RSS

Rabu, 29 Julai 2009

HUJAN RINDU...


Aikkkk, dah lama aku baca novel ni... dah hampir 2 minggu, tapi tak habis-habis juga. Tiap-tiap hari aku membaca tapi punyalah teruk.... tak habis-habis juga... Kenapa jadi macam tu, tak best ke? Itu soalan rakan aku yang duduk depan aku kat bilik guru tu...?
Tak best?...aku garu kepala yang tak gatal sebenarnya. Apa nak jawab kat rakan aku ni. Rakan aku ni tak suka baca novel....
Novel ni sebenarnya best sangat, tapi banyak sangat gangguan dalam pembacaan aku kali ini. Aku baca sikit, aku berhenti...sambung sikit lagi....berhenti lagi. Itulah gangguan sebenarnya. Sebelah petang aku kelek novel ke halaman, kononnya nak baca sambil belek2 pokok-pokok orkid, tapi ralit sangat membelek orkid aku bagaikan lupa pulak dengan novel yang aku ingin baca tu, maka tersadailah novel tu atas meja batu....
Sebelah malam, lepas sembahyang maghrib aku lepak sambil tengok2 anak buat ulangkaji aku baca novel lagi tapi kerana tubuh letih kadangkala aku tertidur dengan novel terbuka dan cermin mata masih di mata...ha ha ha.
31.7.2009(Jumaat)
Sambil dodoikan Si Bongsu aku berjaya tamatkan novel ni... sedihnya...walaupun happy ending tapi aku tetap sedih.....ada jugak satu dua part yang buat aku cengeng....ish ish ish.
Sinopsis:
Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya.
Aku bagi 4 bintang untuk novel ini. Tahniah untuk penulisnya, teruskan hasilkan karya-karya yang best begini...

Isnin, 20 Julai 2009

TUHAN LEBIH TAHU...


Novel pertama yang aku baca selepas di serang sang nazir. Release tensionlah apa lagi yang boleh diibaratkan... dengan otak yang masih tak betul, aku rasa seronok pulak boleh bersantai baca novel... boring membaca, aku rewang2 cari pokok-pokok orkid baru....senangnya dalam hati...
Komen aku tentang novel ini... aku bagi 4 bintang. Seronok dan terhibur, bila dah baca sukar untuk berhenti walaupun sekejap. Aku habiskan novel ini dalam masa 3 hari... biasalah kerja2 rumah didahulukan...
Sinopsis...
Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yang datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yang memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yang cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dengan Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dalam hidup, bagaimana kita mencaturnya...

Khamis, 16 Julai 2009

REMBULAN BERDARAH...



Hah, aku dah tamat baca novel ini hampir 2 minggu lepas tapi lantaran terlalu sibuk so aku tak sempat nak komen...best atau tak best ceritanya...
So now is the time untuk mengomen...

Aku seronok baca novel ni. Tak rugilah aku membelinya untuk dijadikan koleksi. Aku akan dapatkan kesemua novel pengarang ini lepas ni... bagi yang tercari2 novel untuk dibeli, aku syorkan belilah novel ini... Untuk novel ini aku bagi 4 1/2 bintang.

Ahad, 5 Julai 2009

STOP BACA NOVEL...


Untuk 2 minggu ini, aku terpaksa 'stop' baca novel...aku ada banyak kerja dan persediaan yang hendak dibuat untuk menyambut yang berhormat nazir yang akan datang ke sekolah aku...so jumpa lagi selepas 16hb. Julai ini.... bye!bye!

Rabu, 24 Jun 2009

TIDAK KUPINTA...


Novel ini seronok untuk dibaca cuma ceritanya pendek sangat...tak puas bila membacanya...menarik juga kerana heronya lelaki yang berumur dan telah matang pemikirannya, kalaulah ianya lebih tebal dan jalan ceritanya dikembangkan lagi..uuuuuuhhhhh. Bolehlah bagi 3 bintang untuk novel ini...

Ahad, 14 Jun 2009

RAHSIA HATI SOFEA...



Aku sempat menghabiskan novel ini sebelum sesi persekolahan penggal 2 bermula. Lega... Seronok aku, novel ini santai ala-ala humor... ha ha ha. Lebih best berbanding novel LILI BUAT NAJAH... Aku hadiahkan 4 bintang untuk novel ini. Tahniah untuk penulisnya...teruskan berkarya.

Selasa, 9 Jun 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU ISTERIKU...

Puas aku sebab dah selamat menghabiskan novel yang tersangatlah tebalnya ni... Ceritanya sangat menarik, cuma kenalah sabar sikit sebab agak membosankan pada permulaan cerita...
Aku suka dengan 'cover'nya yang berwarna lembut dan cantik dan cantik juga jalan ceritanya... aku tak reti nak komen banyak-banyak kalau nak tahu best tak best kenalah baca sendiri...
Berbaloilah dibeli untuk dijadikan koleksi..Ini novel yang paling tebal yang aku ada..1161 m/s, bagai nak terseliuh tangan aku masa membacanya...dibawa berbaring salah, sekejap dah lenguh tangan, duduk lama-lamapun salah juga lenguh pinggang...dalam resah gelisah serba tak kena aku menghabiskan misi membacanya dalam tempoh 3 hari....uhhhhh lega!

Isnin, 8 Jun 2009

ZAHANI vs MANAF HAMZAH...

Siapa tu? Hah...kat belakang berdiri tu kawan aku. Kami satu sekolah dulu masa sekolah menengah. Dia ni junior aku 2/3 tahun, muda lagi tu...sebab aku yang lebih tua ni pun masih muda lagi...ha ha ha. Tapi tak boleh ngorat sebab dah ada hubby tu... Duduk tu siapa? Sebelah jejaka baju merah hitam tu, kawan kepada kawan aku tu...kawan sekerja agaknya sebab aku pun tak kenal.
Si Jejaka tu siapa pulak? Hah, inilah nak cerita...mungkin yang dah biasa jumpa dah kenal lah kot. Tapi aku tak pernah jumpa lagi, dia ni duk jauh nun di Singapura... Kawan aku ni minat sangat dengan jejaka ni...tapi jangan salah faham dah, dia minat sangat dengan novel2 tulisan jejaka ni...tak berani katanya sebab orang rumah jejaka ni ada kat sebelah aje tu..kah kah kah. Anyway ...itulah kawan aku Zahani Ismail, orang Terengganu yang merantau cari makan di KL. Hari tu masa PBAKL '09, kawan aku berkesempatan berjumpa dan berkenalan dengan penulis yang tersohor ni....memang bertuahlah dia tu...kami ni dulu sama-sama minat sangat baca novel DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU karya jejaka berbaju merah hitam ni MANAF HAMZAH...

Ahad, 31 Mei 2009

AKU ADA KAMU...

Novel ini aku dah pinjamkan kepada kawan sekerja. Dia berkali-kali mengucapkan terima kasih kerana meminjamkan novel AKU ADA KAMU. Aku jadi pelik juga pada mulanya, tetapi bila dia jelaskan kenapa...aku pula yang terpaku. Rupanya ada juga gunakan membaca novel ni. Katanya dengan membaca novel AKU ADA KAMU dia tahu rupanya adiknya yang sakit selama ini terkena buatan orang, serupa dalam novel AKU ADA KAMU. Dia dah bawa adiknya pergi berubat.

Aku dah tamat membaca novel ini. Apa nak komen ya, banyak input yang aku dapat, tapi betul ke saka tu begitu.....pada yang belum beli tu, beli cepat-cepat kerana sangat berbaloi untuk dijadikan koleksi peribadi. Untuk novel ini aku bagi 4 bintang...Aku ambil masa hampir 3 hari juga untuk habiskannya. Penat juga sebenarnya tapi tak sabar-sabar nak tahu kesudahan ceritanya.

Rabu, 27 Mei 2009

HADIAH KUIZ KAU TETAP DIHATI-LIZA ZAHIRA...



Inilah hadiah saguhati yang aku menangi daripada kuiz KTD dalam blog Liza Zahira. Hadiah ni tiba petang tadi. Sehelai T-shirt dan sebuah novel Liza Zahira. Oleh kerana aku dah memiliki kesemua novel Liza Zahira, maka digantikan dengan novel yang lain atas permintaan aku sendiri...
Terima kasih diucapkan kepada Liza Zahira kerana ada inisiatif begini untuk peminat-peminatnya...semoga menjadi ikutan kepada penulis lain pula...

Selasa, 26 Mei 2009

OH MANAF HAMZAH...

Ha...ha...ha... ini berita baik untuk saudara Manaf Hamzah, penulis novel ini kerana rakan sekerja aku yang meminjam novel ini memuji-muji dengan cerita yang dipersembahkan...Katanya dulu dia tak suka novel2 Manaf ni tapi sejak selalu pinjam daripada aku dia jadi minat dengan novel2 Manaf. Tahniahlah untuk saudara Manaf Hamzah....senyum simpullah tu, jangan lupa ya cepatkan sikit penulisan novel yang terbaru tu... rasanya dah sampai masa saudara Manaf memikirkan untuk menerbitkan novel 2 buah dalam setahun. Lepas ni dia kena cuba-cuba juga dengan penerbit lain pula....