RSS

Jumaat, 17 Disember 2010

MIKHAIL


SEMUA 8 buah novel yang aku layan sebelumnya bertemakan cinta. Tercongok aku kat depan rak novel, tercari2 novel apa yang aku nak jadikan bahan bacaan yang ke-9...kalau boleh aku inginkan novel yang lebih menarik dan lainlah daripada 8 buah novel yang telah aku baca tu. Tup-tup, ringan je tangan aku mencapai novel ni, nukilan RAM. Hah , pasti ada kelainan....


Sinopsis:


MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!


Komen aku:

Aku tak memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan novel ni. Sebab apa? Sebab novel ni best sesangat....tak boleh buat kerja lain. Aku kurang sihat, tak ada suara nak bercakap dengan hubby so daripada mendengar hubby mentertawakan aku bila bercakap, baik la aku diam dan baca novel...so tanpa gangguan aku boleh menghabiskan novel ini dalam masa sehari saja. Tahniah untuk aku...tahniah untuk RAM kerana menghasilkan novel yang menarik ini . Untuk novel ni aku bagi solid lima bintang...

0 ulasan: