Isnin, 22 Mac 2010
OLE2 PBAKL 2010 SIRI 2
OLE2 PBAKL 2010 SIRI 1
Isnin, 15 Mac 2010
SAKITNYA SAYANG...
Aku banyak kerja nak buat, nak tanda buku latihan budak yang aku kutip sebelum cuti.. 5 kelas aku mengajar matematik, dari ting2 , ting3 dan ting4..Ahad, 14 Mac 2010
KERANA TERLUKA...
Aku baru tahu...penulis Aida Adriani ni adalah junior aku masa sekolah menengah dulu...kat mana ya, ha ha sekitar KT ni aje....tak jauh. Tapi bila tengok gambarnya aku tak boleh ingat yang mana satu... sorry. Tapi aku suka dengan karya2nya sebelum ini..membuatkan aku membaca novel ini tanpa sedar....Khamis, 4 Mac 2010
KISAH DEDALU DI HATI....
Seluruh Malaysia aku mencari novel ini. Rasanya cari novel DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU oleh Manaf Hamzah dulupun tak la susah macam ni... susahnya bila duit ada, tapi novel tak ada...tak ada la banyak sangat duit tu, sekadar nak beli novel sebuah dua tu boleh la. Susah la cara dia orang ni 'business'... Tak faham la cara dia orang ni, tak tahu la mana silapnya....apa salahnya kalau cetak banyak2.Rasa2 aku la, bila surf dalam internet ramai yang mencari DDH ni, ramai juga yang bersungut2 macam aku... Serasa macam novel ni tak dicetak lagi dah, takpun penerbit dah tutup kedai. ..
Untuk mendapatkannya, aku tak ada la sekejap ke Selatan, sekejap ke KL atau sekejap ke Utara ...pasang kaki la, kerah kekawan di merata tempat cuba mendapatkannya...
Usaha terbaru.... terbaca saja dalam blog penulisnya, ada peminat berjaya dapatkan novel di KL Sentral, akupun apa lagi contact la member sekepala aku di KL supaya dia dapatkan novel tu di sana... Aku siap paksa lagi supaya dia pergi mencarinya dengan kadar segera, takut habis...khabarnya kat situpun hanya ada beberapa buah saja lagi.... Bengang juga agaknya member aku ni, ya lah kan... dia kat KL tu bekerja, kerja bank pulak tu...balik mesti lambat. Tapi agaknya kerana tak nak menghampakan aku dia ambil time off separuh hari untuk ke KL Sentral tu... Tup tup dia call beritahu tak ada novel tu di sana. Kedai buku kat KL Sentral tu kecik saja katanya... aku frust melambung jadinya, tapi apa nak buat kan...dia dah sanggup tolongpun kira alhamdulillah.... Akupun tak pernah sampai kat KL Sentral tu....
Duk sorang2 otak aku ligat jugak berfikir, tak kan la novel tu cepat sangat habisnya.... atau aku salah information ni, buka lagi blog penulisnya untuk dapatkan confirmation tentang information tu...takut2 tersalah tempat. Rasanya dah betul... Aku tak puas hati ni. Hubby aku dah gelak2 kan aku dan siap perli2 lagi....rasa terbakarpun ada...
Aku dapat idea baru. Rasanya adik aku Syuhada yang kerja kat KL tu selalu sebut KL Sentral. Kalau tak silap tempat kerja dia dekat dengan KL Sentral ni... Aku cuba2 message ke dia bertanya. Nak call takut banyak guna fulus. Kedekut betul kakak ni... Katanya dia hari2 pergi KL Sentral... seronok aku dengar... Akupun sampaikan hajat aku nan satu tu. Dia kata kat KL Sentral rasanya tak ada kedai buku... hah, aku terduduk lagi... Bengang. Dia ni memang tak suka membaca agaknya... Aku kata kat dia tapi kawan Kak Na kata ada..., tapi kedai tu kecik je. Maka dia janji dengan aku nak tolong survey untuk aku....
Semalam, Adik aku Syuhada tu call... ha ha ha. Aku seronok, ada khabar gembira rupanya. Novel yang aku cari hampir setengah tahun tu dah ada dalam genggaman adik aku tu. Dia kata sebagai upah dia nak baca dulu novel DDH tu. Ambik aje la upah kau tu tapi novel tu jangan lupa bagi kat tuan dia ni. Hairannya, dia beli novel tu kat KL Sentral tu la... ada rupanya, tapi kenapa member aku tak jumpa novel tu? Ajaib betul... So selesai satu cerita......thanks untuk 2 orang ni, yang berusaha keras untuk mendapatkan novel ini, terima kasih daun keladi....
PBAKL 2010...

1 CINTA SI KUCING PARSI
Marwillis Hj. Wahab
Alaf21
2 RUANG RINDU
Rozita Abd Wahab
Alaf21
3 SAAT KAU KATA CINTA
Anis Ayuni
Alaf21
4 SUDI JADI CINTAKU
Marwati Wahab
Fajar Pakeer
5 UNTUKMU SAYANG
Marwati Wahab
Fajar Pakeer
6 BUKAN TAK SUDI
Mimie Afinie
KarnaDya
7 GALAU DI HATI SERI
Kushi Hirdan
NB Kara
8 SAAT MENCINTAIMU
Nurul Astiqha
NHF Media
9 WASILAH CINTA WEERA
Rose Harissa
PTS
10 BIDADARI HUJAN
Noor Azzahra
Jemari Seni
11VERSUS
Hlovate
Jemari Seni
12 YUDA DI PADANG MAYA
Xarine
Jemari Seni
13 PADA ANGIN AKU BERPESAN
Adeliah
Jemari Seni
14 PADAMU KUSANDARKAN CINTA
Halina Kamarudin
Ibook
15 MEKARNYA BUNGA CINTA
Halina Kamarudin
Ibook
16
KEMBARA RINDU DI SAKURA
AINON ZAINI
Ibook
17 JERAT ASMARA
Zara Zakry
Ibook
18 SUZZANA
Abu Azzaki
Ibook
19 BIDADARI
Zara Zakry
Ibook
20 SENTUHAN KASIH
Halina Kamarudin
Ibook
Jumaat, 26 Februari 2010
AJARKAN AKU SETIA CINTA...
Perpisahan terjadi lantaran hati terlalu sedih kerana dikecewa. Saat cinta Faryan mengembang, Serra menghilang diri. Tanpa khabar, hilang berita. Faryan jadi perindu dan rindu itu cuba dikambus melalui pertunangannya dengan Wina, atas kehendak keluarga.
Namun, di celah rasa kecewa yang menjadi cebisan perasaan, pertemuan ada semula. Mereka tetap bersama. Rindu dan benci bertandang antara malu untuk mengakui aku juga cinta kepadamu…
Pun begitu, akhirnya bulan dan matahari tetap bersama kerana fitrah azali telah menjodohkannya. Dan, mungkinkah begitu jua suratan azali antara Faryan dan Serra? Fitrah mereka, adakah mungkin jodoh bersama? Atau akankah Serra dibalas kecewa atas silap dahulu?
Rabu, 24 Februari 2010
PESTA BUKU TRG 2010.....
Hubby nampaknya mood ok je today. Kira rezeki aku lah agaknya hari ni....
Dalam kereta hubby offer aku untuk beli 10 buah novel. Gulp... aku telan air liur...biar betul, apa ke baik sangat luck aku hari ni. Harap2 ada la novel2 yang aku hajatkan...
Memandangkan hari dah petang benar dan tak nak termakan waktu maghrib, aku dengan hubby macam lipas kudung mencari. Mata melilau-lilau mencari...harap2 ada la sebuah dua novel yang dah lama aku cari.... Tak menghampakan lah kiranya...aku angkut 7 buah novel dari Pesta Buku Trg kali ini dengan dibayar hubby. Terketar2 juga dia hulurkan rm 150 untuk novel2 ini....uuuuuu hubby memang baik......ya ya ya...
Jumaat, 19 Februari 2010
AKU CINTA DIA...
Lama juga dah aku berhajat nak baca novel ni tapi terbantut sebab novel ini dipinjam oleh kawan setugas yang juga bertukar ke sekolah lain. Biasalah kalau dah bertukar sekolah walaupun dekat, jadi jauh...Minggu lepas bila dihantar saja novel ni so aku tak buang masa dah...terus ajelah membacanya...
Komen aku:
Aku beli novel ni tak lain adalah kerana nama besar penulisnya. Aku dah menamatkan pembacaan. Ceritanya sangat menarik dan lain daripada yang lain. Tahniahlah kepada penulisnya yang mengolah cerita ini dengan baik sekali. Kisah percintaan yang malu tapi mahu...haha. Untuk novel ini aku bagi 4 1/2 bintang...
Sabtu, 13 Februari 2010
KATALOG NOVEL...
Inilah cara aku menjilid novel2 tersebut, senang untuk dicari, disemak dan dikemaskan...
Rabu, 3 Februari 2010
RANTING CINTA SI PLATO
3/2/2010(Rabu)Aku baru je beli novel ni tapi rasa tak sabar sangat nak baca. Kelakarnya, aku dah cuba nak baca novel lain dulu.... tapi otak duk ingat novel ni saja....alahai, apa nak buat aku pun ambik saja la....kena baca novel ni dulu nampaknya.
19/2/2010(Jumaat)
"Satu hari, Plato bertanyakan makna cinta dan Socrates pun menjawab ; masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambiklah satu ranting yang menurut kamu paling baik. Tetapi engkau haruslah ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut.












