26/12/2009Sabtu, 26 Disember 2009
CITRA CINTA
26/12/2009Jumaat, 25 Disember 2009
BILA HATI BERBICARA
24-26/12/2009Lagi buah tangan Antasya Balkis.... ummmmppp aku baca dulu lah ya....
Sinopsis:
Khamis, 24 Disember 2009
REMBULAN PUJAAN
22-23/12/2009Ikhlaskah? Aku umpama bulan yang menyinari hidupnya. Begitu besarkah maknanya? Kenapa tiba-tiba aku rasa ada lingkaran bulan atas kepala? Ada bintang-bintang yg sedang tersenyum padaku dan..."Saya akan teruskan juga rancangan saya. Memiliki awak sebagai teman hidup umpama cahaya bulan di malam yang gelap, Reen. Saya tak akan lepaskan cahaya itu. Reen, hidup saya tak seringkas hidup awak. Bertemu dgn awak seolah-olah semua masalah saya hanya seringan kapas".Aireen... Aireen... Aireen, di mana kau sayang? Di mana kau, bulan? Jangan tinggalkan aku, sayang! Aku mencintaimu... Argh, sakitnya! Terasa ada lelehan darah yang keluar dari luka di dadanya. Bau hanyir darah menyesakkan!Aireen tersenyum terharu. Perumpamaan bulan yg Riezwan berikan kepadanya cukup membuatkan hatinya bahagia. Cahaya bulan mampu membuatkan pengembara tidak sesat jalan lagi. Kehadirannya membawa seribu erti bagi seorg lelaki bernama Riezwan Rusdi.Bulan tegak di langit malam memberi sinaran yg cukup indah dan cantik sekali. Aireen senyum bahagia. Riezwan ketawa bahagia. Bunyi laut begitu tenang sekali. Kilau cahaya bulan memanah dada laut memberi satu panorama di mana berlian sedah tumpah ke bumi. Warnanya kemilau sekali.Ilham kisah Rembulan Pujaan terhasil apabila saya mendengar lagu Engkau Laksana Bulan, nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Liriknya membawa makna yg mendalam tetapi cerita ini dipersembahkan dgn cara yg menghiburkan supaya pembaca tidak bosan.
Komen aku:
Jalan ceritanya agak menarik tetapi terlalu keremajaan, tak puas baca sebab nipis sangat...macam tak sampai klimaks saja rasanya, macam makan tapi tak kenyang je.... hehe. Penyampaiannya buat aku tersengih-sengih...agak gila2. Sesuai untuk bersantai sebab tak berat kepala membacanya. Aku bagi 3 1/2 bintang untuk novel ini.
Selasa, 15 Disember 2009
SUATU PENANTIAN...

Sabtu, 12 Disember 2009
STREET VENDETTA...

Aku teruskan lagi pembacaan aku... bermalas-malasan dengan novel sambil baring2. Itupun selepas aku menghabiskan kerja2 rumah. Inilah masanya aku melabelkan novel2 aku dengan warna hijau yang menandakan aku dah baca novel tersebut... Novel di sebelah menjadi pilihan aku kali ini. Masih oleh penulis yang sama tapi menggunakan nama pena yang berbeza. Actually ini nama sebenar penulis tu.... MAZNI AZNITA.
Sinopsis:
Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh..bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya bertemu, dunia seakan mahu runtuh. Kerana sebuah kereta, kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya.Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie? Siapa pula Fakruzi? Semuanya akan terjawab di dalam Street Vendetta. Love is always a beautiful things in our heart. Sweet and Sour!!
Komen aku:
15/12/2009, 9.00 pm. aku menamatkan pembacaan aku. Dalam sakit kepala kerana batuk yang berterusan, aku gagahi juga diri untuk meniti ayat baris demi baris seterusnya terus menghayati jalan cerita yang kadang kala humor dan kadang kala serius, cerita yang humor tak humor nak dikatakan romatik tak la romantik sangat...sedang-sedang kata orang. Street Vendetta...aku tak tahu maknanya, kerana tak terjumpa la pulak perkataan ini dalam novel. Kena cari dalam internet la kot ni... Kalau tak dihayati betul-betul bikin pening kepala nak pastikan hero ni samada kojie @ fakruzi ...samada mana satu hidup mana satu mati... Tak ada la susah sangat nak teka sebenarnya tapi nak tahu juga macamana kita boleh tahu fakruzi tu adalah kojie sebenarnya. Untuk novel ini aku bagi 4 bintang. Semoga Mazni Aznita akan terus melahirkan karya-karya yang seronok untuk dibaca...
Khamis, 10 Disember 2009
BUNGA SYURGA...
11/12/2009 ( 5 pagi )Pembacaan aku seterusnya masih lagi buah tangan Anita Aruszi kerana aku ingin melihat kelainan dalam karya-karyanya.
sinopsis:
Selasa, 8 Disember 2009
SAKTI CINTA...
Aku pilih novel yang tebal2 supaya aku rasa puas untuk mentelaah... he he he.
sinopsis:
Khamis, 3 Disember 2009
NOVEL2 IBOOK PUBLICATION....

KASIH SEDINGIN SALJU...

Isnin, 30 November 2009
AKU BUKAN BILLY MILLIGAN...

Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa2 saja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yg sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari byk perkara. Terutama bagaimana mahu mengharga kehidupan dan berkasih sayang!
Komen aku:
NOVEL2 YANG DIBACA 19.11.09 - 02.01.10 (CUTI AKHIR TAHUN)
Novel2 yang telah dibaca...
1.YANG SEBENARNYA(Aisya Sofea) - 4 1/2 bintang.
2.PERCAYALAH AKHIRNYA(Ruby Hazri) - 5 bintang.
3.KASIH SEDINGIN SALJU - (Amaruszati Noor Rahim) - 2 bintang
4.AKU BUKAN BILLY MILLIGAN(Norhayati Berahim) - 5 bintang
5.SAKTI CINTA( Anita Aruszi ) - 4 1/2 bintang
6. BUNGA SYURGA(Anita Aruszi) - 4 1/2 bintang
7. STREET VENDETTA(Mazni Aznita ) - 4 bintang
8. SUATU PENANTIAN(Antasya Balkis) - 4 1/2 bintang
9. REMBULAN PUJAAN(Antasya Balkis) - 3 1/2 bintang
10. BILA HATI BERBICARA(Antasya Balkis) - 4 bintang
11. CITRA CINTA(Antasya Balkis) - 3 1/2 bintang
12. SAMUDERA INDAH NIAN(Mazni Darwisya) - 4 bintang
Selasa, 24 November 2009
YANG SEBENARNYA....

Novel pertama yang aku habiskan menjelangnya cuti sekolah akhir tahun 2009 ini . Aku memang dah tak sabar-sabar nak membacanya kerana ianya hasil tangan penulis yang paling aku minati AISYA SOFEA.
Untuk novel ini aku bagi 4 1/2 bintang. Kisah cinta sepupu ini menarik untuk dihayati. Sang Jejaka memendam rasa kerana pernah dikecewakan oleh Si Kakak maka berhati-hati untuk melafazkan cinta untuk Si Adik. Cheeewah...syoknya.!!!!
Selasa, 17 November 2009
PERCAYALAH...AKHIRNYA.
11.47 malamSiapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding dengan lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi...
Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak untuk memiliki hatinya ~ Khairil
Salji datang lagi…
Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang
di padang harapan
Salji datang lagi...
Kala suramnya awan diri yang pasrah
mengenang mentari cindur yang hilang
Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~ Danial Wolfgang
Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada maknawi.
Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah
*****Percayalah… Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi kisah Nur Atiqah.
Ahad, 15 November 2009
NOVEL MINI NOVELA YANG AKU BACA...
Oleh kerana minat dengan saiznya yang kecil aku dah terbeli 2 buah novel mini begini kerana ianya senang dibawa kemana sahaja. Aku dah menghabiskan kedua2 novel ini. Menariklah untuk dimiliki kerana ianya lain daripada yang lain cuma agak mencacatkan untuk dipamerkan di rak kerana saiznya tidak sama dengan novel2 yang lain. Aku boleh menghabiskannya hanya dalam beberapa jam sahaja....Kedua2 novel ini aku bagi 4 bintang, seronok dan menghiburkan....tahniah. Cuma aku rasa novel mini agak mahal berbanding dengan ketebalannya....Sabtu, 7 November 2009
VIVA SAKURA...

Aku pinjam novel ni daripada kawan setugas yang sama-sama gila baca novel. Mulanya aku tak adalah minat sangat nak baca, sebab aku tak pernah baca novel yang ditulis oleh penulis ini.... tapi bila aku belek 2, 3 helai mukasurat depan aku rasa ceritanya menarik juga untuk dibaca. So aku meluangkan masa untuk menghabiskannya........
PERCAYALAH...

Percayalah...aku mengambil masa hampir 3 minggu untuk menghabiskan novel PERCAYALAH ni. Rakan sejawat aku yang ingin meminjam novel ini dah marah2 sebab aku lambat sangat menghabiskannya. Nak buat macamana kan lately aku tersangatlah sibuknya apa lagi sekarang ni aku sedang marking paper PMR....lagilah kerja2 aku tertangguh....
Komen aku tentang novel ini, macam biasalah...tentulah best. Kalau tak best aku tak belinyalah....ha ha ha. Untuk novel ni aku bagi 4 bintang. Jalan ceritanya menarik tapi kadangkala bosan la jugak dengan penggunaan ayat-ayat yang agak kekerasan. Cerita yang romantik sepatutnya ayatnya romatik la dan jiwang-jiwang sikit...
Jumaat, 9 Oktober 2009
TIDAK AKU BERSUARA

9/10/2009(Jumaat)
Selasa, 6 Oktober 2009
TERPENJARA DI KAMAR SUTERA
6/10/2009(Selasa-7.30pm)Aku mula baca novel TDKS setelah habis novel yang terdahulu. Nak keluar berkebun...rasa tak sihat so aku landing saja sambil2 membaca novel.... Aku ambik masa hampir 3 hari juga untuk menghabiskannya kerana sibuk kena bertugas mengawas periksa PMR di SS. Sebenarnya novel ni best juga, cuma ceritanya agak mendatar dan tergesa-gesa. Masa di pertengahan cerita, dah boleh agak bagaimana ending dan apa hubungkait antara setiap watak yang muncul... so tak suspen langsunglah. Jalan cerita akan jadi lebih menarik kalaulah diolah dengan lebih sentimental dan berhati-hati... Untuk novel ini saya bagi 3 bintang... Semoga Kamsiah Abu akan terus menghasilkan novel dengan lebih baik lagi...
Isnin, 5 Oktober 2009
SURAT UNGU UNTUK NUHA

6/10/2009(Selasa)
Jumaat, 25 September 2009
NOVEL TERSADAI DI K. BERANG...

Daripada 6 buah novel yang aku mintak tolong kawan aku belikan hanya 2 buah yang berjaya dibawa balik ke Terengganu...lebih tepat lagi ke K. Berang la. Aku janji akan mengutipnya sendiri pada hari raya, namun nampaknya janji dah tinggal janji. Tukang belipun dah kembali ke KL untuk bertugas... tapi novel masih belum aku jengah. Bukan sengaja tapi keadaan yang tidak mengizinkan aku untuk beraya dan mengambil novel2 itu daripadanya... at last hubby minta tolong kawannya yang tinggal di K. Berang tolong ambilkan drp. suami kawan aku tu ....esok, insyaAllah ianya akan selamat sampai ke tangan aku. Ummmppp tak sabar nak tengok.Rabu, 23 September 2009
RINDU UNTUK DIA

Novel yang sedang dibaca. Dah agak lama juga aku tak sentuh untuk menghabiskan bacaan. Bukan tak best, best sangat sebenarnya, itulah sebab aku tidak menghabiskannya tergesa-gesa. Aku perlukan masa untuk menghayatinya. Dalam kesibukan untuk menyambut raya, aku terpaksa lupakan dahulu minat aku yang satu ini. Aku perlu membuat serba sedikit persiapan untuk hari besar ini. Mungkin aku kena ulang bacaan lagi dari awal....sabar ajelah.
Isnin, 14 September 2009
PULANGLAH PERANTAU....
Inilah beberapa buah novel yang aku pesan:
Khamis, 27 Ogos 2009
KOPI SUSU SEPATU BIRU...
28/8/2009(Jumaat)Baca sinopsis macam seronok je... macam cerita jenaka ringan... RUBY HAZRI itulah nama pena pengarangnya. Aku tak pernah baca novel pengarang ini sebelumnya so ini kiranya percubaan pertamalah....
Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.
Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:
Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.
Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?
11/9/2009(Jumaat)
Ahad, 23 Ogos 2009
ILHAM HATI...

Khamis, 13 Ogos 2009
CINTA KAU DAN AKU...

Dalam kesibukan aku membuat persediaan terakhir untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki percubaan PMR 2009, aku masih sempat baca novel. Tak kan lah 24 jam nak tanda kertas latihan pelajar saja kan, tentu bingunglah aku sebagai seorang guru... guru matematik pulak tu...
Sinopsis:
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?
Lama jugak lah aku nak habiskan novel ini. Lunyai dibuatnya.... Teringin jugaklah aku ni nak komen banyak2 untuk novel yang telah aku baca tapi lantaran kesuntukan masa....dengan sendirinya ia jadi komen yang tergantung.... tak apalah komen jugak...
Novel CINTA KAU DAN AKU .....seronok untuk dibaca kerana ia merupakan sebuah novel yang santai dan penuh dengan jenaka ringan. Semuka dua dibaca aku dah gelak sorang-sorang, hubby aku geleng kepala jugaklah dengan perangai aku yang terkekeh-kekeh baca novel. Bukan apa, jealous sebenarnya tu, sebab tak layan dia borak...
Tak rugilah aku beli untuk dijadikan koleksi. Yalah kan, aku nak belipun aku surf jugaklah kat internet best atau tak best satu-satu novel tu....tak kan pakai beli aje...
Untuk novel ini, aku bagi 3 1/2 bintang, jalan cerita best....tapi penyampaiannya aku rasa macam tak berapa puas hati saja...kalaulah olahannya lebih mantap...part-part sedih tu, biarlah betul-betul sedih kan, barulah best....
Sabtu, 8 Ogos 2009
SHOPPING NOVEL DI KUANTAN....
Sehari shopping pada Jumaat (7/8/2009) aku hanya sempat singgah di Kedai buku POPULAR di BERJAYA MEGA MALL dan di Kedai buku MBS di EAST COAST MALL... Ada 10 buah novel yang aku hajatkan, tapi aku hanya jumpa 2 buah novel sahaja... dan 2 buah lagi tu..saja je beli sebab tak ada novel nak beli...he he he.
Inilah novelnya....
Isnin, 3 Ogos 2009
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU (Versi Indonesia)


Hah, macamana.....bagi peminat novel ini...kalau nak dapatkan novel ini dalam versi Indon, jangan lupa dapatkan nanti ya....sebagai koleksi. Covernya lebih menarik berbanding terdahulu...
Rabu, 29 Julai 2009
HUJAN RINDU...

Aikkkk, dah lama aku baca novel ni... dah hampir 2 minggu, tapi tak habis-habis juga. Tiap-tiap hari aku membaca tapi punyalah teruk.... tak habis-habis juga... Kenapa jadi macam tu, tak best ke? Itu soalan rakan aku yang duduk depan aku kat bilik guru tu...?
Isnin, 20 Julai 2009
TUHAN LEBIH TAHU...

Khamis, 16 Julai 2009
REMBULAN BERDARAH...

So now is the time untuk mengomen...
Aku seronok baca novel ni. Tak rugilah aku membelinya untuk dijadikan koleksi. Aku akan dapatkan kesemua novel pengarang ini lepas ni... bagi yang tercari2 novel untuk dibeli, aku syorkan belilah novel ini... Untuk novel ini aku bagi 4 1/2 bintang.
Ahad, 5 Julai 2009
STOP BACA NOVEL...
Rabu, 24 Jun 2009
TIDAK KUPINTA...
Ahad, 14 Jun 2009
RAHSIA HATI SOFEA...
Selasa, 9 Jun 2009
SELAMAT PENGANTIN BARU ISTERIKU...
Puas aku sebab dah selamat menghabiskan novel yang tersangatlah tebalnya ni... Ceritanya sangat menarik, cuma kenalah sabar sikit sebab agak membosankan pada permulaan cerita...Isnin, 8 Jun 2009
ZAHANI vs MANAF HAMZAH...
Siapa tu? Hah...kat belakang berdiri tu kawan aku. Kami satu sekolah dulu masa sekolah menengah. Dia ni junior aku 2/3 tahun, muda lagi tu...sebab aku yang lebih tua ni pun masih muda lagi...ha ha ha. Tapi tak boleh ngorat sebab dah ada hubby tu... Duduk tu siapa? Sebelah jejaka baju merah hitam tu, kawan kepada kawan aku tu...kawan sekerja agaknya sebab aku pun tak kenal. Ahad, 31 Mei 2009
AKU ADA KAMU...
Novel ini aku dah pinjamkan kepada kawan sekerja. Dia berkali-kali mengucapkan terima kasih kerana meminjamkan novel AKU ADA KAMU. Aku jadi pelik juga pada mulanya, tetapi bila dia jelaskan kenapa...aku pula yang terpaku. Rupanya ada juga gunakan membaca novel ni. Katanya dengan membaca novel AKU ADA KAMU dia tahu rupanya adiknya yang sakit selama ini terkena buatan orang, serupa dalam novel AKU ADA KAMU. Dia dah bawa adiknya pergi berubat.Rabu, 27 Mei 2009
HADIAH KUIZ KAU TETAP DIHATI-LIZA ZAHIRA...

Selasa, 26 Mei 2009
OH MANAF HAMZAH...
Ha...ha...ha... ini berita baik untuk saudara Manaf Hamzah, penulis novel ini kerana rakan sekerja aku yang meminjam novel ini memuji-muji dengan cerita yang dipersembahkan...Katanya dulu dia tak suka novel2 Manaf ni tapi sejak selalu pinjam daripada aku dia jadi minat dengan novel2 Manaf. Tahniahlah untuk saudara Manaf Hamzah....senyum simpullah tu, jangan lupa ya cepatkan sikit penulisan novel yang terbaru tu... rasanya dah sampai masa saudara Manaf memikirkan untuk menerbitkan novel 2 buah dalam setahun. Lepas ni dia kena cuba-cuba juga dengan penerbit lain pula....NAZAWATI...

Sabtu, 16 Mei 2009
KHUSYUKNYA MEMBACA...
Aku boleh membaca di mana sahaja. Apa lagi nak buat pada waktu2 menunggu begini. Kalau tak ada novel macamanalah agaknya aku boleh menghabiskan masa2 menunggu tersebut, kerana dalam seminggu 2 kali aku akan menunggu Si Tengah di gelangggang TaekWonDo yang mana mengambil masa 1 setengah jam setiap kali. Apabila aku dah belek novel aku dah tak pandang kiri dan kanan lagi. Siapa yang ambik gambar ni? Si Sulunglah siapa lagi yang a
da....Ini pula gambar hubby yang kadangkala datang temankan aku. Datang mesti berasingan sebab senang dia nak 'chaw' kalau bosan. Aku membaca, diapun sibuklah juga membaca sebab aku akan marah kalau dia banyak sangat bercerita. Gambar ni aku 'candid' masa dia tengah kusyuk... ha..ha..ha..dia tentu marah kalau tengok gambar ni...
Selasa, 5 Mei 2009
DALAM KEHANGATAN DAKAPAN SENJA...
Aku baru saja menamatkan pembacaan terhadap novel ini. Tentu penulisnya tertunggu2 komen aku tentang novel dewasanya yang ke-5 ... Sorrylah sebab lambat sikit aku menghabiskan novel 784 mukasurat ini ditambah pula dengan mataku yang kian rabun...inipun cepat sikit sebab dengan bantuan cermin mata yang baru aku perolehi...baru buat la tu...!!









