RSS

Isnin, 30 November 2009

AKU BUKAN BILLY MILLIGAN...


30.11.09 - 6.12.09
Aku membaca novel ini untuk mencari semula mood membaca novel yang hilang selepas aku membaca novel terdahulu yang tidak memberangsangkan. Harap2 ia akan menyemarakkan keinginan aku untuk mentelaah novel2 yang masih banyak tak terbaca di rak......
Sinopsis:
Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dpt membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati spt Warren Buffet! Namun Adam silap percaturan. Setelah kekayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya.
Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa2 saja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yg sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari byk perkara. Terutama bagaimana mahu mengharga kehidupan dan berkasih sayang!

Komen aku:
Best...memang best sesangat, cerita dan juga penyampaian.....menghiburkan dan menarik untuk dibaca. Aku tak sabar2 untuk menghabiskan novel ini. Novel2 beginilah yang aku cari sebenarnya. Banyak ilmu yang aku dapat dari pembacaan aku. Dari sini aku tahu siapa dia Billy Milligan dan Warren Buffet. Itulah baca novel ni bukannya membuang masa sebagaimana pendapat sesetengah pihak, banyak benda lain yang berharga yang kita dapat. Belilah jangan tak beli. Untuk novel ini aku bagi 5 bintang....

NOVEL2 YANG DIBACA 19.11.09 - 02.01.10 (CUTI AKHIR TAHUN)

Saat yang ditunggu-tunggu....inilah masa aku bermalas-malasan sambil membaca novel-novel yang aku ada selain membersihkan rumahtangga. Hari hujan aku memerap baca novel, bila matahari keluar akupun keluar rumah...mengemas, membersih apa-apa yang patut supaya rumah aku nampak ada penghuninya....he he he.

Novel2 yang telah dibaca...

1.YANG SEBENARNYA(Aisya Sofea) - 4 1/2 bintang.
2.PERCAYALAH AKHIRNYA(Ruby Hazri) - 5 bintang.
3.KASIH SEDINGIN SALJU - (Amaruszati Noor Rahim) - 2 bintang
4.AKU BUKAN BILLY MILLIGAN(Norhayati Berahim) - 5 bintang
5.SAKTI CINTA( Anita Aruszi ) - 4 1/2 bintang
6. BUNGA SYURGA(Anita Aruszi) - 4 1/2 bintang
7. STREET VENDETTA(Mazni Aznita ) - 4 bintang
8. SUATU PENANTIAN(Antasya Balkis) - 4 1/2 bintang
9. REMBULAN PUJAAN(Antasya Balkis) - 3 1/2 bintang
10. BILA HATI BERBICARA(Antasya Balkis) - 4 bintang
11. CITRA CINTA(Antasya Balkis) - 3 1/2 bintang
12. SAMUDERA INDAH NIAN(Mazni Darwisya) - 4 bintang

Selasa, 24 November 2009

YANG SEBENARNYA....


Novel pertama yang aku habiskan menjelangnya cuti sekolah akhir tahun 2009 ini . Aku memang dah tak sabar-sabar nak membacanya kerana ianya hasil tangan penulis yang paling aku minati AISYA SOFEA.
Sinopsis:
Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah. Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa menyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.Seiring waktu berlalu, cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimah keramat itu tidak terucap dari bibirnya. Apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi penasaran. Akibatnya, mereka saling bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...lelaki itu seperti memusuhinya.Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

Untuk novel ini aku bagi 4 1/2 bintang. Kisah cinta sepupu ini menarik untuk dihayati. Sang Jejaka memendam rasa kerana pernah dikecewakan oleh Si Kakak maka berhati-hati untuk melafazkan cinta untuk Si Adik. Cheeewah...syoknya.!!!!

Selasa, 17 November 2009

PERCAYALAH...AKHIRNYA.

11.47 malam

Ahhhh....tamat juga novel PERCAYALAH...AKHIRNYA. Aku hanya perlukan 2 hari untuk menghabiskannya. Membacanya sepenuh masa (maklumlah cuti sekolah)...menghayati, mentafsir dan mengkagumi buah tangan RUBY HAZRI yang kedua selepas PERCAYALAH. Aku suka sangat dengan novel ini. Pada mulanya aku sangat mengkagumi gambar kulit yang indah...bunga rose berlatarbelakangkan warna hitam sangat menawan pada pandangan mata aku yang rabun ni...
sinopsis:
Dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang di permukaan, berolak dan bergelora di dasarnya
Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding dengan lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi...
Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak untuk memiliki hatinya ~ Khairil
Salji datang lagi…
Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang
di padang harapan
Salji datang lagi...
Kala suramnya awan diri yang pasrah
mengenang mentari cindur yang hilang
Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~ Danial Wolfgang
Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada maknawi.
Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah
*****Percayalah… Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi kisah Nur Atiqah.
Apabila mentelaahnya, aku kagum pula dengan isi ceritanya. Sangat menarik olahannya. Boleh dikatakan agak berbeza dibandingkan dengan novel2 yang aku baca terdahulu... Untuk novel ini aku bagi 5 bintang. Bercahaya dan bergemerlapan. Bestnya....Belilah jangan tak beli!

Ahad, 15 November 2009

NOVEL MINI NOVELA YANG AKU BACA...


Oleh kerana minat dengan saiznya yang kecil aku dah terbeli 2 buah novel mini begini kerana ianya senang dibawa kemana sahaja. Aku dah menghabiskan kedua2 novel ini. Menariklah untuk dimiliki kerana ianya lain daripada yang lain cuma agak mencacatkan untuk dipamerkan di rak kerana saiznya tidak sama dengan novel2 yang lain. Aku boleh menghabiskannya hanya dalam beberapa jam sahaja....Kedua2 novel ini aku bagi 4 bintang, seronok dan menghiburkan....tahniah. Cuma aku rasa novel mini agak mahal berbanding dengan ketebalannya....

Sabtu, 7 November 2009

VIVA SAKURA...


Aku pinjam novel ni daripada kawan setugas yang sama-sama gila baca novel. Mulanya aku tak adalah minat sangat nak baca, sebab aku tak pernah baca novel yang ditulis oleh penulis ini.... tapi bila aku belek 2, 3 helai mukasurat depan aku rasa ceritanya menarik juga untuk dibaca. So aku meluangkan masa untuk menghabiskannya........
Sinopsis :
Sakura Alia - secantik namanya dan sesuci kelopak sakura yang memutih. Di bumi ginseng, Korea, dia mencari secarik kepastian, biar dalam kepayahan. Dia perlu membongkar memori silam yang telah jauh dibenamkan oleh ayahnya sendiri, atas alasan sayang dan tidak mahu melukakan dirinya. Begitu jauh dia berkelana, dia tidak pernah menyangka pencariannya bernoktah begitu sahaja. Orang yang dicari sebenarnya sudah tiada. Namun dalam pencarian itu dia menemui sesuatu yang akan merubah hidupnya...Semakin dia membenci semakin terasa cinta itu bertambah dalam.
Komen aku tentang novel ni, tidak rugi dibeli untuk dijadikan koleksi....menghiburkan dan sedikit suspen pada pengakhiran cerita. Aku agak Sakura kahwin dengan orang lain rupanya kahwin dengan orang lain....Aku bagi 3 1/2 bintang untuk novel ini....

PERCAYALAH...


Percayalah...aku mengambil masa hampir 3 minggu untuk menghabiskan novel PERCAYALAH ni. Rakan sejawat aku yang ingin meminjam novel ini dah marah2 sebab aku lambat sangat menghabiskannya. Nak buat macamana kan lately aku tersangatlah sibuknya apa lagi sekarang ni aku sedang marking paper PMR....lagilah kerja2 aku tertangguh....

Komen aku tentang novel ini, macam biasalah...tentulah best. Kalau tak best aku tak belinyalah....ha ha ha. Untuk novel ni aku bagi 4 bintang. Jalan ceritanya menarik tapi kadangkala bosan la jugak dengan penggunaan ayat-ayat yang agak kekerasan. Cerita yang romantik sepatutnya ayatnya romatik la dan jiwang-jiwang sikit...

Jumaat, 9 Oktober 2009

TIDAK AKU BERSUARA


9/10/2009(Jumaat)

Garapan penulis terkenal NB.... banyak message berguna yang ingin disampaikan oleh penulisnya dan penyampaian yang sangat berkesan. Cuma penceritaan yang agak membosan pada permulaan cerita.... masa membaca kena sabar sikit sebab makin lama dibaca makin menarik kisahnya. Lama juga untuk aku menghabiskannya, seminggu kerana novel ini agak tebal juga. Untuk novel ini aku anugerahkan 4 bintang. Berbaloi dijadikan koleksi...



Selasa, 6 Oktober 2009

TERPENJARA DI KAMAR SUTERA

6/10/2009(Selasa-7.30pm)

Aku mula baca novel TDKS setelah habis novel yang terdahulu. Nak keluar berkebun...rasa tak sihat so aku landing saja sambil2 membaca novel.... Aku ambik masa hampir 3 hari juga untuk menghabiskannya kerana sibuk kena bertugas mengawas periksa PMR di SS. Sebenarnya novel ni best juga, cuma ceritanya agak mendatar dan tergesa-gesa. Masa di pertengahan cerita, dah boleh agak bagaimana ending dan apa hubungkait antara setiap watak yang muncul... so tak suspen langsunglah. Jalan cerita akan jadi lebih menarik kalaulah diolah dengan lebih sentimental dan berhati-hati... Untuk novel ini saya bagi 3 bintang... Semoga Kamsiah Abu akan terus menghasilkan novel dengan lebih baik lagi...

Isnin, 5 Oktober 2009

SURAT UNGU UNTUK NUHA



6/10/2009(Selasa)

Lately aku asyik MC saja. Semalam aku ke klinik sebab rasa tak sihat. Mula2 hanya selsema...lepas tu habis sakit seluruh badan, sakit tekak dan batuk2...urat2 yang ada habis rasa berdenyut2. Doktor tengokpun kesian agaknya...maka aku diberi MC 2 hari mulai semalam....

Senang hati sebab dapat MC so aku boleh rehat...tido, atau paling tidakpun menghabiskan novel SUUN di sebelah tu.

Hari ini selepas makan ubat aku duk tekun mengadap novel yang satu ni. Jalan ceritanya mudah, tak adalah kelakar sangat hingga membuatkan aku ketawa terkekeh-kekeh tapi sepanjang baca tu aku tersengih-sengih. Sakit-sakit badan boleh dilupakan buat sementara. Macam ubat doktor la jugak.
Sinopsis:
Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar
"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya
Lalu hatiku tertanya-tanya:"
Cinta, kenapa mesti aku?"
Muzzammil:Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?
kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hatidiaberbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatikuberbisiklah tentang rasaku yg satuserulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintakupandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang akuyang sedang jatuh hati kepadanya
Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki EkspressLangkawi ke utara. Perjalanan keretapi pada malam dingin penghujung2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus TakEmpuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejakmula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garangmengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup inirupa2nya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!
5.35pm, aku dah habiskan novel SUUN. Demam akupun dah kebah dengan berakhirnya pembacaan aku. Berapa bintang? Aku terhibur dengan novel ini, agak lain dari yang lain sebab heronya tak adalah handsome gila dan heroinnyapun tak adalah cantik mana dibayangkan penulisnya...so aku bagi 4 bintang. Pada yang dah baca tu, ok tak?

Jumaat, 25 September 2009

NOVEL TERSADAI DI K. BERANG...

Daripada 6 buah novel yang aku mintak tolong kawan aku belikan hanya 2 buah yang berjaya dibawa balik ke Terengganu...lebih tepat lagi ke K. Berang la. Aku janji akan mengutipnya sendiri pada hari raya, namun nampaknya janji dah tinggal janji. Tukang belipun dah kembali ke KL untuk bertugas... tapi novel masih belum aku jengah. Bukan sengaja tapi keadaan yang tidak mengizinkan aku untuk beraya dan mengambil novel2 itu daripadanya... at last hubby minta tolong kawannya yang tinggal di K. Berang tolong ambilkan drp. suami kawan aku tu ....esok, insyaAllah ianya akan selamat sampai ke tangan aku. Ummmppp tak sabar nak tengok.