RSS

Sabtu, 16 Mei 2009

KHUSYUKNYA MEMBACA...

Aku boleh membaca di mana sahaja. Apa lagi nak buat pada waktu2 menunggu begini. Kalau tak ada novel macamanalah agaknya aku boleh menghabiskan masa2 menunggu tersebut, kerana dalam seminggu 2 kali aku akan menunggu Si Tengah di gelangggang TaekWonDo yang mana mengambil masa 1 setengah jam setiap kali. Apabila aku dah belek novel aku dah tak pandang kiri dan kanan lagi. Siapa yang ambik gambar ni? Si Sulunglah siapa lagi yang ada....


Ini pula gambar hubby yang kadangkala datang temankan aku. Datang mesti berasingan sebab senang dia nak 'chaw' kalau bosan. Aku membaca, diapun sibuklah juga membaca sebab aku akan marah kalau dia banyak sangat bercerita. Gambar ni aku 'candid' masa dia tengah kusyuk... ha..ha..ha..dia tentu marah kalau tengok gambar ni...

0 ulasan: