RSS

Jumaat, 9 Oktober 2009

TIDAK AKU BERSUARA


9/10/2009(Jumaat)

Garapan penulis terkenal NB.... banyak message berguna yang ingin disampaikan oleh penulisnya dan penyampaian yang sangat berkesan. Cuma penceritaan yang agak membosan pada permulaan cerita.... masa membaca kena sabar sikit sebab makin lama dibaca makin menarik kisahnya. Lama juga untuk aku menghabiskannya, seminggu kerana novel ini agak tebal juga. Untuk novel ini aku anugerahkan 4 bintang. Berbaloi dijadikan koleksi...



Selasa, 6 Oktober 2009

TERPENJARA DI KAMAR SUTERA

6/10/2009(Selasa-7.30pm)

Aku mula baca novel TDKS setelah habis novel yang terdahulu. Nak keluar berkebun...rasa tak sihat so aku landing saja sambil2 membaca novel.... Aku ambik masa hampir 3 hari juga untuk menghabiskannya kerana sibuk kena bertugas mengawas periksa PMR di SS. Sebenarnya novel ni best juga, cuma ceritanya agak mendatar dan tergesa-gesa. Masa di pertengahan cerita, dah boleh agak bagaimana ending dan apa hubungkait antara setiap watak yang muncul... so tak suspen langsunglah. Jalan cerita akan jadi lebih menarik kalaulah diolah dengan lebih sentimental dan berhati-hati... Untuk novel ini saya bagi 3 bintang... Semoga Kamsiah Abu akan terus menghasilkan novel dengan lebih baik lagi...

Isnin, 5 Oktober 2009

SURAT UNGU UNTUK NUHA



6/10/2009(Selasa)

Lately aku asyik MC saja. Semalam aku ke klinik sebab rasa tak sihat. Mula2 hanya selsema...lepas tu habis sakit seluruh badan, sakit tekak dan batuk2...urat2 yang ada habis rasa berdenyut2. Doktor tengokpun kesian agaknya...maka aku diberi MC 2 hari mulai semalam....

Senang hati sebab dapat MC so aku boleh rehat...tido, atau paling tidakpun menghabiskan novel SUUN di sebelah tu.

Hari ini selepas makan ubat aku duk tekun mengadap novel yang satu ni. Jalan ceritanya mudah, tak adalah kelakar sangat hingga membuatkan aku ketawa terkekeh-kekeh tapi sepanjang baca tu aku tersengih-sengih. Sakit-sakit badan boleh dilupakan buat sementara. Macam ubat doktor la jugak.
Sinopsis:
Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar
"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya
Lalu hatiku tertanya-tanya:"
Cinta, kenapa mesti aku?"
Muzzammil:Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?
kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hatidiaberbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatikuberbisiklah tentang rasaku yg satuserulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintakupandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang akuyang sedang jatuh hati kepadanya
Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki EkspressLangkawi ke utara. Perjalanan keretapi pada malam dingin penghujung2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus TakEmpuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejakmula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garangmengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup inirupa2nya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!
5.35pm, aku dah habiskan novel SUUN. Demam akupun dah kebah dengan berakhirnya pembacaan aku. Berapa bintang? Aku terhibur dengan novel ini, agak lain dari yang lain sebab heronya tak adalah handsome gila dan heroinnyapun tak adalah cantik mana dibayangkan penulisnya...so aku bagi 4 bintang. Pada yang dah baca tu, ok tak?

Jumaat, 25 September 2009

NOVEL TERSADAI DI K. BERANG...

Daripada 6 buah novel yang aku mintak tolong kawan aku belikan hanya 2 buah yang berjaya dibawa balik ke Terengganu...lebih tepat lagi ke K. Berang la. Aku janji akan mengutipnya sendiri pada hari raya, namun nampaknya janji dah tinggal janji. Tukang belipun dah kembali ke KL untuk bertugas... tapi novel masih belum aku jengah. Bukan sengaja tapi keadaan yang tidak mengizinkan aku untuk beraya dan mengambil novel2 itu daripadanya... at last hubby minta tolong kawannya yang tinggal di K. Berang tolong ambilkan drp. suami kawan aku tu ....esok, insyaAllah ianya akan selamat sampai ke tangan aku. Ummmppp tak sabar nak tengok.

Rabu, 23 September 2009

RINDU UNTUK DIA


Novel yang sedang dibaca. Dah agak lama juga aku tak sentuh untuk menghabiskan bacaan. Bukan tak best, best sangat sebenarnya, itulah sebab aku tidak menghabiskannya tergesa-gesa. Aku perlukan masa untuk menghayatinya. Dalam kesibukan untuk menyambut raya, aku terpaksa lupakan dahulu minat aku yang satu ini. Aku perlu membuat serba sedikit persiapan untuk hari besar ini. Mungkin aku kena ulang bacaan lagi dari awal....sabar ajelah.
Aku bawa RUD ke mana sahaja, ke klinik untuk hubby buat check up dan ke hospital menunggu hubby yang terlantar... tapi hanya untuk dipeluk bukan untuk dibaca. Aku banyak menghabiskan masa dengan termenung saja...
30/9/2009(Rabu)
Hari ini aku MC sebab kurang sihat. Sambil2 baring aku sempat menghabiskan novel Dhiya ni. Hah dah lama sangat terperap sekerat pembacaannya... so now is the time untuk mengulas. Ulas yang baik-baik ke Dhiya, ha ha ha jangan marah. Akak akan mengulas sejujurnya. Frankly speaking...jujur la ni, novel RUD ni bagus sangat. Tak akan menyesal membeli dan membacanya. Bahasanya yang lancar dan Dhiya banyak buat homework sebelum menulis novel ini...bagus la tu. Jalan ceritanya menarik ... tapi akak lebih suka novel yang terdahulu RBB. Akak ni dah jatuh cinta dgn RBB, RBB dah jadi sebuah novel yang akak akan ingat sampai bila2. Kalau orang tanya novel apa yang best....akak akan syorkan RBB. Untuk novel ini(RUD) 4 1/2 bintang dianugerahkan. Berkilauan dah tu......
Semoga Dhiya akan terus menulis... akak akan terus membeli novel Dhiya sebab akak suka dengan penulisan Dhiya. Kalau tak sempat bacapun akak akan beli untuk dibuat koleksi...

Isnin, 14 September 2009

PULANGLAH PERANTAU....

Semalam aku msg kawan aku yang bekerja di KL. Saja tanya2 bila nak balik kg. cuti raya ni...mesti dia balik awal sikit sebab hubby dia tertinggal kat Kuala Berang sedangkan dia kerja di KL. Hah aku yang tumpang sengsara, bukan apa...dulu aku pernah rasa keadaan macam tu, jauh dari hubby tercinta...cheeewah. Sabar ajelah Za...
Dalam buat baik tu aku sempat lagi pesan beberapa novel yang aku liat sangat nak dapatkan di kedai2 buku di Trg. Mintak kawan aku ni cari2 di sekitar KL sebelum dia balik. Dia nipun kaki novel juga sebenarnya, tapi dia tak bacalah novel2 melayu ni kot... ha ha ha. Kawan aku suka sangat baca novel2 mat saleh, ya lah dia ni masa belajar dulu... pelajar yang paling terror omputeh di kalangan kita orang ni.... he he he. Itulah Zahani Ismail....

Inilah beberapa buah novel yang aku pesan:
1. PERCAYALAH (Ruby Hazri) - Jemari Seni
2. DEDALU DI HATI( Anita Aruszi)-Ibook Publication
3. PENCARIAN ADLEENA (Nurul Astiqha)-Tintarona
4. SURAT UNGU UNTUK NUHA (Noor Suraya)-Jemari Seni
5. BICARA RINDU(Nur Hazma) - Tintarona
6. SAAT MENCINTAIMU (Nurul Astiqha)- NHF Media
Hah, harap2 semuanya ada.....

Khamis, 27 Ogos 2009

KOPI SUSU SEPATU BIRU...

Mula baca : 28/8/2009(Jumaat)

Baca sinopsis macam seronok je... macam cerita jenaka ringan... RUBY HAZRI itulah nama pena pengarangnya. Aku tak pernah baca novel pengarang ini sebelumnya so ini kiranya percubaan pertamalah....
sinopsis:
Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula! Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat! Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....
Rumah No. 11

Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.
Rumah No. 9
Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.

Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:
* Kereta Perdana vs Kereta Kancil * Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara * Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna * Muzik si pemuda bukan selera si pemudi
Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.
Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?

11/9/2009(Jumaat)
Hah baru tamat aku baca novel ini. Bukan tak best, best sesangat... tapi aku tak boleh nak tumpu baca secara berterusan, di sebabkan kesibukan kerja dan kesihatan suami yang tidak mengizinkannya. Novel ini rasanya berbaloilah dibeli untuk dijadikan koleksi. Aku banyak tergelak sendiri masa mambacanya ... terhibur juga hati yang gundah gulana. Untuk novel ini aku bagi 3 1/2 bintang. Cuma aku lebih suka kalau Emylia tu kahwin dengan Tengku Zahim tapi tak sangkalah pula jodoh dia dengan Mat. Ha ha ha, tapi kira ok la. Aku masih tercari2 novel Ruby Hazri yang terdahulu bertajuk PERCAYALAH... dan menunggu novel dia yang keseterusnya...PERCAYA.. AKHIRNYA.

Ahad, 23 Ogos 2009

ILHAM HATI...


Seminggu jugalah aku mengadap novel yang satu ini... nak kata tak best , best juga sebenarnya.... mungkin jadi tak berapa best sebab aku membacanya dalam waktu yang agak lama dan dengan kepala yang tak pernah lapang...banyak kerja beb. Baca novel hanya untuk berehat sekejap yang kadang2 menjadi lama juga... he he. Sekarang ni cuti sekolah sepatutnya aku boleh releks tapi lain pula jadinya.... aku sibuk buat persediaan untuk anak2 murid aku yang nak periksa percubaan PMR lepas cuti ni... itulah elok2 dah ada tarikh periksa dibawa pula tangguh2, kan dah susah tu... pada aku tak praktikallah kerana wabak H1N1 ni, periksa pula nak tangguh2. Wabak penyakit ni bila akan berhenti agaknya, minggu ni sekolah ini bercuti minggu depan mungkin sekolah lain pula yang akan cuti so tak kan periksa asyik nak tangguh saja kalau ada sekolah yang cuti... uwaaa..
Eh ke lain pula aku terbabas....
Sinopsis:
RIAN tidak pernah membayangkan hidupmya akan berubah sekelip mata. Namun, itu yg terjadi apabila dia terjaga pd suatu hari. Kemunculan Hanif yg diperkenalkan sebagai suami amat mengejutkan kerana dia tidak mengenali siapa lelaki itu.Lantaran keliru dgn yg berlaku, Rian tekad mencari jawapan. Sayangnya saat perasaan kasih mula bertunas, dia kecewa. Hanif seakan berdendam atas apa yg berlaku seolah2 tidak mahu Rian wujud dlm hidupnya.Lantas apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar utk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikina rupa?
Komen aku:
Kira oklah kerana penulis telah ada nama, tapi rasanya novel2 terdahulu lagi best untuk diingati.....semacam penulisnya kehabisan idea saja, tak ada kelainan berbanding novel2nya yang terdahulu.....
Berbaloi dibeli untuk dijadikan koleksi .... Untuk novel ini aku beri 4 bintang. Teruskan menghasilkan novel yang lebih seronok untuk dibaca kalau boleh lain dari yang lain...

Khamis, 13 Ogos 2009

CINTA KAU DAN AKU...


Dalam kesibukan aku membuat persediaan terakhir untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki percubaan PMR 2009, aku masih sempat baca novel. Tak kan lah 24 jam nak tanda kertas latihan pelajar saja kan, tentu bingunglah aku sebagai seorang guru... guru matematik pulak tu...

Sinopsis:

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Lama jugak lah aku nak habiskan novel ini. Lunyai dibuatnya.... Teringin jugaklah aku ni nak komen banyak2 untuk novel yang telah aku baca tapi lantaran kesuntukan masa....dengan sendirinya ia jadi komen yang tergantung.... tak apalah komen jugak...

Novel CINTA KAU DAN AKU .....seronok untuk dibaca kerana ia merupakan sebuah novel yang santai dan penuh dengan jenaka ringan. Semuka dua dibaca aku dah gelak sorang-sorang, hubby aku geleng kepala jugaklah dengan perangai aku yang terkekeh-kekeh baca novel. Bukan apa, jealous sebenarnya tu, sebab tak layan dia borak...

Tak rugilah aku beli untuk dijadikan koleksi. Yalah kan, aku nak belipun aku surf jugaklah kat internet best atau tak best satu-satu novel tu....tak kan pakai beli aje...

Untuk novel ini, aku bagi 3 1/2 bintang, jalan cerita best....tapi penyampaiannya aku rasa macam tak berapa puas hati saja...kalaulah olahannya lebih mantap...part-part sedih tu, biarlah betul-betul sedih kan, barulah best....

Sabtu, 8 Ogos 2009

SHOPPING NOVEL DI KUANTAN....

Hah, susahlah kalau nak dapatkan novel baru di Terengganu. Kedai buku banyak tapi novel tak berapa banyak.... yang ada2 dijual tu...sama ada aku dah beli atau aku tak minat nak beli... pada 6, 7 dan 8 Ogos aku ke Kuantan....saja2 jelah gi jalan2 sambil2 shopping baju raya anak2, aku intai2 beberapa buah novel yang aku inginkan sangat...

Sehari shopping pada Jumaat (7/8/2009) aku hanya sempat singgah di Kedai buku POPULAR di BERJAYA MEGA MALL dan di Kedai buku MBS di EAST COAST MALL... Ada 10 buah novel yang aku hajatkan, tapi aku hanya jumpa 2 buah novel sahaja... dan 2 buah lagi tu..saja je beli sebab tak ada novel nak beli...he he he.

Inilah novelnya....

Isnin, 3 Ogos 2009

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU (Versi Indonesia)


Inilah novel yang paling mendapat tempat dihati, semasa zaman remaja aku. Aku ulang membaca entah berapa kali tak terbilang dengan jari. Aku masih membacanya sekiranya ada waktu... dan kini novel yang boleh dianggap antik ini akan dilancarkan di Indonesia dalam versi negara itu. Ini petikan teks daripada penulisnya..."Novel pertama saya DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU telah pun diterjemah ke dalam bahasa Indonesia. InsyaAllah, kalau tak ada aral ia akan dilancarkan di UBUD, BALI, pada Oktober ini. Bersama-sama ini saya sertakan cover bukunya dalam versi Indon...


Hah, macamana.....bagi peminat novel ini...kalau nak dapatkan novel ini dalam versi Indon, jangan lupa dapatkan nanti ya....sebagai koleksi. Covernya lebih menarik berbanding terdahulu...