RSS

Rabu, 22 Februari 2012

LAGU CINTA BUATMU by Qaseh Qaisara

Dalam menanti saat bahagia, tunang Daniel, Nadia mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka.
Demi menyelamatkan maruah keluarga, Daniel terpaksa mencari jalan untuk meneruskan juga perkahwinan itu.

Anis terpaksa menjadi 'pak sanggup' apabila terpaksa menjadi pengganti pengantin perempuan buat Daniel. Demi sayangkan ibu tirinya, Anis akur.

Dua minggu usia perkahwinan mereka, masih tiada siapa yang ingin memulakan bicara. Sikap Daniel yang dingin menggusarkan hati Anis. Tidak tahu status sebenar dirinya. sehinggalah satu kejadian yang memalukan Anis berlaku. Bermulalah detik perkenalan antara Daniel dan Anis.

Sikap Daniel yang dingin dan serius kian berubah dari hari ke hari. Bibit-bibit cinta kian bercambah dalam diri masing-masing. Namun kemunculan Nadia menguji kesetiaan perhubungan mereka. Menguji tahap kejujuran dan tahap kasih sayang yang mereka bina.

Berjayakah Anis mempertahankan haknya? Berjayakah Daniel mempertahankan cintanya? Benarkah lagu cinta telah bernada di hati mereka?

Rabu, 15 Februari 2012

RIBUTNYA CINTA by PHIDOT

Melanjutkan pelajaran ke Park Choi College membuka tirai kehidupan yang sebenar, buat Edasha
Hanie. Status cucu jutawan di sembunyikan, penampilan biasa menjadi ejekan di kalangan pelajar-pelajar golongan elit di kolejnya.
“You sebenarnya tak layak belajar kat sini. Park Choi College ni cuma sesuai untuk orang bandar dan kaya macam kami je. Tengok pakaian you? Eiii…Kolotnya...” kata-kata yang di...lemparkan oleh Emma benar-benar membuatkan darah Edasha mendidih. Melampau! Memang nak kena cili mulut minah mat salih celup ini.

Prince No Smile’ gelaran yang diberi pada jejaka tampan bernama Tengku Eismael Malik. Wajahnya beku, tiada senyuman yang terlakar dibibirnya itu. Pertemuan Tengku Esmael Malik dengan Edasha Hanie telah mengenalkan erti senyuman pada dirinya. Cinta hadir tanpa dipinta. Namun belum sempat dia meluahkan perasaan, takdir telah memisahkan mereka.

Edasha Hanie bingung, mengapa Tengku Eismael Malik bagaikan tidak mengenali dirinya? Adakah tempoh lima tahun itu telah melenyapkan terus namanya di kotak ingatan lelaki ini?
“Eis tak nak libatkan diri dengan perjanjian ni. Eis tak ada perasaan cinta pada Hanie dan Hanie pun sama. Betul kan Hanie?” “Tidak Eis! Aku sebenarnya cintakan kau sejak dulu lagi. Cuma kau yang belum tahu perasaan suci ini.” Rintih hati Edasha Hanie.

Kini Edasha Hanie akur, cinta Tengku Eismael Malik bukan lagi untuknya, jika sudah tersurat ketentuan Yang Maha Esa, dia reda menerimanya. Tetapi bukan semudah itu dia akan mengalah dengan lelaki yang perasan ‘macho’ ini.

“You ingat I nak sangat ke kat you? Bagi I you tak layak jadi isteri I pun. So, berhenti bermimpi di siang harilah Hanie…!”Edasha Hanie mengepal penumbuknya cuba menahan marah. ‘Memang nak kena mamat ni. Aku dah lama tak tumbuk orang.’

“Hey, you ingat I excited sangat ke dapat suami macam you. I pun ada maruah okay. You jangan ingat I diam selama ni, I lemah. Jangan nak perasanlah, macamlah kita tergilakan dia sangat, I tak pernah kemaruk kat you lah. Sebenarnya you yang kemaruk sangat kat I sebab itulah you kahwin dengan I bukannya Emma..!”

Alahai! Ribut sungguh cinta mereka, mudah-mudahan selepas ribut reda, cinta mereka akan bertaut semula. Di waktu itu, walau kulit muka dah berkedut, gigi dah rongak kasih sayang tetap utuh untuk selamanya.