1/1/2010
Mulanya hajat nak habiskan novel Antasya Balkis yang terbaru tu tapi kawan pinjam la pulak so ...inilah pula pilihan aku. Khabarnya novel ni sedap sangat...ramai yang promosi so aku teringin la nak baca. Penulis baru ni...
Sinopsis:
Ibarat setianya Ali pada Fatimah. Ibarat kasihnya Muhammad pada Khadijah. Itulah yang Yasmin Nur Raihan impikan dalam perkahwinannya bersama Amru walau ikatan mereka diatur keluarga. Yasmin berharap Amru menjadi pendampingnya dunia akhirat. Pada Yasmin cinta kasih dan sayang mampu disemai dipupuk. Berbeza bagi Leftenan Komander Amru Iskandar, hakikat jodohnya bersama Yasmin sukar diterima. Lantas diletakkannya syarat pada malam pertama mereka. Yasmin akur malah bersyukur. Padanya Amru bagai seorang sahabat baik yang baru dikenalinya. Segalanya berubah apabila Yasmin menapak buat kali pertama bercuti ke rumah Amru di Lumut. Entah bila pula timbulnya rasa rindu dan sayang di hati Amru; sikap dan kelembutan Yasmin telah mengikat hati Amru pada wanita itu. Belum sempat diluahkan rasa hati, segalanya bertukar tragedi apabila Leftenan Maya Athira hadir antara mereka. Tidak seperti perempuan yang suka menyerah, Yasmin nekad mempertahankan rumah tangganya. Tetapi Amru... bagaimana?Samudera itu indah... sepertimana indahnya cinta yang kita kemudi... ~ Amru Iskandar.
Komen aku:
Kisah cinta selepas kahwin sangat menarik untuk dibaca. Novel garapan penulis baru MAZNI DARWISYA berjaya menambat hati.... Aku suka dengan ceritanya yang agak berbeza, berlatarbelakangkan kehidupan TLDM yang agak kurang didedahkan. Untuk novel ini aku bagi 4 bintang, teruskan berkarya...
0 ulasan:
Catat Ulasan