RSS

Rabu, 3 Februari 2010

RANTING CINTA SI PLATO

3/2/2010(Rabu)

Aku baru je beli novel ni tapi rasa tak sabar sangat nak baca. Kelakarnya, aku dah cuba nak baca novel lain dulu.... tapi otak duk ingat novel ni saja....alahai, apa nak buat aku pun ambik saja la....kena baca novel ni dulu nampaknya.

19/2/2010(Jumaat)
Lama sungguh untuk aku menamatkan novel ini...Dalam sibuk dengan kejohanan sukan di sekolah aku sempat lagi membacanya...seronok sangat novel ni...kisah Si Plato anak murid Socrates...ha ha.


"Satu hari, Plato bertanyakan makna cinta dan Socrates pun menjawab ; masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambiklah satu ranting yang menurut kamu paling baik. Tetapi engkau haruslah ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut.
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang rantingpun" Gurunya pun bertanya, maka jawab plato: saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa ".
Itulah maknanya cinta...dalamkan maknanya? Kalau nak tahu lebih lagi kenalah baca novel ni .... Untuk novel macam biasa la aku bagi 5 bintang.....Aku suka sangat, penulisnya sentiasa basah dengan idea yang baik2.

2 ulasan:

@hasney^-^ berkata...

Salam akak,
has pun dah baca novel nih..aduss ada gaks part yg sedih tk tahan bila Alfian meninggal..tinggalkan Sofea, tp hati kembali berbunga2 akhirnya dia kembali bersama dr Muaz.

ShalbySalbina berkata...

Akak kagum dengan olahannya...NB memang lain dari yang lain...novelnya ada message, bukan sekadar kisah cinta semata...