RSS

Rabu, 12 Mei 2010

SEPUPUKU SUAMIKU...


Tamat saja novel sebelumnya, aku terus sambung dengan novel ini... nampak macam best, juga oleh seorang penulis baru. Teringin pula aku nak baca novel2 oleh penulis yang baru 'publish' novel2 mereka. Bukan apa, kadang2 orang baru cara mereka agak lain berbanding dengan yang dah ada nama....
Sinopsis:
Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.Alam perkahwinan yang dikecapi Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.
Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memilik Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan kembali hati Nana yang keras itu.Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat diciintainya. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam gengamannya.Malang sekali bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana... .Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau... mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?
Komen aku:
Untuk novel ini aku bagi 4 bintang. Agak menarik bagi seorang penulis baru cuma penyebab untuk Hani memutuskan pertunangannya dengan Hisyam aku rasa tidak begitu kuat untuk dijadikan faktor... Kalaulah kerana Hani nak hidup senang dan mewah rasanya dengan Hisyampun dia boleh hidup senang sebab Hisyam tu doktor......

0 ulasan: