RSS

Sabtu, 26 Disember 2009

CITRA CINTA

26/12/2009

Lagi buah tangan Antasya Balkis yang aku ada. Nipis sangat novel ni, nak bacapun rasa tak semangat aje....Ooooo Syamimi weh buat la novel yang tebal2 sikit..

Sinopsis:
SURI, seorang gadis yang cekal dan tabah menghadapi hakikat cinta bersama Fazrul sejak dari bangku sekolah kecundang di tengah jalan. Suri terpaksa akur yang cintanya bersama Fazrul hanyalah cinta monyet setelah Fazrul ditunangkan dengan Azlin atas kehendak keluarga.
Suri berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah kolej bersama Mastura. Sewaktu hari pendaftaran, Suri telah diganggu oleh seorang jejaka bernama Dwen yang terkenal dengan sikap nakalnya suka mengusik pelajar-pelajar perempuan di kampus.
Cinta pandang pertama telah membuat Dwen terpikat pada Suri. Namun Suri tidak menghiraukan. Dwen tidak berputus asa. Demi menawan cinta Suri, dia sanggup mengikut Farouk, abang Mastura bercuti ke rumah Suri.
Pelbagai peristiwa telah berlaku sehingga Suri mula menaruh hati pada Dwen. Namun perasaan kecewa atas perbuatan Fazrul masih menjadi kudis membuatkan Suri cuba menidakkan perasaan terhadap Dwen.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila Suri telah ditunangkan dengan lelaki misteri bernama Eidwan Khalil sedangkan hatinya masih menyintai Dwen. Fazrul pula muncul kembali setelah ditinggalkan Azlin.
Dapatkah Suri menerima Eidwan Khalil sebagai teman hidupnya? Apa pula tindakan Dwen untuk menambat hati Suri? Masih adakah cinta Suri untuk Dwen, lelaki yang tidak jemu-jemu menagih cintanya?

Komen aku:

Baca novel ni rasa macam aku muda 20 tahun. Terbayang masa kat ITM dulu, masa buat diploma. He he masa tu muda lagi, 20 years ago kah..kah..kah. Masa saham tengah naik.... tapi at last kahwin dengan orang lain la pulak. Nasib baik tak menyesal...
Mula baca agak boring la jugak, rasa muda remaja sangat tapi cerita jadi lebih menarik pada bahagian endingnya...tahniah untuk penulisnya. Novel ini aku bagi 3 1/2 bintang.

Jumaat, 25 Disember 2009

BILA HATI BERBICARA

24-26/12/2009

Lagi buah tangan Antasya Balkis.... ummmmppp aku baca dulu lah ya....

Sinopsis:

Emir Qasya adalah seorg lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawan kerana dia dikenali sebagai salah seorg selebriti yang paling popular di Malaysia. Hidupnya sentiasa dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dgn model dan perempuan cantik.Sejak Emir Qasya mewar-warkan akan mencari seorang perempuan utk dijadikan calon isteri, kehidupannya sentiasa diintip oleh wartawan setiap masa. gosipnya dgn Babe, seorg model cantik berwajah kacukan menjadi intipan lensa kamera wartawan.Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dgn kedudukannya. dalam masa yg sama, Emir Qasya berjumpa dgn seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorg perempuan yg istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dgn Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya yg paling baik ingin memikat Tania Katsura utk dijadikan teman istimewa.Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.'Dua mata saling bertatapan Tiada kemesraan tetapi mengapa hati berbicara sesuatu yang amat sukar ditafsirkan oleh hati sendiri?'

Komen aku:

Tertarik dengan covernya yang cantik dan tertarik juga dengan ceritanya walaupun berkisar dengan jalan cerita yang sama untuk ketiga2 novel buah tangan penulis ini yang aku baca berturut2 iaitu seorang gadis diminati oleh 2 orang jejaka....Seorang gadis biasa diminati oleh jejaka2 yang kaya raya...betapa beruntungnya sang gadis. Kisah cinta selepas kahwin, dibawa berbulan madu ke Jerman, London, Paris....bestnya...Untuk novel ni aku bagi 4 bintang. Seronok dan menghiburkan. Akan lebih menarik sekiranya olahan lebih mantap dan lebih banyak research dibuat untuk menggambarkan suasana percutian luar negara. Anyway ok la tu, hehe.

Khamis, 24 Disember 2009

REMBULAN PUJAAN

22-23/12/2009

Novel ini agak nipis...sesuai untuk golongan remaja so agak tak sesuai untuk aku yang sweet forty, kah3. Tapi suka tak suka aku habiskan juga novel ni...

Sinopsis :

Ikhlaskah? Aku umpama bulan yang menyinari hidupnya. Begitu besarkah maknanya? Kenapa tiba-tiba aku rasa ada lingkaran bulan atas kepala? Ada bintang-bintang yg sedang tersenyum padaku dan..."Saya akan teruskan juga rancangan saya. Memiliki awak sebagai teman hidup umpama cahaya bulan di malam yang gelap, Reen. Saya tak akan lepaskan cahaya itu. Reen, hidup saya tak seringkas hidup awak. Bertemu dgn awak seolah-olah semua masalah saya hanya seringan kapas".Aireen... Aireen... Aireen, di mana kau sayang? Di mana kau, bulan? Jangan tinggalkan aku, sayang! Aku mencintaimu... Argh, sakitnya! Terasa ada lelehan darah yang keluar dari luka di dadanya. Bau hanyir darah menyesakkan!Aireen tersenyum terharu. Perumpamaan bulan yg Riezwan berikan kepadanya cukup membuatkan hatinya bahagia. Cahaya bulan mampu membuatkan pengembara tidak sesat jalan lagi. Kehadirannya membawa seribu erti bagi seorg lelaki bernama Riezwan Rusdi.Bulan tegak di langit malam memberi sinaran yg cukup indah dan cantik sekali. Aireen senyum bahagia. Riezwan ketawa bahagia. Bunyi laut begitu tenang sekali. Kilau cahaya bulan memanah dada laut memberi satu panorama di mana berlian sedah tumpah ke bumi. Warnanya kemilau sekali.Ilham kisah Rembulan Pujaan terhasil apabila saya mendengar lagu Engkau Laksana Bulan, nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Liriknya membawa makna yg mendalam tetapi cerita ini dipersembahkan dgn cara yg menghiburkan supaya pembaca tidak bosan.

Komen aku:

Jalan ceritanya agak menarik tetapi terlalu keremajaan, tak puas baca sebab nipis sangat...macam tak sampai klimaks saja rasanya, macam makan tapi tak kenyang je.... hehe. Penyampaiannya buat aku tersengih-sengih...agak gila2. Sesuai untuk bersantai sebab tak berat kepala membacanya. Aku bagi 3 1/2 bintang untuk novel ini.

Selasa, 15 Disember 2009

SUATU PENANTIAN...


16/12/2009 (Rabu)


Hari ni hari malas, selalunya kalau pagi2 macam ni aku lebih suka bersiar2 di persekitaran rumah sambil menikmati bunga-bungaan yang aku tanam..selalunya tinjau2 pokok2 orkid aku yang 2 bangsal tu la tapi oleh kerana pagi tadi hujan so aku jadi malas nak kelebek sana kelebek sini, maka aku duduk saja kat meja batu sambil2 tunggu Si Bongsu main dengan basikalnya akupun mulalah membaca novel. Pilihan aku kali ini semua novel Antasya Balkis yang aku miliki. Aku mulakan dengan novel SUATU PENANTIAN.


Sinopsis :

Zarul... aku umpamakan kau seperti arca yg membalikkan semua kenanganku bersama si dia. Tanpa aku sedari sebenarnya kita yg telah menciptana bersama. Lama aku mengenanginya dgn air mata. Sesuatu telah terjadi kerana tohmahan dan juga kerana kumbang lain yg ingin memiliki diriku, aku diibaratkan kau seperti kisah semalam yg menyedihkan. Aku enggan memilikimu... namun, di suatu hari yg indah aku tiba2 menyedar... suatu penantian yg telah lama menantiku, aku tiba2 telah jatuh cinta kepadamu.
Komen aku:
21/12/2009
Memang novel2 Antasya Balkis a.k.a Syamimi Aminollah selalunya tidak menghampakan... Aku suka dengan novel ini walaupun aku ambil masa juga untuk menghabiskannya. Aku bawak novel ini melancong bersama2 aku walaupun masa untuk membacanya agak terhad semasa percutian aku ni. Ada masa aku belek2 juga novel ini...lebih baik daripada temenung. Best sangat so aku bagi 4 1/2 bintang untuk novel ini. Kisah Alissa yang dicintai oleh sepasang kembar seiras Zahim dam Zarul sangat mengasyikkan... tidak rugi memilikkinya untuk dijadikan koleksi.

Sabtu, 12 Disember 2009

STREET VENDETTA...


13/12/2009- 7.00 am(Ahad)

Aku teruskan lagi pembacaan aku... bermalas-malasan dengan novel sambil baring2. Itupun selepas aku menghabiskan kerja2 rumah. Inilah masanya aku melabelkan novel2 aku dengan warna hijau yang menandakan aku dah baca novel tersebut... Novel di sebelah menjadi pilihan aku kali ini. Masih oleh penulis yang sama tapi menggunakan nama pena yang berbeza. Actually ini nama sebenar penulis tu.... MAZNI AZNITA.

Sinopsis:

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh..bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya bertemu, dunia seakan mahu runtuh. Kerana sebuah kereta, kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya.Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie? Siapa pula Fakruzi? Semuanya akan terjawab di dalam Street Vendetta. Love is always a beautiful things in our heart. Sweet and Sour!!

Komen aku:

15/12/2009, 9.00 pm. aku menamatkan pembacaan aku. Dalam sakit kepala kerana batuk yang berterusan, aku gagahi juga diri untuk meniti ayat baris demi baris seterusnya terus menghayati jalan cerita yang kadang kala humor dan kadang kala serius, cerita yang humor tak humor nak dikatakan romatik tak la romantik sangat...sedang-sedang kata orang. Street Vendetta...aku tak tahu maknanya, kerana tak terjumpa la pulak perkataan ini dalam novel. Kena cari dalam internet la kot ni... Kalau tak dihayati betul-betul bikin pening kepala nak pastikan hero ni samada kojie @ fakruzi ...samada mana satu hidup mana satu mati... Tak ada la susah sangat nak teka sebenarnya tapi nak tahu juga macamana kita boleh tahu fakruzi tu adalah kojie sebenarnya. Untuk novel ini aku bagi 4 bintang. Semoga Mazni Aznita akan terus melahirkan karya-karya yang seronok untuk dibaca...

Khamis, 10 Disember 2009

BUNGA SYURGA...

11/12/2009 ( 5 pagi )

Pembacaan aku seterusnya masih lagi buah tangan Anita Aruszi kerana aku ingin melihat kelainan dalam karya-karyanya.

sinopsis:

Riffki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti, mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.
Hijjaz - Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.
Komen aku:
Hah, cerita ini sememangnya menarik untuk dibaca. Penyampaiannya lebih baik berbanding novel SAKTI CINTA.... aku tidur 1.30 pagi semata-mata hendak menghabiskan pembacaan aku dan teringin nak tahu penyudah cerita walaupun aku dah boleh mengagak macamana kesudahannya....
Untuk novel ini juga aku bagi 4 1/2 bintang, berbaloilah dibeli untuk dijadikan koleksi.

Selasa, 8 Disember 2009

SAKTI CINTA...

7.12.2009

Aku pilih novel yang tebal2 supaya aku rasa puas untuk mentelaah... he he he.

sinopsis:
Dina Azura membuka matanya perlahan-lahan. Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu. Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut... Sejak dia menjejakkan kaki ke bumi Detroit, hanya beberapa kali Diazey menghubunginya. Itupun lelaki itu lebih byk bercakap dgn mamanya. Selepas itu panggilan Diazey tak pernah muncul lagi. "Diaz perlukan masa untuk bersendirian, Dina. Sepanjang kes itu berlangsung, saya lihat dia tenang. Tapi saya tahu, jauh di sudut hatinya, dia menyimpan kecewa. Mana mungkin dia tidak berasa bersalah kerana menuduh ayah sendiri. Jika saya di tempatnya, mungkin saya tak mampu melakukannya." Kata-kata Johan siang tadi singgah semula di gegendang telinganya. Dia melepaskan keluhan berat. Terasa perit dadanya mahu bernafas, sedang kepiluan semakin bercambah di hatinya. Dan untuk beberapa ketika, dia termenung sendirian di situ sehingga terlelap.
Komen aku: ???????
Untuk novel ini aku kena tumpukan betul2 kepada pembacaan aku kerana banyak betul watak2 yang muncul dan setiap watak saling kait mengait... dalam keluh kesah aku mentelaah, aku berjaya habiskan novel ini dalam masa 2 hari sahaja....apa taknya aku bangun seawal 3 pagi untuk membacanya kerana tak sabar untuk tahu pengakhiran cerita.... Sebenarnya aku kurang sihat dan tak boleh tidur...daripada aku mengiring kanan mengiring kiri baik aku habiskan pembacaan aku...
Cerita Anita Aruszi ni memang best tapi olahannya aku rasa kurang mantap berbanding novel yang aku baca sebelumnya. Anyway aku hadiahkan 4 1/2 bintang untuk novel ini. Aku akan tunggu novel terbaru penulis ini. Selamat berkarya untuk Cg. Anita Aruszi...

Khamis, 3 Disember 2009

NOVEL2 IBOOK PUBLICATION....

Aku memang dah lama tercari-cari novel2 keluaran Ibook publication seperti yang aku paparkan di sini.... Cari sendiri tak jumpa2 so aku mengerah kekawan mencarinya...kot2 masa mereka gi shopping or window shopping kat mana2... manalah tau kan, mereka ada ternampak,
tapi apa yang menghampakan semacam novel2 keluaran penerbit ini dah tak ada di pasaran. Mereka dah tutup kilang ke? Sorry... kepada sesiapa yang boleh mengkhabarkan berita gembira macamana aku boleh mendapatkan, atau ada ternampak kat mana2 bolehlah tolong khabarkan...atau ada yang nak jual 'second hand' bolehlah contact aku di sini....















































KASIH SEDINGIN SALJU...



Aku beli novel ni kerana terpikat dengan warna kulitnya yang cantik...pink lagi. Tapi Tipah dah tertipu... itulah boleh diibaratkan. KASIH SEDINGIN SALJU oleh Amaruszati Noor Rahim ni memang dingin, sedingin pembacaan aku...
Kalau dikira penulisnya agak ada nama juga tapi mengapalah aku rasa menyesal membeli novel ini. Dalam sebuah novel ada 3 cerita untuk budak2 remaja...tak sesuai langsung untuk aku yang dah sweet forty ni...he he he. Novel ini aku cuma bagi 2 bintang....