RSS

Sabtu, 17 Julai 2010

JAUH KAU PERGI


Aku memang minat dengan penulis ni....aku akan beli semua hasil tangannya... Tamat saja baca novel yang terdahulu aku terus capai naskah yang terbaru ini untuk dibaca...tak sabar-sabar....

Sinopsis:

Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat. Namun sesuatu berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih dari segalanya. Tetapi dia, ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Tetapi...menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia...aku sanggup hadapi segala-galanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia...aku reda. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?
Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam, untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi....namun aku tetap setia menanti...

Komen aku:

Bestnya novel yang satu ni. Tahniah la untuk DHIYA ZAFIRA kerana menghasilkan novel yang sangat menarik untuk dibaca. Sangat baik dan berkesan penulis ini men'describe' hero utamanya, sehingga aku turut membayangkan macam mana la rupanya HAYYAN RIFQI ni. Namanya pun bukan main indah lagi. nasib baik la aku dah tak ada anak lagi...kalau ada mungkin aku boleh namakan dengan nama ni kot...Akupun jadi kagum dengan perangai dan sikapnya yang digambarkan pendiam, romantik dan melindungi. Hebatnya lelaki ini....Untuk novel ini aku bagi penuh 5 bintang. Bercahaya la......................

9 ulasan:

dhiya zafira berkata...

SALAM KAK...

terima kasih atas review akak yang sungguh mengujakan itu..heheheh...dah minat pulak dengan Rif ya..

Hheheh..kak..nak tanya..antara 4 novel tu, mana akak paling suka?heheheh

ShalbySalbina berkata...

Paling suka RBB, then JKP, after that KDB..last RUD

Sebenarnya semuanya best, cuma mesti ada good, better and best.

Selamat maju jaya dan selamat berkarya.....

yuni berkata...

besttt sgtttt novel ni..jalan cerita smpi terus dlm hati saya..dr awal smpi akhir cite xjemu baca..tebayang2 watak 'RIF'..wow saya suke die lah..hehehe..saya bg 5 star +++..hehe..kuar kan cite y best2 lg ok dhiya zafira..gud luck

ShalbySalbina berkata...

Yalah...machonya dia, tapi kan kalau jadi isteri dia, tentu sengsara...hati tentu tak senang sebab akan sering ditinggal-tinggalkan............

Tyyra Lambert berkata...

saya suka sangat novel ni. tapi lambat baca. novel terbest la

Lieza berkata...

kak... banyaknya novel akak.. seronok dapat kumpul kan?? saya keje kal library, jadi penuhkan koleksi kat library je,,, saya pun minat giler novel, sekarang ni tgh cari novel ni la... sebab dah baca sambungan JAUH kau pergi ni,, iaitu TERTULIS BUAT KITA, dah habis baca baru tau ini ada sebelumnya.. patutla macam lost sket masa baca TBK tuh... hua.... mana nak cari novel terpakai ek????

Unknown berkata...

Saya nak tanya mana nak dapat novel ni??saya dash lama cari

dee berkata...

Saya ada.boleh email Di deekaza@gmail.com

dee berkata...

Saya ada.boleh email Di deekaza@gmail.com