RSS

Khamis, 27 Ogos 2009

KOPI SUSU SEPATU BIRU...

Mula baca : 28/8/2009(Jumaat)

Baca sinopsis macam seronok je... macam cerita jenaka ringan... RUBY HAZRI itulah nama pena pengarangnya. Aku tak pernah baca novel pengarang ini sebelumnya so ini kiranya percubaan pertamalah....
sinopsis:
Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula! Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat! Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....
Rumah No. 11

Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.
Rumah No. 9
Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.

Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:
* Kereta Perdana vs Kereta Kancil * Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara * Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna * Muzik si pemuda bukan selera si pemudi
Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.
Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?

11/9/2009(Jumaat)
Hah baru tamat aku baca novel ini. Bukan tak best, best sesangat... tapi aku tak boleh nak tumpu baca secara berterusan, di sebabkan kesibukan kerja dan kesihatan suami yang tidak mengizinkannya. Novel ini rasanya berbaloilah dibeli untuk dijadikan koleksi. Aku banyak tergelak sendiri masa mambacanya ... terhibur juga hati yang gundah gulana. Untuk novel ini aku bagi 3 1/2 bintang. Cuma aku lebih suka kalau Emylia tu kahwin dengan Tengku Zahim tapi tak sangkalah pula jodoh dia dengan Mat. Ha ha ha, tapi kira ok la. Aku masih tercari2 novel Ruby Hazri yang terdahulu bertajuk PERCAYALAH... dan menunggu novel dia yang keseterusnya...PERCAYA.. AKHIRNYA.

Ahad, 23 Ogos 2009

ILHAM HATI...


Seminggu jugalah aku mengadap novel yang satu ini... nak kata tak best , best juga sebenarnya.... mungkin jadi tak berapa best sebab aku membacanya dalam waktu yang agak lama dan dengan kepala yang tak pernah lapang...banyak kerja beb. Baca novel hanya untuk berehat sekejap yang kadang2 menjadi lama juga... he he. Sekarang ni cuti sekolah sepatutnya aku boleh releks tapi lain pula jadinya.... aku sibuk buat persediaan untuk anak2 murid aku yang nak periksa percubaan PMR lepas cuti ni... itulah elok2 dah ada tarikh periksa dibawa pula tangguh2, kan dah susah tu... pada aku tak praktikallah kerana wabak H1N1 ni, periksa pula nak tangguh2. Wabak penyakit ni bila akan berhenti agaknya, minggu ni sekolah ini bercuti minggu depan mungkin sekolah lain pula yang akan cuti so tak kan periksa asyik nak tangguh saja kalau ada sekolah yang cuti... uwaaa..
Eh ke lain pula aku terbabas....
Sinopsis:
RIAN tidak pernah membayangkan hidupmya akan berubah sekelip mata. Namun, itu yg terjadi apabila dia terjaga pd suatu hari. Kemunculan Hanif yg diperkenalkan sebagai suami amat mengejutkan kerana dia tidak mengenali siapa lelaki itu.Lantaran keliru dgn yg berlaku, Rian tekad mencari jawapan. Sayangnya saat perasaan kasih mula bertunas, dia kecewa. Hanif seakan berdendam atas apa yg berlaku seolah2 tidak mahu Rian wujud dlm hidupnya.Lantas apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar utk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikina rupa?
Komen aku:
Kira oklah kerana penulis telah ada nama, tapi rasanya novel2 terdahulu lagi best untuk diingati.....semacam penulisnya kehabisan idea saja, tak ada kelainan berbanding novel2nya yang terdahulu.....
Berbaloi dibeli untuk dijadikan koleksi .... Untuk novel ini aku beri 4 bintang. Teruskan menghasilkan novel yang lebih seronok untuk dibaca kalau boleh lain dari yang lain...

Khamis, 13 Ogos 2009

CINTA KAU DAN AKU...


Dalam kesibukan aku membuat persediaan terakhir untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki percubaan PMR 2009, aku masih sempat baca novel. Tak kan lah 24 jam nak tanda kertas latihan pelajar saja kan, tentu bingunglah aku sebagai seorang guru... guru matematik pulak tu...

Sinopsis:

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Lama jugak lah aku nak habiskan novel ini. Lunyai dibuatnya.... Teringin jugaklah aku ni nak komen banyak2 untuk novel yang telah aku baca tapi lantaran kesuntukan masa....dengan sendirinya ia jadi komen yang tergantung.... tak apalah komen jugak...

Novel CINTA KAU DAN AKU .....seronok untuk dibaca kerana ia merupakan sebuah novel yang santai dan penuh dengan jenaka ringan. Semuka dua dibaca aku dah gelak sorang-sorang, hubby aku geleng kepala jugaklah dengan perangai aku yang terkekeh-kekeh baca novel. Bukan apa, jealous sebenarnya tu, sebab tak layan dia borak...

Tak rugilah aku beli untuk dijadikan koleksi. Yalah kan, aku nak belipun aku surf jugaklah kat internet best atau tak best satu-satu novel tu....tak kan pakai beli aje...

Untuk novel ini, aku bagi 3 1/2 bintang, jalan cerita best....tapi penyampaiannya aku rasa macam tak berapa puas hati saja...kalaulah olahannya lebih mantap...part-part sedih tu, biarlah betul-betul sedih kan, barulah best....

Sabtu, 8 Ogos 2009

SHOPPING NOVEL DI KUANTAN....

Hah, susahlah kalau nak dapatkan novel baru di Terengganu. Kedai buku banyak tapi novel tak berapa banyak.... yang ada2 dijual tu...sama ada aku dah beli atau aku tak minat nak beli... pada 6, 7 dan 8 Ogos aku ke Kuantan....saja2 jelah gi jalan2 sambil2 shopping baju raya anak2, aku intai2 beberapa buah novel yang aku inginkan sangat...

Sehari shopping pada Jumaat (7/8/2009) aku hanya sempat singgah di Kedai buku POPULAR di BERJAYA MEGA MALL dan di Kedai buku MBS di EAST COAST MALL... Ada 10 buah novel yang aku hajatkan, tapi aku hanya jumpa 2 buah novel sahaja... dan 2 buah lagi tu..saja je beli sebab tak ada novel nak beli...he he he.

Inilah novelnya....

Isnin, 3 Ogos 2009

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU (Versi Indonesia)


Inilah novel yang paling mendapat tempat dihati, semasa zaman remaja aku. Aku ulang membaca entah berapa kali tak terbilang dengan jari. Aku masih membacanya sekiranya ada waktu... dan kini novel yang boleh dianggap antik ini akan dilancarkan di Indonesia dalam versi negara itu. Ini petikan teks daripada penulisnya..."Novel pertama saya DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU telah pun diterjemah ke dalam bahasa Indonesia. InsyaAllah, kalau tak ada aral ia akan dilancarkan di UBUD, BALI, pada Oktober ini. Bersama-sama ini saya sertakan cover bukunya dalam versi Indon...


Hah, macamana.....bagi peminat novel ini...kalau nak dapatkan novel ini dalam versi Indon, jangan lupa dapatkan nanti ya....sebagai koleksi. Covernya lebih menarik berbanding terdahulu...