RSS

Selasa, 17 November 2009

PERCAYALAH...AKHIRNYA.

11.47 malam

Ahhhh....tamat juga novel PERCAYALAH...AKHIRNYA. Aku hanya perlukan 2 hari untuk menghabiskannya. Membacanya sepenuh masa (maklumlah cuti sekolah)...menghayati, mentafsir dan mengkagumi buah tangan RUBY HAZRI yang kedua selepas PERCAYALAH. Aku suka sangat dengan novel ini. Pada mulanya aku sangat mengkagumi gambar kulit yang indah...bunga rose berlatarbelakangkan warna hitam sangat menawan pada pandangan mata aku yang rabun ni...
sinopsis:
Dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang di permukaan, berolak dan bergelora di dasarnya
Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding dengan lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi...
Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak untuk memiliki hatinya ~ Khairil
Salji datang lagi…
Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang
di padang harapan
Salji datang lagi...
Kala suramnya awan diri yang pasrah
mengenang mentari cindur yang hilang
Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~ Danial Wolfgang
Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada maknawi.
Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah
*****Percayalah… Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi kisah Nur Atiqah.
Apabila mentelaahnya, aku kagum pula dengan isi ceritanya. Sangat menarik olahannya. Boleh dikatakan agak berbeza dibandingkan dengan novel2 yang aku baca terdahulu... Untuk novel ini aku bagi 5 bintang. Bercahaya dan bergemerlapan. Bestnya....Belilah jangan tak beli!

0 ulasan: