RSS

Sabtu, 30 Julai 2011

TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH


Lama dah aku mencari novel yang satu ni. Tak pasti sebenarnya kenapa aku minat sangat dengan novel ni...merata-rata aku mencarinya di sekitar K.Trg tapi tak ada...hampa sendiri. Nak kata novel baru tak juga.....
Aku membelinya di Minerva Bookstore KL......lepas beli terus je baca, bestnya.

Sinopsis novel:

"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?Komen aku:
Novel ini tidaklah menghampakan. Pada permulaan cerita, ianya sangat menarik untuk dibaca dan tidak sabar2 untuk meneruskan pembacaannya...menandakan ada semacam tarikan pada penceritaannya. Tapi macam selalunya lah akan berlakunya penurunan minat untuk menghabiskan cerita penulis2 baru....mereka macam tidak begitu pandai untuk menamatkan cerita dengan baik. Huuuu tak apalah...teruskan berkarya, semoga akan teruskan melahirkan novel2 yang lebih menarik untuk dibaca dan dihayati. Untuk novel ini aku bagi 4 bintang....

Rabu, 13 Julai 2011

MENUNGGU HUJAN


Baca sinopsis, macam best je novel ni....mula la teringin nak baca walaupun mulanya dah pegang novel lain. Macam2 hal....

Sinopsis novel:

Kata dia, “Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”
Jawabnya pula, “Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”
Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau sayang boleh tak?”
Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti di simpan diam-diam.

Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.
Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Diam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh darinya
Dunia bagaikan terhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama. Rupanya... rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.

semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu???
Satu hari si dia datang padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu ????

Komen aku:
Memang best...I like i like...penyampaian yang santai tapi bermakna. Pada yang belum beli, belilah...jangan tak beli. Untuk novel ini aku bg 4 1/2 bintang.

Sabtu, 2 Julai 2011

M.A.I.D


Sebuah lagi novel yang dicanang-canang best oleh peminat novel. Mulanya aku tak berminatpun nak beli walaupun dia orang kata best sehinggalah novel ni dijual di sekolah sempena minggu koperasi last week. Ada cg yang membeli membuatkan aku juga membeli dan tak sabar nak baca.....

Sinopsis novel:

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Komen aku :
Pada permulaan cerita, aku sangat teruja dengan novel ini. Tak sabar hendak menghabiskannya. Aku sanggup tidur selewat 2 pagi untuk terus membaca dan terasa sayang pula nak melelapkan mata walaupun esoknya bukan hari cuti....tapi, cerita ini agak hambar di penghujung cerita. Hu hu hu......kenapa la susahnya nak mencari novel yang betul2 boleh memenuhi selera aku.
Untuk novel ni aku bagi 4 bintang......untuk penulis ni, teruskan berkarya kerana anda ada bakat yang sangat besar dalam bidang ini.

BISIK-BISIK GELORA


Sinopsis novel:

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula
dengan Jad?

Komen aku:

Aku suka dengan novel ni walaupun masa mula nak membacanya tempohari, aku telah disogokkan dengan pandangan negatif oleh seseorang yang telah membacanya..... Tapi betul lah citarasa setiap orang tak sama dan tak akan sama. Aku suka sangat dengan novel ni. Terhibur dan memberi aku sedikit kepuasan dalam pembacaan aku. Aku suka novel ni mungkinlah kerana watak Jad yang digarap macho oleh penulisnya, jahat tak jahat..... Penyampaian yang berkesan dan matang. Untuk novel ni aku bg solid 5 bintang.