RSS

Isnin, 15 Mac 2010

SAKITNYA SAYANG...

Aku banyak kerja nak buat, nak tanda buku latihan budak yang aku kutip sebelum cuti.. 5 kelas aku mengajar matematik, dari ting2 , ting3 dan ting4..
Paling aku menyampah aku kena buat smm...maklumat murid. Ada guru data...ada lagi guru smm sedangkan dalam Jawatankuasa Maklumat sekolah sepatutnya tak ada jawatan guru smm ni. Ada juga sekolah yang kolot macam ni... uwaaa....Aku dah buat smm maka ringan la kerja guru data, sedangkan aku mengajar 25 waktu..solid subjek mat. Guru data hanya mengajar 12 waktu saja...
Aku tension ni sebenarnya, so aku hilangkan tension aku dengan baca novel. Bila aku tension semua 'kerja buat' aku jadi lumpuh. Aku jadi malas nak buat apa-apa kerja pun....
Sinopsis:
Sukarnya menjadi seorang anak. Membantah dikata tidak mendengar, mengiayakan sahaja hati juga yang parah. Di mana mahu diluah resah yang terkumpul, ke mana mahu dialirkan jiwa yang sedang luka. Kini baru dia sedar betapa payahnya untuk menjaga perasaan...............
Komen aku:
Lama betul baru aku berjaya tamatkan pembacaan aku. Novel yang sangat ilmiah dan buat aku banyak berfikir mengenainya. Olahan yang bersahaja dan natural... Kelebihan yang sentiasa ada dalam karya NB... mengenai cinta dalam kehidupan yang sebenar... Kisahnya sangat biasa kita baca tapi penyampainya sangat berkesan.... Untuk novel ini aku bagi 4 bintang.

0 ulasan: