Tak tau kenapa, aku teringin memiliki novel ini, TELUKI ITU UNTUK AKU. Si Sulung ada tanya, "sebab apa ibu beli novel ni, best ke?". Aku tergamam jadinya, sebab apa ya? Nak kata kerana penulisnya....aku sendiri tak pernah baca hasil tulisannya sebelum ini. Nak kata kerana sinopsisnya, bila tilik2 tak adalah menarik sangat. So apa nak jawab ni...mungkin kerana warna kulitnya yang menarik kot...!!! Sebenarnya aku terpikat dengan cover birunya...walaupun sebenarnya aku tak minat warna biru..huh! Pelik tapi benar...
28 May 2009 12.15 pagi
Aku baru menamatkan pembacaan aku terhadap novel TELUKI ITU UNTUK AKU. Apa nak kata ya...rupanya naluri aku tentang novel ini tidak silap. Terpaku aku dengan ceritanya. Memang best, 5 bintang aku anugerahkan untuk novel ini...Bagi sesiapa yang tercari-cari novel baru tu...aku syorkan belilah novel ini untuk koleksi. Memang berbaloi... Aku lepas ini akan mencari sebuah lagi novel Nazawati Abd. Manaf...KEMBALIKANLAH KASIHKU...terbitan Creative.
Novel pertama Nazawati Abd. Manaf, aku kira banyak kekurangannya berbanding novel yang kedua. Untuk novel ini aku cuma beri 3 bintang. Frankly Speaking...aku kurang meminati novel-novel keluaran Creative. Aku rasakan semacam ada kekurangan dalam kerja-kerja pengeditoran. Kalau tidak kerana nama besar penulisnya, aku menolak untuk membeli novel2 keluaran penerbit ini. Aku lebih selesa dengan Jemari Seni, Kaki Novel, KarnaDya, Alaf21, Fajar Pakeer atau Tintarona. Bukan aku tidak membeli langsung, tapi kalau penulis baru yang tak ada nama, memang aku tak belilah..... maaf.
KEMBALIKANLAH KASIHKU, aku menyampah betul dengan Lelaki bernama Amirul Taufiq. Hah, ada ke lelaki macam ni...mungkin ada kot, kalau tidak tak kan dijadikan cerita kan. Duk sorang-sorang aku berangan jugak macamana gamaknya rupa Amirul Taufiq ni, hinggakan pada satu2 masa 3/4 orang gadis meminatinya mati-matian dan sanggup berkorban pulak tu... Sebenarnya watak inilah yang mencacatkan ceritanya. Hilang kemanisannya...Tapi itu hanya pendapat aku, mungkin orang lain suka kan. Untuk Nazawati...teruskan untuk menghasilkan karya yang bermutu dan memberi kepuasan seperti TELUKI ITU UNTUK AKU...
0 ulasan:
Catat Ulasan