RSS

Sabtu, 13 Februari 2010

KATALOG NOVEL...

Novel aku setakat hari ini tak adalah banyak manapun. Mengikut nombor yang aku jilid pada setiap buah novel, tak sampai lagi no ke 280 so maknanya tak sampai lagilah 280 buah. Tapi agak menyukarkan juga sekiranya ada kekawan yang ingin meminjam novel2 tersebut. Kekawan beri tajuk aku rasa aku beli novel tersebut tapi cari punya cari, sekerat hari belum jugak jumpa-jumpa...kekadang merimaskan juga....so aku dapat idea untuk menggunakan cara ini untuk memudahkan aku. Dah lama jugak aku buat tapi fail yang lama dah penuh so aku kena tukar pula ke fail yang lebih tebal....
Inilah cara aku menjilid novel2 tersebut, senang untuk dicari, disemak dan dikemaskan...

Hah, amacam ok tak? Tak adalah cantik sangatpun tapi sangat2 membantu aku dan memudahkan aku untuk mengesan sekiranya ada novel tidak berada di rak...

0 ulasan: