20.1.2011
Belum lg tamat novel sebelumnya, aku dah terbaca novel ni....dan bila dah mula baca, susah pula nak stop. So layan aje lah....
Sinopsis:
Sha... walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya utk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah yang menentukan segala-galanya.
Sofea... hadirmu bukan pintaku. Tetapi mengapa kau sanggup memburu cintaku walaupun kita tidak pernah saling mengenali? siapa aku sebenarnya padamu?
SESUCI KASIH SEORANG ISTERI... luahan hati dari kaca mata seorg suami yg berhadapan dgn dugaan hidup di alam rumah tangga. Luahan hati yg bisa menyentuh perasaan anda
Komen aku:
Terpegun aku dengan penulis ni.... seorang wanita yang mampu menyelami hati seorang lelaki dengan baik. Aku terhibur dan tabik sesangat dengan watak utama dalam novel ni......sabarnya dia. Tapi dalam sabar dia tetap seorang wanita....Orang lelaki patut baca novel ni, biar mereka tahu...walau sebaik manapun seorang perempuan....hatinya belum tentu ikhlas menerima....
Novel ni seronok sangat, tak rugi la beli walaupun penulisnya aku kira orang baru ... Untuk novel ni aku bagi 4 1/2 bintang....
0 ulasan:
Catat Ulasan