RSS

Rabu, 28 Julai 2010

MATAHARI CERAH LAGI...


Aku tak puas hati membaca novel sebelumnya. Lama jugaklah aku tercongok menilik novel2 kat rak. Novel mana patut aku baca ni..... Tangan aku ringan saja mencapai novel ni...Harap2nya dapatlah memenuhi selera aku hendaknya...

Sinopsis:

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa?

Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?

Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.

Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.

Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.

Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.

Komen aku:
Aku beli novel ni kerana nama besar penulisnya. Membaca novelnya yang terdahulu OMBAK RINDU lama dahulu, membuatkan aku jadi tertunggu-tunggu setiap novelnya yang terbaru. Tapi membacakan novel2 terbarunya ....aku rasakan kehebatan Ombak Rindu mungkin tidak dapat ditandingi lagi....mengapa begitu?
Selepas membaca novel MAYAHARI CERAH LAGI aku tidak merasa apa-apa yang istimewa dalam novel ini. Penceritaan dan juga penggunaan bahasanya....semuanya biasa-biasa saja. Untuk novel ini aku bagi 4 bintang. Semoga Penulisnya akan terus berusaha untuk melahirkan buah tangan yang lebih hebat lagi kerana dia adalah penulis yang hebat sebenarnya....

0 ulasan: