RSS

Sabtu, 2 Julai 2011

M.A.I.D


Sebuah lagi novel yang dicanang-canang best oleh peminat novel. Mulanya aku tak berminatpun nak beli walaupun dia orang kata best sehinggalah novel ni dijual di sekolah sempena minggu koperasi last week. Ada cg yang membeli membuatkan aku juga membeli dan tak sabar nak baca.....

Sinopsis novel:

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Komen aku :
Pada permulaan cerita, aku sangat teruja dengan novel ini. Tak sabar hendak menghabiskannya. Aku sanggup tidur selewat 2 pagi untuk terus membaca dan terasa sayang pula nak melelapkan mata walaupun esoknya bukan hari cuti....tapi, cerita ini agak hambar di penghujung cerita. Hu hu hu......kenapa la susahnya nak mencari novel yang betul2 boleh memenuhi selera aku.
Untuk novel ni aku bagi 4 bintang......untuk penulis ni, teruskan berkarya kerana anda ada bakat yang sangat besar dalam bidang ini.

1 ulasan:

effa berkata...

sye da bce ! best sgt !