Aku suka dengan gambar kulitnya yang agak 'simple' dan menarik. Novel ini agak tebal dan agak murah hanya RM19.90 dengan 647 m/s, aku beli apabila ada 'ulasan' yang mengatakan novel ini seronok dan menghiburkan...so nak tahu kena baca dulu lah kan....Nak baca kenalah beli.
Komen aku:
Permulaan cerita agak menarik, maka benarlah bagai yang diwar-warkan bahawa novel ini best....tapi baru saja sepuluh bab aku dah bosan membacanya. Kenapa? Ceritanya menarik tetapi penyampaian tidak berkesan. Novel ini mungkin sesuai untuk remaja tetapi tidak begitu sesuai untuk seorang yang mencari keindahan dalam karya-karya yang dibacanya. Tidak ada pengetahuan luaran yang mampu aku dapati daripada novel ini. Hanya sebuah cerita rekaan dan hayalan semata....
Endingnya menarik juga walaupun aku dah dapat agak dari mula lagi apa yang akan berlaku....hasil tangan yang boleh dibanggakan juga sebenarnya cuma penyampaiannya haruslah dibaiki untuk karya-karya yang akan datang..Untuk novel ini aku bagi 3 1/2 bintang....