RSS

Khamis, 13 Ogos 2009

CINTA KAU DAN AKU...


Dalam kesibukan aku membuat persediaan terakhir untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki percubaan PMR 2009, aku masih sempat baca novel. Tak kan lah 24 jam nak tanda kertas latihan pelajar saja kan, tentu bingunglah aku sebagai seorang guru... guru matematik pulak tu...

Sinopsis:

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Lama jugak lah aku nak habiskan novel ini. Lunyai dibuatnya.... Teringin jugaklah aku ni nak komen banyak2 untuk novel yang telah aku baca tapi lantaran kesuntukan masa....dengan sendirinya ia jadi komen yang tergantung.... tak apalah komen jugak...

Novel CINTA KAU DAN AKU .....seronok untuk dibaca kerana ia merupakan sebuah novel yang santai dan penuh dengan jenaka ringan. Semuka dua dibaca aku dah gelak sorang-sorang, hubby aku geleng kepala jugaklah dengan perangai aku yang terkekeh-kekeh baca novel. Bukan apa, jealous sebenarnya tu, sebab tak layan dia borak...

Tak rugilah aku beli untuk dijadikan koleksi. Yalah kan, aku nak belipun aku surf jugaklah kat internet best atau tak best satu-satu novel tu....tak kan pakai beli aje...

Untuk novel ini, aku bagi 3 1/2 bintang, jalan cerita best....tapi penyampaiannya aku rasa macam tak berapa puas hati saja...kalaulah olahannya lebih mantap...part-part sedih tu, biarlah betul-betul sedih kan, barulah best....

0 ulasan: