RSS

Sabtu, 7 November 2009

VIVA SAKURA...


Aku pinjam novel ni daripada kawan setugas yang sama-sama gila baca novel. Mulanya aku tak adalah minat sangat nak baca, sebab aku tak pernah baca novel yang ditulis oleh penulis ini.... tapi bila aku belek 2, 3 helai mukasurat depan aku rasa ceritanya menarik juga untuk dibaca. So aku meluangkan masa untuk menghabiskannya........
Sinopsis :
Sakura Alia - secantik namanya dan sesuci kelopak sakura yang memutih. Di bumi ginseng, Korea, dia mencari secarik kepastian, biar dalam kepayahan. Dia perlu membongkar memori silam yang telah jauh dibenamkan oleh ayahnya sendiri, atas alasan sayang dan tidak mahu melukakan dirinya. Begitu jauh dia berkelana, dia tidak pernah menyangka pencariannya bernoktah begitu sahaja. Orang yang dicari sebenarnya sudah tiada. Namun dalam pencarian itu dia menemui sesuatu yang akan merubah hidupnya...Semakin dia membenci semakin terasa cinta itu bertambah dalam.
Komen aku tentang novel ni, tidak rugi dibeli untuk dijadikan koleksi....menghiburkan dan sedikit suspen pada pengakhiran cerita. Aku agak Sakura kahwin dengan orang lain rupanya kahwin dengan orang lain....Aku bagi 3 1/2 bintang untuk novel ini....

0 ulasan: