RSS

Rabu, 23 September 2009

RINDU UNTUK DIA


Novel yang sedang dibaca. Dah agak lama juga aku tak sentuh untuk menghabiskan bacaan. Bukan tak best, best sangat sebenarnya, itulah sebab aku tidak menghabiskannya tergesa-gesa. Aku perlukan masa untuk menghayatinya. Dalam kesibukan untuk menyambut raya, aku terpaksa lupakan dahulu minat aku yang satu ini. Aku perlu membuat serba sedikit persiapan untuk hari besar ini. Mungkin aku kena ulang bacaan lagi dari awal....sabar ajelah.
Aku bawa RUD ke mana sahaja, ke klinik untuk hubby buat check up dan ke hospital menunggu hubby yang terlantar... tapi hanya untuk dipeluk bukan untuk dibaca. Aku banyak menghabiskan masa dengan termenung saja...
30/9/2009(Rabu)
Hari ini aku MC sebab kurang sihat. Sambil2 baring aku sempat menghabiskan novel Dhiya ni. Hah dah lama sangat terperap sekerat pembacaannya... so now is the time untuk mengulas. Ulas yang baik-baik ke Dhiya, ha ha ha jangan marah. Akak akan mengulas sejujurnya. Frankly speaking...jujur la ni, novel RUD ni bagus sangat. Tak akan menyesal membeli dan membacanya. Bahasanya yang lancar dan Dhiya banyak buat homework sebelum menulis novel ini...bagus la tu. Jalan ceritanya menarik ... tapi akak lebih suka novel yang terdahulu RBB. Akak ni dah jatuh cinta dgn RBB, RBB dah jadi sebuah novel yang akak akan ingat sampai bila2. Kalau orang tanya novel apa yang best....akak akan syorkan RBB. Untuk novel ini(RUD) 4 1/2 bintang dianugerahkan. Berkilauan dah tu......
Semoga Dhiya akan terus menulis... akak akan terus membeli novel Dhiya sebab akak suka dengan penulisan Dhiya. Kalau tak sempat bacapun akak akan beli untuk dibuat koleksi...

4 ulasan:

dhiya zafira berkata...

Salam kak...

terima kasih sudi mengulas buku saya...hmmm..banyak pembaca yang membandingkan buku ini dengan RBB..ada yang kata RBB lebih bagus..dan ada kata RUD lebih baik...
Saya sendiri punya boleh berharap pembaca akan suka dengan cerita yang saya cuba sampaikan...
Kalau akak ada komen yg lebih panjang walaupun negatif...silakan..saya memang menanti komen dari pembaca

dhiya zafira berkata...

er..abaikan penggunaan ayat yang tak betul tu..hmmm...heheheh..salah taip..

ShalbySalbina berkata...

Dhiya...
Jangan salah faham ya...sebenarnya akak suka RBB dan juga RUD, cuma dalam RUD tu hero dia pasang 2. Hati macam tak tetap je pada yang satu...hah itu yang menyampah tu. Olahan cerita yang Dhiya tulis sangat bagus. Akak peminat no.1 ni...he he. Tak ada yang negatif, don't worry....

dhiya zafira berkata...

hehehehe...

Formula hero nak pasang dua ni memang pembaca tak suka kan..heheheh..ada jugak pembaca yg sama pendapat mcm akak...saya pon sebenarnya tak nak menulis sebegini tapi saja nak mencabar emosi Jad dan Amie ni. tgk depa ni kuat tak menghadapi dugaan...hehehhe..boleh ke mcm tu?