RSS

Selasa, 15 Jun 2010

2 x 5

Cuti pertengahan tahun kali ini, jadual aku agak padat. Dicongak-congak dihitung-hitung aku hanya ada masa 2 hari untuk 'stay' dan bersenang lenang di mahligai aku yang indah, tenang dan mendamaikan ini... Hanya 2 hari ini saja aku boleh bermalas-malasan untuk membaca novel2 aku yang masih berlambak tak terbaca.... Hubby aku dah labelkan aku, katanya sebenarnya aku ni bukan suka baca novel tapi suka kumpul novel...ya ke? Aku rasa tak percaya.... Hubby kata kalau orang tu kemaruk sangat baca novel tak kira la novel tu bagaimana rupa dia akan baca tapi aku bila tengok novel buruk dan lunyai aku tak pandang pun.... Itu pandangan hubby aku. Aku tak marahpun, betul lah agaknya...aku memang tak ada selera nak baca novel yang tak terjaga....novel2 aku memang cantik berbalut....Sebenarnya aku lebih suka membelek-belek novel2 yang ada-ada tu....
Kali ni aku memilih novel yang agak humour untuk menemani aku ke Kubang Kerian untuk menjaga emak aku yang terlantar di HUSM. Untuk keadaan yang sibuk mengurus keperluan emak yang uzur aku memilih novel yang boleh menghiburkan hati....
sinopsis:
Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.
Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya.

Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang di hari pernikahannya dahulu.
Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu kehormanian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.

Di
dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi, si hartawan punya harta tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu.Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila sudah masing-masing 2×5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim?
Komen aku:
Novel ini pada aku tak ada la humour sangatpun walau Che Su(adik aku yang bongsu) terkekeh kekeh ketawa macam orang tak siuman. Bila aku baca, nak senyumpun aku teragak-agak....just ok la. Untuk novel ini aku bagi 3 1/2 bintang, aku kurang minat dengan bahasanya....sesuai utk pembaca remaja agaknya...

0 ulasan: