RSS

Khamis, 4 Mac 2010

KISAH DEDALU DI HATI....

Seluruh Malaysia aku mencari novel ini. Rasanya cari novel DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU oleh Manaf Hamzah dulupun tak la susah macam ni... susahnya bila duit ada, tapi novel tak ada...tak ada la banyak sangat duit tu, sekadar nak beli novel sebuah dua tu boleh la. Susah la cara dia orang ni 'business'... Tak faham la cara dia orang ni, tak tahu la mana silapnya....apa salahnya kalau cetak banyak2.

Rasa2 aku la, bila surf dalam internet ramai yang mencari DDH ni, ramai juga yang bersungut2 macam aku... Serasa macam novel ni tak dicetak lagi dah, takpun penerbit dah tutup kedai. ..

Untuk mendapatkannya, aku tak ada la sekejap ke Selatan, sekejap ke KL atau sekejap ke Utara ...pasang kaki la, kerah kekawan di merata tempat cuba mendapatkannya...

Usaha terbaru.... terbaca saja dalam blog penulisnya, ada peminat berjaya dapatkan novel di KL Sentral, akupun apa lagi contact la member sekepala aku di KL supaya dia dapatkan novel tu di sana... Aku siap paksa lagi supaya dia pergi mencarinya dengan kadar segera, takut habis...khabarnya kat situpun hanya ada beberapa buah saja lagi.... Bengang juga agaknya member aku ni, ya lah kan... dia kat KL tu bekerja, kerja bank pulak tu...balik mesti lambat. Tapi agaknya kerana tak nak menghampakan aku dia ambil time off separuh hari untuk ke KL Sentral tu... Tup tup dia call beritahu tak ada novel tu di sana. Kedai buku kat KL Sentral tu kecik saja katanya... aku frust melambung jadinya, tapi apa nak buat kan...dia dah sanggup tolongpun kira alhamdulillah.... Akupun tak pernah sampai kat KL Sentral tu....

Duk sorang2 otak aku ligat jugak berfikir, tak kan la novel tu cepat sangat habisnya.... atau aku salah information ni, buka lagi blog penulisnya untuk dapatkan confirmation tentang information tu...takut2 tersalah tempat. Rasanya dah betul... Aku tak puas hati ni. Hubby aku dah gelak2 kan aku dan siap perli2 lagi....rasa terbakarpun ada...

Aku dapat idea baru. Rasanya adik aku Syuhada yang kerja kat KL tu selalu sebut KL Sentral. Kalau tak silap tempat kerja dia dekat dengan KL Sentral ni... Aku cuba2 message ke dia bertanya. Nak call takut banyak guna fulus. Kedekut betul kakak ni... Katanya dia hari2 pergi KL Sentral... seronok aku dengar... Akupun sampaikan hajat aku nan satu tu. Dia kata kat KL Sentral rasanya tak ada kedai buku... hah, aku terduduk lagi... Bengang. Dia ni memang tak suka membaca agaknya... Aku kata kat dia tapi kawan Kak Na kata ada..., tapi kedai tu kecik je. Maka dia janji dengan aku nak tolong survey untuk aku....

Semalam, Adik aku Syuhada tu call... ha ha ha. Aku seronok, ada khabar gembira rupanya. Novel yang aku cari hampir setengah tahun tu dah ada dalam genggaman adik aku tu. Dia kata sebagai upah dia nak baca dulu novel DDH tu. Ambik aje la upah kau tu tapi novel tu jangan lupa bagi kat tuan dia ni. Hairannya, dia beli novel tu kat KL Sentral tu la... ada rupanya, tapi kenapa member aku tak jumpa novel tu? Ajaib betul... So selesai satu cerita......thanks untuk 2 orang ni, yang berusaha keras untuk mendapatkan novel ini, terima kasih daun keladi....

3 ulasan:

Unknown berkata...

salam k.bie,
alhamdulillah dah dpt.
mana syuhada dpt buku tu? kat kedai buku niles, kl sentral ke? kalo ada mmg stok baru la tu...

ShalbySalbina berkata...

Ha ha ha.... itu la Za, sebenarnya tak sempatpun nak tanya mana dia beli...bila dia kata novel tu ada, kira ok la....

Zass berkata...

boleh tak tolong citerkan ending novel dedalu di hati ke emel saya...

laupamohd.suffian@yahoo.com

plis!!! sy nak beli buku ni if and only if endingnya adalah hero&heroin yg saya nak... tapi kalau x, tak naklah beli.. sakit hati jer nanti..
plis!!!!!