RSS

Jumaat, 7 Januari 2011

GERIMIS RINDU

6.1.11
Minggu pertama sessi persekolahan 2011 dah berakhir begitu saja tanpa aku sempat membaca sebuah novel pun. Aku tak ada la sibuk mana di sekolah, sebab aku tak ada jawatan penting di sekolah baru ini....
Aku bernasib baik kerana tahun ni aku dilantik sebagai guru tingkatan bagi tingkatan 2 KRK 1. Kelas ni adalah kelas yang paling depan bagi tingkatan 2 so tak adalah aku kelam kabut menguruskannya sebagaimana kelam kabutnya aku mengurus 2CM tahun 2010...
Aku dah lama berhajat untuk membaca novel ini kerana aura novel MEEN ZULAKHA yang terdahulu.....Aku suka sangat dengan novelnya yang bertajuk KASIH YANG SUCI dan juga WARNA HATI...
Sinopsis :
Ailani dibesarkan oleh neneknya dengan penuh manja dan kemewahan. Apa sahaja yang diingini dipenuhi. Akibatnya dia menjadi liar dan gemar berlumpa kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan neneknya meninggal. Seluruh keluarga menyalahkannya menyebabkan Ailani menjadi pelarian. Atas desakan hidup, dia menjadi pemadu limousin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun segalanya terpaksa dilakukan untuk menyara diri. Konflik terus berlaku apabila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato' Rahim. Ailani merasa terhina dengan sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.
Di mata Fatimi pula, gadis ego itu hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya dengan terbongkarnya rahsia sekeping cek. Dia makin rasa tercabar bila gadis itu dilantik sebagai pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia untuk menghadapi tindakan Fatimi.
Komen aku
15.1.11
Seminggu juga ,aku mengadap novel yang satu ini..... Dalam sibuk2 aku menguruskan rumahtangga dan anak2, aku tetap luangkan masa untuk membaca novel2, mengedit blog dan mengadap facebook melayan kekawan maya aku, yang jauh dan juga dekat....
Seronok sungguh novel MEEN ZULAIKHA yang ketiga ni...asyik aku menghayati ceritanya yang romantik hingga meremang bulu roma...ha ha. Bukan Ailani dan Fatimi saja yang meremang bulu roma, aku juga turut sama merasakan tempiasnya....... he he.
Bagi yang tercari2 novel untuk dibeli dan masih lagi belum memiliki novel ini apa kata belilah novel ini untuk koleksi...
Untuk novel ini, aku bagi solid 5 bintang...tahniah penulisnya. Tercari2 novel terbaru beliau...khabarnya keluaran bulan 12 tapi sekarang dah pertengahan bulan 1d ah...tak nampak bayang lagi ni di kedai2 buku di Terengganu....

0 ulasan: