RSS

Selasa, 5 Mei 2009

DALAM KEHANGATAN DAKAPAN SENJA...

Aku baru saja menamatkan pembacaan terhadap novel ini. Tentu penulisnya tertunggu2 komen aku tentang novel dewasanya yang ke-5 ... Sorrylah sebab lambat sikit aku menghabiskan novel 784 mukasurat ini ditambah pula dengan mataku yang kian rabun...inipun cepat sikit sebab dengan bantuan cermin mata yang baru aku perolehi...baru buat la tu...!!
Isshhh kat luar tu hujan bimbang pulak aku dengan kilat dan guruh tu...lain kalilah aku sambung, sayang laptop beb!!!!!!!!!
6 Mei
Sesiapa yang tidak pernah membaca novel penulis ini sebelumnya tentu merasa bosan apabila membacanya, maklumlah dengan bahasanya yang ala-ala P.Ramlee. Hah akupun nak tergelak jugak kadang2 tu, tapi relakslah kan.. itu bahasa Melayu Singapura.
Sinopsis di belakang novel:
Dilema seorang gadis... Perkahwinan dengan pemuda pilihan sendiri terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir oleh tunangnya. Bagaimanapun, dapat juga Amelia Harun meneruskan perkahwinan itu. Tapi dengan pemuda lain. Seorang pemuda yang begitu merahsiakan latar belakangnya yang sebenar...
Dilema seorang wanita...Meskipun telah menjadi isteri kepada Karim Iskandar yang misteri, namun Amelia ingin juga dimiliki oleh pemuda lain. Seorang pemuda yang gagah dan berwibawa. Tapi tidak sebangsa dan seagama. Bahkan bekas tunangnya mahu kembali kepadanya. Lantaran membuat Amelia dilanda perasaan berbelah-bagi...
Dilema dalam rahsia...Kehidupan Amelia menjadi tidak menentu dek dia berhadapan dengan rahsia dan misteri orang-orang sekelilingnya, yang dikenali dan disayangi. Tentang watak sebenar arwah ayahnya? Tentang apa yang terkandung dalam diari yang arwah telah tinggalkan. Justeru membuat keluarganya dalam bahaya. Tentang latarbelakang suaminya yang beliau begitu rahsiakan? Sesungguhnya, apabila semua jawapan terhurai, cukup menggegarkan jiwa raga Amelia...
Komen aku tentang novel ini:
Tidak rugi beli dengan harga yang agak mahal, RM45.00 sebuah sebagai koleksi peribadi. Pada awal pembacaan aku tidak berapa suka dengan novel Manaf Hamzah kali ini. Banyak sangat misteri hingga aku pening kepala. Aku lebih gemarkan novel yang santai sebenarnya, kerana aku membaca novel untuk berehat dan bertenang. Tetapi apabila sampai di pertengahan novel itu ia menjadi semakin seronok kerana aku semakin ingin tahu jawapan kepada pelbagai misteri. Sambil membaca aku meneka-neka siapa yang jahat dan siapa ketua kumpulan sebenarnya. Hanya satu saja yang betul dalam tekaan aku iaitu Kenneth tidak mati. Yalah kan, tak kan hero mati pulak... sad endinglah kalau macam tu. Mulanya aku teka Karim Iskandar adalah ketua kumpulan rupanya orang lain yang tidak aku sangka-sangka. Anyway tahniah diucapkan kepada saudara Manaf Hamzah untuk novel terbarunya itu. Menarik dan tak rugilah beli...Lepas ni kenalah tunggu novel terbaru beliau "HUJAN GERIMIS DIHIASI PELANGI'.... tapi peliklah pulak ya, kenapa keluar tajuk dahulu? Bukan ke ada manuskrip dulu baru beri tajuk... ya ke gitu...!!!!!!!!

1 ulasan:

tni berkata...

salam, blh saya tahu beli kat mana novel ni, dah puas saya cari sampai k.l tp x jupe. klu blh tlg email kpd saya. tima kasih

hartini.tni@gmail.com