..best..best......itu yang boleh aku katakan. mula2 tgk tajuk masa nak beli hari tu mcm pelik la jugak dengan maksud Cantiknya Si Comot tapi bila baca baru la fahamm....kelakar, sedih silih berganti...

Untuk novel ini aku bagi 4 1/2 bintang. Tak rugi beli....

Sabtu, 17 Disember 2011

YES, BOSS!!!

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat
tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja.
Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.


Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

Isnin, 12 Disember 2011

UDA DAN DARA


Dah separuh aku baca novel ni, baru la teringat aku belum buat post kat blog. Mamai sungguh aku....

Sinopsis Novel:

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam
menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Komen aku:

Selasa, 29 November 2011

AKU BUKAN MISTRESS


Teringin sangat nak baca novel sebab aku dihadap dengan komen-komen yang sangat positif tentang novel ini. Jom baca....

Sinopsis Novel:

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.


Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Komen aku :

Ahad, 23 Oktober 2011

KASIH BERSULAM CINTA


Sebelum keluar utk Mesy. Penyelarasan PMR hujung minggu ni, aku berazam utk habiskan novel ni dahulu.....

Sinopsis novel

Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. Angau. Perkataan itu yang disebut oleh Norma. Aku angau? Hah... biar betul!

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, “Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya.” Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?
Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.

Komen aku

Ahad, 9 Oktober 2011

KUSERU RINDU ITU

Masa sibuk dah beransur pergi. Esok hari last PMR, seminggu selepas ni aku boleh tumpukan kepada form 2 sebelum dia orang menduduki peperiksaan akhir tahun 20.10.2011 sambil2 tu aku bolehlah meneruskan pembacaan novel ini. Tak sabar nak baca...

Sinopsis novel:
Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.


Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?

Komen aku :
Hurmmmm bestnya novel ni. Aku bagi 4 1/2 bintang. Belilah utk dibaca dan dibuat koleksi kerana anda tidak akan rugi membelinya...cukup puas hati.
Kadang kala kita tidak sedar apa yang kita miliki itu sangat bernilai sebenarnya sehinggalah kita kehilangannya...itulah gambaran dalan novel ini secara umum. Tahniah untuk Hanni Ramsul...saya suka dengan semua novel2 anda...

Khamis, 22 September 2011

SETIA DI HUJUNG NYAWA


Kekurangan masa bukannya kekangan untuk aku membaca novel.....kalau dah minat, apa-apapun sanggup.......

sinopsis novel

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Komen aku:
Garapan oleh seorang penulis yang ada nama tapi pada aku tulisannya biasa-biasa saja. Menarik untuk dibaca tetapi tidak ada input luar biasa yang aku dapat drp novel ini ...hanya sekadar bacaan untuk hiburan semata. Untuk novel ni aku bagi 4 bintang. Tidak rugi untuk di buat koleksi.


Ahad, 14 Ogos 2011

CINTA PANDANG KE-=2


Macam menarik je novel ni..... aku ingin beralih pula kepada novel yang ditulis oleh penulis yang ada nama........

Sinopsis novel:

‘‘Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!’’ Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul ‘prince charming’ sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu…

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

Komen aku :
Sebulan lebih aku mengelek novel ini ke sana ke mari.......bukan tak best, best sesangat sebenarnya novel ini. Aku yang kesuntukan masa untuk membaca novel masih juga terus ingin membaca novel.......begini la jadinya. Bagi yang tercari-cari novel apa yang ingin dibeli dan masih lagi belum membeli novel ini, belilah.....kerana anda pasti tidak akan hampa dengannya. Untuk novel ini saya bagi 4 1/2 bintang. Tahniah untuk Laila Kamilia......

Sabtu, 30 Julai 2011

TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH


Lama dah aku mencari novel yang satu ni. Tak pasti sebenarnya kenapa aku minat sangat dengan novel ni...merata-rata aku mencarinya di sekitar K.Trg tapi tak ada...hampa sendiri. Nak kata novel baru tak juga.....
Aku membelinya di Minerva Bookstore KL......lepas beli terus je baca, bestnya.

Sinopsis novel:

"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?Komen aku:
Novel ini tidaklah menghampakan. Pada permulaan cerita, ianya sangat menarik untuk dibaca dan tidak sabar2 untuk meneruskan pembacaannya...menandakan ada semacam tarikan pada penceritaannya. Tapi macam selalunya lah akan berlakunya penurunan minat untuk menghabiskan cerita penulis2 baru....mereka macam tidak begitu pandai untuk menamatkan cerita dengan baik. Huuuu tak apalah...teruskan berkarya, semoga akan teruskan melahirkan novel2 yang lebih menarik untuk dibaca dan dihayati. Untuk novel ini aku bagi 4 bintang....

Rabu, 13 Julai 2011

MENUNGGU HUJAN


Baca sinopsis, macam best je novel ni....mula la teringin nak baca walaupun mulanya dah pegang novel lain. Macam2 hal....

Sinopsis novel:

Kata dia, “Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”
Jawabnya pula, “Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”
Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau sayang boleh tak?”
Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti di simpan diam-diam.

Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.
Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Diam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh darinya
Dunia bagaikan terhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama. Rupanya... rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.

semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu???
Satu hari si dia datang padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu ????

Komen aku:
Memang best...I like i like...penyampaian yang santai tapi bermakna. Pada yang belum beli, belilah...jangan tak beli. Untuk novel ini aku bg 4 1/2 bintang.

Sabtu, 2 Julai 2011

M.A.I.D


Sebuah lagi novel yang dicanang-canang best oleh peminat novel. Mulanya aku tak berminatpun nak beli walaupun dia orang kata best sehinggalah novel ni dijual di sekolah sempena minggu koperasi last week. Ada cg yang membeli membuatkan aku juga membeli dan tak sabar nak baca.....

Sinopsis novel:

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Komen aku :
Pada permulaan cerita, aku sangat teruja dengan novel ini. Tak sabar hendak menghabiskannya. Aku sanggup tidur selewat 2 pagi untuk terus membaca dan terasa sayang pula nak melelapkan mata walaupun esoknya bukan hari cuti....tapi, cerita ini agak hambar di penghujung cerita. Hu hu hu......kenapa la susahnya nak mencari novel yang betul2 boleh memenuhi selera aku.
Untuk novel ni aku bagi 4 bintang......untuk penulis ni, teruskan berkarya kerana anda ada bakat yang sangat besar dalam bidang ini.

BISIK-BISIK GELORA


Sinopsis novel:

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula
dengan Jad?

Komen aku:

Aku suka dengan novel ni walaupun masa mula nak membacanya tempohari, aku telah disogokkan dengan pandangan negatif oleh seseorang yang telah membacanya..... Tapi betul lah citarasa setiap orang tak sama dan tak akan sama. Aku suka sangat dengan novel ni. Terhibur dan memberi aku sedikit kepuasan dalam pembacaan aku. Aku suka novel ni mungkinlah kerana watak Jad yang digarap macho oleh penulisnya, jahat tak jahat..... Penyampaian yang berkesan dan matang. Untuk novel ni aku bg solid 5 bintang.

Selasa, 7 Jun 2011

HUJAN GERIMIS DIHIASI PELANGI


Sinopsis novel :
Rozman Sulaiman, usahawan muda yang berjaya, menjangka kehidupannya berada di landasan yang baik dan sempurna. Namun itu semua berubah apabila dia mendapati bahawa dia dipantau dan diperhatikan. Bukan sahaja dari seorang wanita bahkan dari beberapa pihak yang selama ini tidak pernah dia tahu akan kewujudan mereka

Bermula dari situ, lantas berhadapan dengan pertanyaan dan dilema akan siapakah dirinya yang sebenar? kerana apa yang cukup memeranjatkan ialah dia tidak sebatang kara seperti yang disangkakan selama ini.
malahan wanita yang memerhatikan dirinya tanpa diduga mula bertapak dalam hidupnya yang jahil itu. Malah kehadiran wanita bernama Tiara itu bukan sahaja membolak-balikkan hidupnya, tetapi merubah segala tanggapan dan kepercayaannya kerana sebelum dia perolehi jawapan-jawapan yang menyelebungi dirinya, mereka harus berhadapan dengan bahaya, musuh dan musibah.

Komen aku...
Tamat sudah pembacaan aku....ermmm apa nak komen ya. Sebenarnya novel ni ada auranya yang tersendiri. Penyampaian bagus cuma penceritaannya yang kadang-kadang berulang membuatkan aku sedikit bosan. Untuk novel ni aku bagi 4 1/2 bintang. Saudara Manaf...teruskan berkarya dan teruslah hasilkan novel2 yang seindah DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU atau setidak-tidaknya AYLANA.

Khamis, 2 Jun 2011

7 HARI MENCINTAIKU


1 Jun 2011

7 Hari mencintaiku...novel yg menjadi sebutan ramai dan rebutan ramai juga sehingga ada kawan di sekolah bertanya untuk meminjam. Aku sebenarnya kurang gemar memberi pinjam , kalau kena yang tahu menjaga ok la juga tapi ramainya yang tak tahu menjaga. Aku suka mengumpul novel untuk dibuat koleksi dan aku suka tengok novel2 aku cantik dirak....tapi kalau tak bagi pinjam kan...apa kata orang pula........tapi untuk kes ni, sebenarnya novel ini, baru sangat aku beli, belum berbalut, belum masuk rakpun lagi dan tentunya aku belum baca...dah ada orang yang nak pinjam.... Ini yang aku ralat sebenarnya.......kedekutkah aku?

Sinopsis novel :
"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Komen aku :

Novel yang paling mendapat tempat di hati kekawan di sekolah, sehingga ada yang bertanya untuk meminjam membuatkan aku terkedu. Bukan kedekut tapi aku belum membalutnya, belum menjilidnya, dan belum masukannya ke rak apatah lagi membacanya...tiba2 ada yang bertanya untuk meminjam...hu3.
Sehebat judulnya...aku memerlukan 7 hari untuk menghabiskan bacaanku..... kata kekawan aku novel ni sedih sangat, tapi peliknya aku langsung tak menangis......hek3.
Untuk novel ni aku bg 4 1/2 bintang....penyampaian yang sangat bagus dan jalan cerita yang menarik cuma ...tak tau la nak kata, aku tak berapa suka dengan watak2 yang diciptakan. Ceritanya macam berulang je, sekejap suka, sekejap tak suka...meleret-leret....

Ahad, 22 Mei 2011

TERLANJUR MENCINTAIMU...

Agak bosan dengan novel sebelumnya yang penyampaiannya agak kebudak-budakkan, aku cuba beralih kepada novel yang diterbitkan oleh penerbit baru....Karya Seni. Jom kita layannnn......

Sinopsis:

Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"

Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"

Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu
sebelum tamat tempohnya?

Komen aku:
Dua minggu.....barulah aku berjaya menghabiskan novel ni.... Aku sebenarnya bosan dengan watak heroinnya yang manja dan mengada tak bertempat, ternyata aku lebih suka watak Johan yang penyabar dan lebih matang.......... jalan ceritanya langsung tidak mencabar minda, dan hanyalah sebuah kisah cinta selepas kahwin yang kosong semata.....tidak ada apa2 input, latarbelakang cerita tidak teguh juga. Untuk novel ini aku bagi 3 1/2 bintang........ Untuk penulisnya....teruskanlah berkarya semoga boleh menghasilkan novel yang lebih bermutu di masa akan datang............

Sabtu, 23 April 2011

PELUKAN CINTA


Kerana kesibukan yang aku tak tahu apa yang aku sibukkan sebenarnya membuatkan aku kekurangan waktu untuk tekun mengadap minat aku yang satu, so pilihan aku kali ini adalah novel yang agak nipis supaya senang dibawa ke sana dan kemari untuk memudahkan aku mencuri-curi waktu.......

sinopsis:

Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakan-rakan sekeliing bersetuju mereka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.

Armand Danial telah berkahwin dengan sepupunya, Asilah yang juga seorang yang cantik rupawan. Zulaika Husna yang reda dengan apa yang terjadi telah membawa diri jauh ke negeri pantai timur untuk mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya, Armand Danial sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff Danial.Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga
baharunya itu? Segala-galanya pasti terjawab dalam Pelukan Cinta.

Komen aku :
PELUKAN CINTA....sebuah novel yang ada garam dan gulanya juga tapi penyampaian yang kurang matang membuatkan manis dan masinnya tidak berapa terasa. ...kadang-kala terasa garapan watak mcm tak logikpun ada membuatkan rasa manis tidak terasa manis dan masinnya juga tidak terasa masin. Untuk novel ni aku bagi 3 1/2 bintang. Untuk penulisnya teruslah berkarya kerana anda sebenarnya ada bakat......

Jumaat, 1 April 2011

HATI BERGETAR RINDU...



1 April 2011
Tak sabar untuk aku membaca novel Dhiya Zafira yang terbaru ni.... Antara penulis yang aku paling minat hasil tulisannya. Jom layan novel ini....

Sinopsis:

Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.

Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Sesungguhnya, tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yang paling dipercayai.

Sid ~ Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah... kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah... kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati, dan Ari... yakinlah bahawa ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.

Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.
Komen aku:
Kena baca sekali lagi...baru ada feel nak mengulas...sori Dhiya Zafira. Tak puas sebenarnya baca...hek3

Komen aku:
Hak3....Dhiya Zafira dah lama tunggu komen aku untuk novel terbarunya ini. Dah lama habis baca tapi kan masa baca tempohari aku tak sihat sangat so konsentrasi aku sedikit terganggu , novel yang baguspun aku rasa mcm tak bagus jerrrr....sori. Maka untuk mengimbangi perasaan sendiri terhadap novel ini...aku ambil masa la jugak untuk baca sekali lagi , untuk terus mendapatkan 'feel' untuk mengomen seadil-adilnya.....
Novel HBR ni sangat bagus dr segi persembahan watak dan penyampaianya juga. 5 bintang aku bg untuk novel ini dan juga untuk penulisnya. Senyum Dhiya jangan tak senyum.....Bukan nak mengampu tapi inilah realiti bagi hasil tangan Dhiya Zafira. Aku tidaklah tergila-gila sangat dengan Sidqi sebagaimana aku tergila-gila dengan watak Rif dalam JKP.....walau bagaimanapun HBR ada auranya yang tersendiri yang membuatkan setiap orang yang membacanya tidak akan berhenti sehinggalah ke akhir cerita....Tahniah.

Jumaat, 25 Februari 2011

DOSA SEMALAM


26/2/2011
Sukan Sekolah dah tamat seiringan dengan tamatnya novel sebelumnya. Sambil rehat2 kat rumah berhujung minggu aku capai sebuah lagi novel keluaran Kaki Novel....DOSA SEMALAM....

Sinopsis:
Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.
Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.
Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.
Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?
Komen aku:
DOSA SEMALAM.....cerita sesuai sangatlah dengan tajuk. Jalan ceritanya menarik dan penyampaian indah untuk dihayati.... Untuk novel ini aku bagi 4 bintang.

Isnin, 14 Februari 2011

PENJARA RINDU....


15/2/2011
Baca tetap baca, tapi tak tahulah bila novel ini akan mampu aku habiskan......
Bermula esok hingga Khamis minggu depan aku sibuk dengan sukan sekolah. Esok akan bermulanya acara2 saringan dan acara kemuncaknya ialah hari Khamis 24hb. Februari minggu depan....
Membuatkan aku sibuk, kerana aku bertugas dibahagian statistik...so tiap2 hari aku kena bertugas mengira dan menjumlah markah2.... huhuuuuuuuuuuuu
Sinopsis :
Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kpd maruah keluarga lelaki itu. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dgn lancar.Dgn kejadian beberapa insiden yg tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yg diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehdiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yg ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yg sentiasa mencari peluang utk mendekati Haziq Denial.Masih adakah peluang kedua utk mereka? Atau... adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?
komen aku:
Tamat 25/2/2011 ( 10 hari)
Hu hu hu....cerita ni best jugak, tapi aku macam tak suka jerrr dengan jalan ceritanya..... banyaknya konflik yang melanda watak utamanya Farisya Hani tapi still happy ending.....
Untuk novel ni aku bagi 4 bintang...tak rugi la beli untuk dibuat koleksi.....beli jangan tak beli...