Melepak aku depan rak novel...mengintai-ngintai novel2 yang aku rasa2 nak baca....
terpandang aku kepada novel SEMANGAT HUTAN ni yang dah buruk rupa dan lunyai... Aku tak tahu mana datangnya novel ini.
Aku membelek2nya kerana aku merasakan aku dahpun membaca novel ini sebelumnya tapi kenapa aku tidak meletakkan tag hijau. Aku jadi confius juga la kerana gagal mengingat ceritanya....Apa yang aku pasti novel ni adalah sambungan novel TOMBIRUO dan sambungan kepada novel ini ialah TOMBIRUO TERAKHIR......
mungkin aku dah baca tapi aku lupa...so tak salah rasanya kalau aku baca sekali lagi cerita ni..........
sinopsis:
Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?
Komen aku:
Memang aku dah baca kisah ejim dan amiruddin ni.... best!!!!! Untuk novel ni aku bagi solid 5 bintang....
0 ulasan:
Catat Ulasan