RSS

Khamis, 27 Ogos 2009

KOPI SUSU SEPATU BIRU...

Mula baca : 28/8/2009(Jumaat)

Baca sinopsis macam seronok je... macam cerita jenaka ringan... RUBY HAZRI itulah nama pena pengarangnya. Aku tak pernah baca novel pengarang ini sebelumnya so ini kiranya percubaan pertamalah....
sinopsis:
Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula! Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat! Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....
Rumah No. 11

Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.
Rumah No. 9
Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.

Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:
* Kereta Perdana vs Kereta Kancil * Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara * Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna * Muzik si pemuda bukan selera si pemudi
Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.
Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?

11/9/2009(Jumaat)
Hah baru tamat aku baca novel ini. Bukan tak best, best sesangat... tapi aku tak boleh nak tumpu baca secara berterusan, di sebabkan kesibukan kerja dan kesihatan suami yang tidak mengizinkannya. Novel ini rasanya berbaloilah dibeli untuk dijadikan koleksi. Aku banyak tergelak sendiri masa mambacanya ... terhibur juga hati yang gundah gulana. Untuk novel ini aku bagi 3 1/2 bintang. Cuma aku lebih suka kalau Emylia tu kahwin dengan Tengku Zahim tapi tak sangkalah pula jodoh dia dengan Mat. Ha ha ha, tapi kira ok la. Aku masih tercari2 novel Ruby Hazri yang terdahulu bertajuk PERCAYALAH... dan menunggu novel dia yang keseterusnya...PERCAYA.. AKHIRNYA.

0 ulasan: