RSS

Selasa, 1 Februari 2011

RINDU DI AWAN BIRU


2/2/2011

Tak sabar untuk membaca novel MEEN ZULAIKHA yang terbaru ni. Novel ni memudahkan aku membawa ke sana kemari kerana agak nipis berbanding novel DEDALU DI HATI....so aku bercadang untuk membaca 2 novel sekaligus........jeng..jeng..jeng

sinopsis:
JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

“Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia bercina buta untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?...

komen aku:
Novel yang aku kira tidak jemu untuk dibaca dan aku tidak sabar2 untuk menghabiskannya......tapi dalam suka aku sedikit ralat dengan jalan ceritanya....
Seperti mana Hannan aku juga mengagumi Akmal tetapi...uhuuukkkk....frustnya, Akmal bukanlah hero sebenar dalam novel ini......wataknya tamat sebelum tamatnya cerita.....
Walaubagaimanapun tak rugi membeli novel ini kerana penyampaiannya tetap menarik. Untuk novel ini aku bagi 4 bintang........tahniah.

0 ulasan: