RSS

Rabu, 29 Julai 2009

HUJAN RINDU...


Aikkkk, dah lama aku baca novel ni... dah hampir 2 minggu, tapi tak habis-habis juga. Tiap-tiap hari aku membaca tapi punyalah teruk.... tak habis-habis juga... Kenapa jadi macam tu, tak best ke? Itu soalan rakan aku yang duduk depan aku kat bilik guru tu...?
Tak best?...aku garu kepala yang tak gatal sebenarnya. Apa nak jawab kat rakan aku ni. Rakan aku ni tak suka baca novel....
Novel ni sebenarnya best sangat, tapi banyak sangat gangguan dalam pembacaan aku kali ini. Aku baca sikit, aku berhenti...sambung sikit lagi....berhenti lagi. Itulah gangguan sebenarnya. Sebelah petang aku kelek novel ke halaman, kononnya nak baca sambil belek2 pokok-pokok orkid, tapi ralit sangat membelek orkid aku bagaikan lupa pulak dengan novel yang aku ingin baca tu, maka tersadailah novel tu atas meja batu....
Sebelah malam, lepas sembahyang maghrib aku lepak sambil tengok2 anak buat ulangkaji aku baca novel lagi tapi kerana tubuh letih kadangkala aku tertidur dengan novel terbuka dan cermin mata masih di mata...ha ha ha.
31.7.2009(Jumaat)
Sambil dodoikan Si Bongsu aku berjaya tamatkan novel ni... sedihnya...walaupun happy ending tapi aku tetap sedih.....ada jugak satu dua part yang buat aku cengeng....ish ish ish.
Sinopsis:
Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya.
Aku bagi 4 bintang untuk novel ini. Tahniah untuk penulisnya, teruskan hasilkan karya-karya yang best begini...

0 ulasan: