RSS

Selasa, 18 November 2008

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU...


Pertama kali aku baca novel ini semasa aku belajar di ITM Dungun dulu. Ramai yang mengatakan novel ni best. Masa tu kat library ITM hanya ada 2 buah, maka kalau berhajat nak pinjam kenalah tempah dulu dengan library...novel ni diterbitkan pada tahun 1987... sekarang dah diberi gambar kulit baru dan dah jadi novel antikpun. Pada masa tu tak ada novel yang boleh menandingi 'sedap'nya novel ni. Aku ada juga membuat fotokopi untuk novel ni tapi semuanya dah hilang kerana ada yang meminjam tapi tidak memulangkannya...

Aku jadi teringat balik dengan novel ni apabila menonton drama bersiri 'Cinderella' kat TV3. Ceritanya memang cilok dari novel kesukaan aku ni walau taklah 100%, tapi yang harunya pengarah dia kata tak diadaptasi dari mana-mana novelpun...nak menipu lagi tu!

Selepas itu aku tercari-cari novel ini di pasaran. Cari sana, cari sini tapi tak jumpa. Akhirnya terpaksalah aku menjejakinya melalui internet. Search sana search sini maka tahulah aku rupanya novel ini bukan novel tempatan. Diimpot dari Singapura ..... Akupun carilah cara macamana nak mendapatkannya pula.

2 ulasan:

has berkata...

salam perkenalan. pertama kali saya baca novel ni pun masa saya menuntut di itm dungun batch 92-95. berebut-berebut ngan member nak baca. tahniah kerana memiliki buku ini. bila beli?

has berkata...

salam perkenalan. pertama kali saya baca novel nipun sewaktu saya menuntut di itm dungun. DBS 1992-1995.
saya pun seorang guru matematik ting 2&3 minat giler baca novel...