RSS

Jumaat, 28 Januari 2011

DEDALU DI HATI


28.1.2011
Bekalan aku ke WATERPARK BUKIT, GAMBANG...
sementara menunggu anak2, suami, adik2, anak2 sedara dan kekawan ofis husband mandi......aku duk la mentelaah novel ini........

Sinopsis novel
Aliya Murni yang kematian ibubapanya akibat kemalangan jalan raya membesar di rumah anak yatim dengan menerima ikhsan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai daddy. Dia tidak pernah kenal siapa lelaki itu. Dia juga tidak pernah tahu rupa lelaki itu. Namun mereka tidak menjadi asing meskipun saling tidak mengenali lantaran YM menjadi rutin harian.

Kehadiran pensyarah baru di kampusnya membuatkan dia hampir terlupa pada kewujudan daddy. Sedikit demi sedikit Adam Hazril mula mengambil tempat di hatinya. Kerinduannya pada daddy terubat dengan kehadiran lelaki itu. Apa yang tak diduga, kehadiran Adam Hazril dalam hidupnya semakin mendekatkan dirinya dengan daddynya yang misterius. Dia mula mengenali kewujudan Doktor Badrul, Haikal dan Irina dalam hidupnya. Tapi mampukah dia bertahan dengan panahan cinta Adam Hazril apabila ternyata Irina lebih berhak? Mampukah dia berkorban diri semata-mata untuk membalas budi daddynya?

Komen aku:
Bestnya.....ermmm, tak terkata. Untuk novel ni aku bagi solid 5 bintang . Pada sesiapa yang belum beli, baik beli cepat2 sebelum kempunan. Novel ni rasanya tak ada dijual di kedai2......Kalau teringin boleh beli terus drp penulisnya


2 ulasan:

Zass berkata...

boleh tak sesiapa yg tahu ending story ni emelkan kat saya di alamat...

laupamohd.suffian@yahoo.com

plis3!! tlg aku...

nak beli novel ni tapi nak tau endingnya dulu.. takut bila dah beli
bukan hero&heroinnya yg bahagia...

ShalbySalbina berkata...

Endingnya...Aliya kawin dengan Hazril...bolehlah gi beli..nanti habis kat kedai kempunan....rasanya novel ni stoknya terhad.